Posted by: manjanik | September 8, 2007

Sazmi : Lojing melenting, Babi menyepi

KOTA BHARU: Sudah seminggu lebih isu babi di Melaka menjadi topik perbincangan. Kerajaan Melaka mengarah supaya babi di kurangkan. Penternak tak hirau. Polis dan FRU tidak dapat berbuat apa-apa. Kanak-kanak menjadi perisai. Operasi hapus ditunda ke 21 hb September.

Karam Singh Walia mengeluh dan kecewa. Isu yang diperjuangkan beliau bukan isu agama. Jauh sekali isu politik. Beliau terkenal dengan pejuang alam sekitar. Maka alam sekitarlah yang diperjuangkan beliau. Sungai kotor sudah ditunjukinya. Bau busuk dan hanyir telah didedahkannya. Apa lagi yang perlu beliau angkat tangan setiap kali memberi komen. Tangan beliau sekarang sudah lengoh dan tidak berdaya lagi untuk diangkat. Babi tetap di situ lagi..

Apa kabar Sazmi Miah, Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dan Ahli Parlimen Mache(Machang). Di mana suara jerit pekik kamu? Bukankah kamu juara isu Lojing? Pembela kepada alam sekitar? Kenapa dalam bab babi ini kamu diam? Apakah kerana Lojing itu berada dalam tanah jajahan Kelantan yang pemerintahnya adalah PAS maka kamu mesti berjuang membela kononnya alam sekitar di Kelantan teruk sangat?

Inilah sikap dan sifat seorang pemimpin BN/Umno. Babi itu lebih teruk dari Lojing. Lesen menternakpun tiada. Kenapa ianya dibiar jua.

Oleh kerana isu babi tidak mendatangkan kesan politik dan tekanan kepada kerajaan PAS Kelantan, maka ianya tidak perlu diperjuangkan. Biarlah penduduk Islam dan bukan Islam di Masjid Tanah itu bergelumang dengan masalah mereka. Sazmi tidak perlu berbuat apa-apa. “Jangan cari penyakit” mungkin itu motto perjuangan Sazmi.

babi.jpg

Babi-babi sedang menunggu suara Sazmi..

Pemimpin seperti ini tidak layak menjadi wakil kepada rakyat. Jawatan setiausaha parlimen yang dipegang beliau bukan hanya sekadar menumpu pandang ke Kelantan sahaja. Beliau bukan setiausaha parlimen Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Kelantan tetapi pusat – Kerajaan BN pusat. Kalau hanya Kelantan sahaja yang dicari salahnya, maka terbukti beliau hanya pemimpin di bawah tempurung, baik sedikit daripada katak. Pemimpin berfikiran kekampungan tidak layak berada di pusat.

Usahlah Sazmi mendabik dada pejuang alam sekitar kalau masalah inipun beliau menyepi diri. Pemimpin Umno dan Islam Hadhari apa macam ini? Kita menunggu suara “manja” Sazmi dalam isu ini….

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: