Posted by: manjanik | Julai 8, 2007

Pindah tempat mengundi : SPR tolak permohonan pemimpin Umno Tumpat

TUMPAT: Hari ini(08.07.07) perbicaraan bantahan dan tuntutan bagi parlimen Tumpat telah diadakan Pejabat Tanah dan Jajahan pada jam 9 pagi. Suruhanjaya Pilihan raya Kelantan diketuai oleh pengarahnya sendiri. Seramai 50 orang terlibat dalam bantahan ini iaitu terdiri  dari empat DUN – Pengkalan Kubor, Kelaboran, Pasir Pekan dan Wakaf Bharu.

Setelah selesai bantahan dibuat, dari 50 orang yang telah dibantah itu hanya 15 orang bantahannya ditolak dan 35 orang lagi bantahan telah diterima. Terdapat 2 kes di mana pemohonnya telah meninggal dunia dan satu kes percubaan mendaftar orang yang telah meninggal dunia pada tahun 2005 lagi.

Apa yang menariknya ialah percubaan pindah tempat mengundi oleh seorang ajk Umno bahagian Tumpat yang juga bekas ketua pemudanya dari Dun Pasir Pekan ke Dun Kelaboran juga telah ditolak.

Beliau memberi alasan bahawa telah bermastautin di Dun Kelaboran berdasarkan alamat tempat beliau bekerja di pejabat Umno Bahagian Tumpat sejak 10 tahun dulu lagi. Tetapi cubaan beliau terhalang kerana beliau sebenarnya tinggal dan bermastautin di Morak dalam Dun Pasir Pekan. Pihak pembantah telah menunjukkan gambar pejabat Umno Tumpat dan saksi pula memberitahu bahawa pejabat Umno tidak didiami oleh sesiapapun.

Akhirnya bantahan terhadap beliau diterima dan beliau pulang dengan hampa. Menurut rakan-rakan beliau yang hadir sama semasa perbicaraan tersebut, beliau sebenarnya berhasrat untuk bertanding di Dun Kelaboran sebab itulah beliau berusaha untuk pindah ke Dun tersebut.

Apa yang jelasnya, 2 kes sudah terbukti ada cubaan jahat Umno untuk mendaftar orang mati dan memindah pengundi. Untuk pengetahuan pembaca, dalam kes bantahan di Kelantan hanya PAS sahaja yang membuat bantahan iaitu lebih kurang 1000 kes.

Umno langsung tiada membuat bantahan dah terbukti dakwaan mereka bahawa PAS memindah pengundi adalah bohong semata-mata. Kalau benar PAS memindah pengundi maka sudah pasti Umno akan membuat bantahan.

Kita tunggu dan lihat siri-siri bantahan di lain tempat. Apa yang menariknya Umno masih mendaftar semula orang-orang yang telah dibantah oleh PAS di Dun Bukit Panau pada tahun 2004 dan telah berjaya tetapi kini dimasukkan kembali seramai 200 orang.

Ada dikalangan mereka beralamat di stesen bas Tanah Merah, di tanah lot yang tiada rumah dan ada diantaranya di sebuat rumah dimasukkan seramai 14 orang pengundi. Di rumah Ikmal Hisyam(bekas ketua pemuda dan orang yang pernah digantung kerana politik wang) sendiri ada 7 orang pengundi. Tunggu dan lihat apa kesudahannya nanti!


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: