Posted by: manjanik | September 22, 2007

Inipun bukan budaya kita

Sibuk sehari dua nii…RTM yang budak mamak tu jaga dok siar pasal tunjuk perasaan dan bakar bendera. Misinya satu…Ini bukan budaya kita.

Dulu budak mamak tu juga kata RTM bukan media propaganda kerajaan. Sekarang bagaimana? Kalau dah siar setiap pagi dan petang, malam dan dinihari…bukan propaganda apa lagi namanya?

Saja nak tanya si anak mamak itu. Gambar-gambar yang bersabit dengan pemimpin Umno di bawah ini budaya siapa?


Pegang bukan mahram kita apakah budaya kita?


Intim dengan bini orang beginipun bukan budaya kita


Budaya kitakah begini?


Hanya suami yang tiada maruah sahaja membenarkan bininya begini.. Budaya kitakah?


Skandal suami orang bini orang(MP dengan Senator) macam biasa saja dalam umno. Budaya kita atau budaya umno?


Buat isyarat lucah juga bukan budaya kita tapi budaya Umno.


Perangai tolol macam budak-budak kelahipun bukan budaya kita tapi budaya BN.


Hanya orang yang sakit otak sahaja yang buat begini…sebab.. itulah budaya mereka.

Banyak lagi gambar-gambar yang menggambarkan budaya sebenar pemimpin Umno/BN termasuklah minum arak dan berjudi. Oleh kerana mereka sudah biasa dengan budaya kotor itu maka tiada masalah bagi mereka meneruskannya. Maka itulah budaya mereka.


Responses

  1. Yang berbahagia , pihak penganjur blok , sama – samalah kita memelihara perpaduan negara.

    Tak kanlah pemimpin kita tak ada kebebasan langsung , sehingga menangkap gambar mereka dan memaparkan dalam laman ini .
    Saya rasa pada masa yang akan datang kita kena buat “Robot” sendiri didalam memimpin negara kita.

    Kesianlah dengan mereka sikit , jangan atas kepentingan parti ataupun diri kita , kita ingin merosakkan nama pemimpin – pemimpin negara.

    Orang melayu kaya dengan budi bahasa , kesopanan dan sivik tersendiri , kenapa orang melayu sesama sendiri ingin merosakan nama baik orang melayu yang lain , saya rasa anda semua ni kurang profesional.

    Gambar yang ditunjukkan punggung itu , saya akui memang kelakuan yang kurang baik , tetapi gambar pemimpin seperti “Pak Lah, Datin Rosmah, Dato Najib saya rasa saya rasa langsung tak profesional.

    Mereka manusia biasa macam kita , adakah tuan yang masukkan gambar tersebut , terlalu imam orangnnya. Islam tidak mengajar kita dalam merosakkan nama islam yang lain.

    Sekian

    Sentiasa menegakkan kebenaran.

    Adm

  2. Terima kasih di atas respon saudara ADMMM. Ada beberapa penjelasan yang akan saya berikan kepada saudara.

    Pertama: Semua gambar-gambar itu saya ambil dari MEDIA Kerajaan sendiri dan Internet.

    Kedua: Apa maksud saudara “Tak kanlah pemimpin kita tak ada kebebasan langsung”?. Apakah boleh seorang yang mengaku Islam melakukan apa sahaja atas nama pimpinan melayu? Apakah tidak berdosa peluk cium, menyentuh perempuan yang tidak dihalalkan oleh agama? Di mana batas-batas seorang yang mengaku mereka beriman kepada Allah dan RasulNya? Apakah kebebasan itu dibenarkan?
    Menilai profesional atau tidak biarlah dengan akal yang berpandukan kepada Islam, bukan bangga kerana kita ada akal yang lebih ddari hukum Tuhan.

    Ketiga: Saudara menyebut “orang melayu kaya dengan budi bahasa, kesopanan dan sebagainya. Kayakah budi bahasa kalau tindakan itu melampaui ajaran Islam? Bersopankah kita seperti gambar-gambar di atas itu? Kalau betul-betul melayu yang beragama Islam bukan begitu amalannya. Sudah pasti adat dan hukum dijaga.

    Keempat: Sebagai pemimpin sepatutnya merekalah cermin kepada rakyat. Tingkah laku merekalah yang jadi ikutan rakyat. Apakah rakyat mahu mengikut pemimpin yang rosak akhlaknya? Bukankan Rasulullah SAW itu diutuskan untuk memimpin manusia dengan menyempurnakan akhlak mereka?.

    Saya nak tanya saudara, apakah gambar-gambar tersebut tidak bertentangan dengan Islam? Sila bagitau saya, ayat berapa dan hadis mana yang membenarkan perlakuan sedemikian. Silakan…

    Saya bukan yang terbaik daripada kamu, tapi saya ada hak kebebasan untuk mempertikaikan salah laku pemimpin atas nama manusia yang semuanya asal dari tanah dan ke tanah jugalah kembalinya. Kerana apa? kerana supaya pemimpin sentiasa beringat dan ada garis panduan dalam bersosial dan perlakuan mereka iaitu ISLAM.

    Mungkin apa yang saya paparkan dan perkatakan pedas tetapi Saidina Umar al-Khatab bangga kerana ada seorang perempuan yang mengatakan sekiranya Umar melakukan kesilapan di dalam pemerintahannya maka “Pedang inilah yang akan memperbetulkannya”.

  3. Sy skong saudara..klu mcmni prngai pmimpin hncurlh rakyat dan ngara..Takbir .!

  4. ape2 je lah..
    mmg la nmpak keburukan bn sbb bn yg memerintah. kalo pas ataupun pakatan rakyat yg memerintah, rakyat akan mcm ni gak sbb rakyat negara kite ni jenis yg x penah puas hati dgn ape yg ade… salam..

  5. PAS has been at helm in Kelantan for how many years? almost 20 years!

    During that duration I have never see Tun Guru Nik Aziz did things like that.

    Don’t talk like people losing hope.

  6. sama-samalah kita berdoa moga negara kita sentiasa aman dan moga kita sentiasa dapat taufiq dan hidayah daripada Allah..takbir!!

  7. ye.
    betul sangat2 ape yg kamu ckp tu.
    n bg saya mmg saudara admmm salah.
    saya mmg bnci gile dgn cara pmrintahan pmimpin2 dlm msia ni.
    jom jom kita doa smoga Allah kurniakan kita pemimpin yg betul2 patut pd hukum Islam.
    xbahagia la idup dlm negara camni.
    ~_~

  8. Saya doakan semuga semua orang-orang Melayu Bersatu tidak kira Pas atau Umno..kita semua tidak sempurna jalan terbaik ialah berdamai…semuga Allah memberi jalan yg terbaik….Amin.!!

  9. sy rase kite perlu bersatu untuk memajukan negara kite


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: