Posted by: manjanik | Ogos 16, 2007

SMS Alwi menikam Annuar Musa

“Saudara Naf(Abdul Manaf adalah bekas AJK Umno Bahagian Ketereh yang paling rapat dengan Anuar Musa dan kini telah menyertai PAS- editor)..saya ke London seminggu jumpa Prof. untuk thesis PHD saya…sebagai sahabat saya pohon saudara tak usahlah jadi perkakas PAS dan Rosli(Dato Ahmad Rusli Ibrahim bekas Setiausaha Perhubungan Umno Kelantan kini bersama PAS-editor) …Datuk Seri Panglima Annuar mungkin tak contest langsung.. I think i’ll fight Rosli to the end…kalu dia nak DUN Kok Lanas..Dia kena berlawan dengan saya Naf…Dan saya menganggap saudara akan bersama-sama saya…Percayalah PAS akan kalah dalam pilihanraya kali ini..banyak benda yang akan kita buat…believe me brother..think it over…wassalam” SMS Datuk Alwi Timbalan Ketua Umno Bahagian Ketereh dan Ahli Parlimen.

KETEREH : Sudah terang lagi bersuluh, pergolakan Umno Bahagian Ketereh semakin jelas. Rentetan perbalahan dua pemimpin tertinggi Umno bahagian dan negeri ini tidak dapat disembunyi lagi. Bermula dari selepas persidangan umno bahagian sampai ke hari ini – kedua-duanya saling serang menyerang dan tuduh menuduh.

alwi-ketereh.jpg umno.jpg annuarmusa-125.jpg

Alwi tersenyum perancangan beliau berjalan lancar…Nuar semakin gelabah dan naik angin… Umno semakin goyah dan tunggang langgang…Apa lagi rakyat harapkan kepada BN dan Umno..

Terbaru, SMS Alwi kepada salah seorang bekas pemimpin Umno Bahagian Ketereh terbongkar. Menurut SMS tersebut, Alwi memberitahu bahawa Annuar Musa tidak mungkin bertanding lagi samada di peringkat Bahagian mahupun sebagai calon dalam pilihanraya ini. sebenarnya, Nuar sudah tidak sesuai lagi memimpin memandangkan beliau banyak menimbulkan masalah bukan sahaja kepada Umno tetapi juga kepada rakyat Kelantan.

Sebelum ini, Alwi juga pernah memberitahu kepada kontraktor-kontraktor yang mendapat projek di Parlimen Ketereh bahawa Annuar pergi ke luar Negara bukan urusan parti tetapi berniaga. Ini bertentangan dengan dakwaan Nuar bahawa beliau sekarang tidak mempunyai kewangan kerana tidak menjadi menteri lagi dan juga tidak berniaga.

Berita Alwi mengkhianati Nuar secara halus ini telah disedari oleh puak-puak Nuar dan mereka telah memberitahunya. SMS saling menuduh antara Nuar dengan Alwi bukan rahsia lagi sehingga saling mencabar “kalu lagu tu baik sama-sama tak sah ccara ke parti, biar mapuh”.

Tambah memburukkan lagi keadaan apabila kehadiran Pak Lah ke Kelantan minggu dua minggu lepas telah menjadi kelam kabut dengan tidak ramainya orang yang hadir di majlis pecah tanah projek jambatan kedua Sultan Yahya Petra dan juga berlakunya kelam kabut dalam program.

Orang-orang Alwi pula membawa cerita tentang Pak Lah merasmikan projek Kolej Metrikulasi di Kok Lanas yang dikatakan dilaksanakan di atas tanah yang telah dibeli oleh Nuar yang berharga RM70 ribu satu ekar seluas 200 ekar. Persoalannya bagaimana Nuar boleh membeli tanah Persatuan Pesakit Kusta Kelantan itu? Dan dari mana Nuar mendapat wang sebegitu banyak untuk membelinya? Khabarnya Nuar menggunakan Sunny Squre Point sebagai proksinya dalam urusan tersebut.

Inilah kemelut yang melanda Umno Kelantan. Belum lagi memerintah sudah macam-macam kerenah sesama pemimpin mereka. Kalaulah ditakdirkan menjadi pemimpin rakyat Kelantan, maka sudah tentu rakyat akan menjadi mangsa di atas kerakusan mereka. Rakyat sepatutnya menjauhi pemimpin seperti ini.

Seorang pemimpin kanan Umno berkata, setakat ini hanya 12 kerusi sahaja kemampuan Umno Kelantan. Kekuatan yang dilaung-laungkan oleh pemimpin Umno hanya perang saraf sahaja. Pada hakikatnya Umno semakin teruk dan lemah.

Pelbagai masalah sedang melanda Umno dan pemimpinnya. Kes-kes jenayah syariah yang melibatkan pemimpin tertinggi dan pertengahan sudah berada ditangan orang-orang tertentu. Dan yang menghairankan dokumen-dokumen serta bahan bukti ini telah diberikan oleh orang-orang Umno sendiri seperti kes di Tumpat, Rantau Panjang, Ketereh serta beberapa bahagian lagi. Tunggulah mungkin boleh didedahkan sedikit masa lagi. Ahli-ahli Umno patut bertanya kabar apakah ceritanya rakan-rakan mereka di bahagian-bahagian tersebut.. Silakan…

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: