Posted by: manjanik | Ogos 21, 2007

Jangan Campur Aduk Budaya Dan Agama – Rafidah

KOTA BHARU: Semasa Dato’ Seri Rafidah Aziz bertandang ke Kelantan untuk menyampaikan dermasiswa kepada 400 orang pelajar sekolah menengah, beliau berlagak seperti seorang mufti apabila mengeluarkan fatwa terbarunya, “Janganlah kerajaan PAS hendak mencampur adukkan antara Agama dan budaya. Orang Islam di negara China dan India yang menerima Islam lebih awal daripada kita tidak membuang budaya mereka. Malah di negara-negara Arab seperti Mesir, tarian gelek dipersembahkan tanpa ada fatwapun yang mengatakan tidak boleh(haram)”.

Dulu, Rafidah pernah mengeluarkan fatwa, suami boleh simpan perempuan tapi tidak boleh berpoligami. Masih ingatkah? Dulu mungkin boleh dimaafkan sebab masa itu Umno/BN belum Islam Hadhari lagi. Kini sudah masuk Islam Hadhari tapi kenapa pemikiran Rafidah masih tidak berubah?.

rafidah_embrace.jpg pidah-pluk-tun.jpg

Mungkin inilah budaya melayu yang diperkatakan oleh Rafidah

Inilah kenyataan sorang pemimpin Umno yang berlandaskan Islam Hadhari. Apakah sesuai kenyataan Rafidah si mulut merah ini dengan hakikat Islam yang sebenar? Benarkah tarian gelek di Mesir tidak haram? Pelajar-pelajar di Mesir silakan komen.

Sebenarnya inilah perbezaan PAS dengan Umno. Bagi PAS apa sahaja yang dilakukan atau laksanakan mesti berteraskan Agama. Agama Islam adalah sempadan dan teladan. Islam adalah garis panduan. Islam adalah kayu pengukur. Islam adalah tempat rujukan menentukan betul tak betul, benar tak benar. Isalam adalah cara hidup. Walaubagaimanapun lain pula dengan Umno. Kayu pengukur adalah kehendak hati dan cita rasa mereka. Benar tak benar adalah berdasarkan ramai orang nak atau orang suka. Betul tak Betul berdasarkan tradisi dan adat.

Kalau ikut fatwa Rafidah, Islam mesti ikut budaya dan adat tradisi . Islam mesti akur dengan apa sahaja budaya tradisi dan mesti menghalalkannya walaupun pada hakikat sebenarnya jauh terpesong dari kehendak Islam. Mempertahankan budaya lebih penting dari perrtahankan Islam. Tidak ajaran sesatkah ini? JAKIM sila bagi perhatian, mungkin Rafidah perlukan ke pusat pemulihan akidah.

Di Kelantan, mana-mana kebudayaan seperti main puteri, mak yong, menora, wayang kulit, dikir barat, tarian yang bertentangan dengan Islam, setakat boleh diubah tatacara persembahannya supaya tidak lari dari garis panduan Islam, dibenarkan.

Dulu dikir barat penuh dengan kata-kata lucah dan tidak berfaedah kini susun atur senikatanya ke arah kebaikan. Mana-mana pendikir yang mengeluarkan kata-kata lucah dan juga melibatkan wanita yang aqil baligh tidak dibenarkan dan dikenakan tindakan. Apakah salah tata cara begini? Rafidah sila jawab.

Wayang kulit, dulunya penuh dengan tahyul dan pemujaan sebelum dan selepas permainan di perasap kemian dibaca mentera dan dipuja kulit belulang kering yang tidak boleh mendatangkan apa-apa mudharat kepada manusia itu. Kini pula wayang kulit boleh dibenarkan asalkan tidak mempunyai unsur-unsur syirik dan jalan ceritanya mengajak rakyat faham tentang kehidupan, alam sekitar dan tanggung jawab mereka dibumi Allah ini. Salahkah perubahan tersebut?

Manakala mak yong, menora dan main puteri masih belum berubah. Pengamalnya masih degil untuk meneruskan versi lama yang penuh dengan pertentangan dengan Islam. Mak yong misalnya, lelaki selalu diperbodohkan dan dipakaikan seperti mak nyah, wanita pula berpakaian menjolok mata dan bukanpun pakaian tradisi orang melayu jauh sekali berpakaian secara Islam. Apatah lagi jalanan cerita yang karut marut. Jadi, salahkah kerajaan tidak membenarkannya? Kita jangan ukur benar salah dengan akal fikiran dan kepala otak(itupun Allah yang anugerahkan) kita yang penuh dengan nafsu. Ukuran kita hendaklah bersandarkan kepada Islam.

Cuba kita bayangkan, nakkah Rafidah sebagai seorang yang mempunyai pendidikan tinggi dan berjawatan tinggi main mak yong, menora, wayang kulit dan kalau rasa pandai….silakan bertarian gelek. Kita tengok Rafidah bergelek dan jangan hanya pandai membenarkan orang lain sahaja. Silakan Rafidah….

Berita lanjut sila dapatkan Mingguan Wasilah di pasaran yang menyiarkan kenyataan Rafidah tersebut.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: