KOTA BHARU: Hasrat Kerajaan PAS Kelantan untuk menjadikan Gaharu sebagai alternatif ekonomi baru kepada kehidupan rakyatnya sedang menuju realiti. Ini berikutan sambutan rakyat sendiri khususnya yang telah mempunyai pokok-pokok depu dalam tanah mereka. Sistem pajakan dan share yang diguna pakai sememangnya mendapat sambutan di kalangan rakyat negeri ini. Apatah lagi permintaan kepada produk gaharu memeng cukup tinggi khususnya dari negara-negara timur tengah. Pokok depu pula mempunyai pelbagai kelebihan dan tidak sama kualitinya. Ianya bergantung kepada jenis pokok tersebut.
Sekarang ini sudah lebih 300 pokok depu telah diproses untuk menghasilkan gaharu. Pihak Syarikat yang mengusahakannya mensasarkan sebanyak 1000 pokok dapat dihasilkan pada tahun ini. Ianya meliputi seluruh negeri Kelantan. Buat masa sekarang pokok-pokok yang telah diusahakan terdapat di Salor, Rantau Panjang dan juga Kuala Krai.
Hj Zaidi(berkupiah) sedang memberi penerangan kepada pelawat
Anak benih pokok depu…Suburr
Kulit kayu yang diambil dari pokok depu.
Kulit kayu ini kemudiannya dihancurkan.
Mesin penghancur kayu-kayu tersebut…..
Deretan dapur yang digunakan untuk memasak dan mendapatkan minyak
….antara sistem dalam menghasilkan minyak
Kayu yang bernilai tinggi…
Apapun sandaran ekonomi rakyat yang terlibat dengan perusahaan ini cukup mempunyai masa depan yang cerah. Apatah lagi apabila mereka sudah mulai menanam pokok depu yang boleh menghasilkan pendapatan yang cepat iaitu sekitar 4 tahun sahaja. Kita mengharapkan koridor ini mampu menjana ekonomi rakyat Kelantan disamping pembangunan Koridor Pantai Timur. Apa yang jelas rakyat Kelantan tetap beruntung berada di bawah Kerajaan PAS yang mempunyai 2 koridor. Apakah rakyat di negeri lain tidak mahu menurut jejak langkah rakyat Kelantan? Fikir-fikirkanlahhhh …..
asl sya nak tanya. jika sya berada di neg.9 boleh kah menyertai skim depu ini. samada melabur atau tanam di atas tanah saya sendiri seluas 3 ekar. bagaimana cara boleh tak emelkan pada saya.
By: abdullah musrtafa on November 17, 2008
at 3:35 pm
asl boleh saya tahu nama benih karas yang boleh matang dalam 4 tahun. tk
By: abdullah mustafa on November 17, 2008
at 4:06 pm
wow lumayan bro, mananak dapat bibit? berapa harga?
By: Pengusaha kulat on Disember 22, 2008
at 1:36 am
mana nak dpt spare part..saya cari kat sentul xda??
By: yana on Disember 23, 2008
at 10:15 pm
kawe ado tanoh getoh tua 7 ekar.lepas nih nak tebang nak try tanam depu/gaharu pulak. bole bgtau cara nak dptkan benih atau join projek depu nih dok?
By: bayu on Julai 9, 2009
at 12:37 pm
saya nak tahu jenis apa yang terapat di malaysia ia tergolong dalam gred apa? pokok dari thailand jenis apa
By: zul on Julai 28, 2009
at 10:31 am
salam..peminat gaharu..
bagi mereka yg berminat utk tanam gaharu seharusnya mencari ilmu terlebih dahulu..buat pertanyaan kpd agensi atau syarikat yg telah mengusahakannya….tanya diri anda apakah matlamat anda sebelum tanah gaharu…pokok gaharu ni tinggi kosnya tappii amat tinggi juga pendapatanya..renungkan lah
By: mrkarasman on Oktober 11, 2009
at 2:57 pm
Saya terlibat secara langsung dalam cucuk pokok atau dipanggil secara ilmiahnya innakulan.saya mempelawa kpd sesiapa yg telah mempunyai pokok gaharu samada anda ingin menuai hasilnya dari minyak pokok atau minyak teras..boleh melawat tempat kami di machang dan terbaru kami jalankan projek besar-besaran di Kuala Selangor yang mencecah 50 ekar…blog kami dalam proses pembikinan dan akan dipamerkan dalam seminggu lagi..just email for anything inquiry mivec78@gmail.com
By: mrkarasman on Oktober 16, 2009
at 3:13 pm
JUAL.JUAL.JUAL.
“Apa itu”
Benih biji (GAHARU atau DEPU).
“Mana dapat benis itu”
Saya sudah lebih 10 tahun bernaiga berusaha kayu balak di sepadan negara Lous dan Vitnam.
Saya nampak tauke2 (naihan) beli pokok kayu gaharu dengan harga yang tinggi.Satu KG USD 4500.Saya tanya kenapa tak beli di Malaysia. kata dia qualiti tidak bagitu baik dan baunya kurang. proses minyak tidak bagitu pekat.Saya ingat
udara disitu lebih kering dari Malaysia.TETAPI bukan sabit udara.
Jenis benis GAHARU disitu sahaja.
Ada 3jenis pokok gaharu disana.benis yang saya ada ialah terbaik sekali.
7 tahu lepas saya ada hantar dan jual ke Thailand.
TEMPAT HUBUNGI:H/P +60179798268
EMAIL:mpk_tan@hotmail.com
By: MR TAN on Januari 24, 2010
at 12:51 pm
saya ada mengusahakan perusahaan gaharu (depu) dalam pelbagai peringkat,dari biji benih sehingga dapur untuk memproses minyak wangi gaharu. sesiapa yang berminat untuk membeli boleh berhubung dengan saya di talian 019-4214094@019-5590605
By: che ismail b abd majid on Januari 26, 2010
at 7:30 pm