Posted by: manjanik | Julai 14, 2007

Nyanyuknya Awang Adek: Dulu dinar kini pelabur

awang-adek-hussin.jpg

BACHOK : Kesiannya Datuk Dr Awang Adek Hussin. Kenyataan demi kenyataannya tidak melambangkan beliau seorang yang berkelulusan PHD dan seorang Timbalan Menteri Kewangan. Sudahlah seringkali menyanggah kenyataan yang pernah beliau keluarkan, kini sudah mula lupa tentang apa yang beliau dan kerajaan yang beliau sertai lakukan. Perkataan apa lagi kalau tidak nyanyuk namanya…

Dulu, beliau pernah memuji dan memberi perangsang akan pelaksanaan dan perkembangan dinar emas di negara ini. Akan tetapi bila kerajaan Kelantan melancarkan Dinar Emasnya, beliau “menyanyukkan” diri beliau sendiri dengan memperlekehkan apa yang kerajaan Kelantan laksanakan.

Kin, apabila kerajaan PAS Kelantan sedang mencari pelabur luar untuk sama-sama membangunkan Bandar Baru Tunjung, beliau sekali lagi mengambil langkah ke belakang dengan macam-macam alasan dan hujah dangkalnya.

Beliau mendakwa sepatutnya kerajaan Kelantan memberi peluang seluasnya kepada pelabur tempatan. Persoalannya apakah kerajaan Kelantan telah meminggirkan pelabur tempatan? dari 500 ekar yang disediakan untuk tujuan bandar baru tersebut hanya 11 ekar sahaja untuk pelabur asing. Apakah Wilayah Pembangunan Iskandar juga laksanakan sebagaimana Kerajaan Kelantan lakukan? Apakah “buka luas” kepada Singapura itu dasar kerajaan BN?.

Beliau juga mempersoalkan pemilikan tanah kepada pelabur asing tidak akan mencapai matlamat. Pesoalannya apakah bodoh sangat Kerajaan Kelantan membenarkan pemilikan kekal tanah kepada pelabur asing? Bagaimana dengan pemilikan tanah di Johor dan bandar-bandar maju yang dasarnya ditentukan oleh Kerajaan BN?.

Awang Adek juga mempersoalkan ketelusan Kerajaan Kelantan dalam melaksanakan bandar baru ini. Bagi Beliau sepatutnya kerajaan Kelantan memberitahu rakyat dahulu terhadap pembabitan pelabur asing khususnya China dan Thailand. Apakah rakyat diberitahu sepenuhnya tentang pembangunan di WPI?. Kalaulah rakyat diberitahu sepenuhnya tentang apa yang berlaku dalam perancangan pembangunan WPI makan sudah pasti rakyat akan bangun menentangnya. Apa tidaknya kalaulah tanah air orang melayu akan tergadai sebegitu mudah ke tangan orang asing Singapura, apakah rakyat harus mendiamkan diri lagi?.

Apapun kata Awang Adek dan pandangan serongnya terhadap hasrat Kerajaan Kelantan menjemput pelabur China dan Thailand datang melabur, beliau sepatutnya melarang rakan sejawatnya, Datuk Seri Syed Hamid Albar, Menteri Luar telah ke China selama 5 hari untuk menarik pelabur China khususnya di Guangzhou dan Shenzhen.

Persoalannya apakah bagi Awang Adek jikalau kerajaan BN yang jemput pelabur China tidak menjadi kesalahan, akan tetapi sekiranya Kerajaan Kelantan yang jemput maka ianya suatu kesalahan?. Kalau inilah sifir yang Awang Adek pakai maka sifir ini sesat lagi menyesatkan.

Biarlah Awang Adek seorang sahaja yang nyanyuknya, diharapkan menteri-menteri lain janganlah nyanyuk seperti mana yang Awang Adek nyanyuk.

Nyanyuk Awang Adek terhadap janji beliau kepada rakyat Bachok semasa pilihanraya lepaspun belum tertunai lagi. Tunailah dulu janji nak bagi pengecualian bayaran letrik kepada warga tua dan miskin. Kini Awang Adek datang lagi dengan seribu janjinya di Bachok… Mungkin lepas ini beliau bukan Awang Adek lagi tapi Adek Awang.

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: