Posted by: manjanik | Julai 5, 2007

Universiti Malaysia Kelantan – Memalukan!!

PENGKALAN CHEPA: Apa sudah jadi dengan Universiti Malaysia Kelantan(UMK) yang dicanang begitu hebat oleh Datuk Mustapa Mohamed dan Datuk Seri Panglima Annuar Musa serta pemimpin Umno Kelantan. Pengambilan pelajar baru yang bermula minggu lepas kini menimbulkan banyak masalah khususnya kepada pelajar.

Sinar Harian(Khamis 05/07/07) dengan tajuk “Pelajar kecewa asrama UMK tidak sempurna”, telah menjelaskan segala-galanya tentang letak duduk universiti politik Umno ini. diberitakan kelengkapan kampus dan asrama benar-benar memalukan. Apa tidaknya kalau dilihat dan dibandingkan dengan sekolah berasrama penuh, jauh lebih baik lagi berbanding UMK.

Pendedahan Sinar Harian cukup memalukan rakyat Kelantan kerana persiapan untuk mewujudkan sebuah universiti dibuat secara sambil lewa dan banyak “main politik” oleh Tok Pha dan Annuar Musa. Bayangkanlah almari yang pintunya tertanggal, bilik air yang tidak boleh dikunci, paip air yang seakan tempat untuk berwudhuk, bilik penginapan semacam tempat tahanan PATI, tiada kipas dan sebagainya serta pelbagai perkara yang tidak sepatutnya berlaku.

MANJANIK juga diberitahu, pengambilan kakitangan untuk bekerja di UMK dibuat oleh Tok Pha sendiri dan dipilih dengan begitu teliti supaya tidak ada seorangpun “orang hijau/bulan” terlepas masuk. Mereka akan diselidik sehingga ke akar umbi asal usul dan aliran sokongan. Pun begitu ada juga yang terlepas dan salah seorangnya pemberi maklumat ini.

Tok Pha amat teliti untuk mengambil kakitangan yang asalnya dari Kelantan tetapi begitu mudah menerima orang yang diluar dari Kelantan. Sikap “menyusu kera di hutan” masih menjadi amalan Tok Pha.

Satu perkara lagi ialah, dari 400 tempat yang dtawarkan oleh UMK hanya 270 orang sahaja yang memohonnya. Kenapa pelajar tidak berminat untuk belajar di UMK? Nanti MANJANIK akan berusaha mendedahkannya. Diberitakan juga sudah ada desas-desus dari beberapa orang mahasiswa yang akan meninggalkan UMK dan menerima tawaran dari IPTA atau IPTS yang lain.

Apa yang jelas, UMK adalah “universiti politik Umno”. Dapat dilihat dengan jelas gambar Tok Pha dengan Perdana Menteri ditiang-tiang letrik menunjukkan UMK kebanggaan beliau. Manakala Nuar Musa pula dengan gaknya mengangkat tangan dalam sepanduk yang digantung di simpang-simpang seolah-olah UMK adalah perjuangan dan usaha beliau.

Ini menggambarkan perebutan pengaruh dalam politik Umno Kelantan. Adalah dirasakan bahawa UMK bukan suatu tempat yang strategik bagi pelajar untuk belajar. Memandangkan kos yang ditawarkan tidak begitu sesuai dengan zaman sekarang, adalah lebih baik pelajar-pelajar mencari universiti lain yang benar-benar boleh melahirkan insan yang mampu membangunkan negara.

Kita tengok apa perkembangan seterusnya UMK. Apakah Universiti politik Umno Kelantan ini mampu bertahan atau akan menjadi sebuah sejarah kepada rakyat Kelantan… Kita tunggu dan lihat adegan seterusnya…

Advertisement

Respon

  1. Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

    Ini nasihat saya…………………….!

    Jangan begitu sayang………………..!

    Memang lah universiti baru macam tu. Sepatutnya kita beri sokongan. Begitu juga ceritanya dengan UM, UKM, USM, UiTM, UNIMAS, UMS dan lain-lainnya.

    Insyaallah, selepas itu mereka berkembang pesat.

    Hidup mesti cara Islam – cakap benar dan bersyukor biar pun ianya PAHIT.

    Wassalam

    Remali Yusoff, Ph.D

  2. Salam,

    Setuju dengan saudara Remali, Universiti baru memang begitu saudara. Kenapa penglihatan saudara begitu sempit, Universiti tahu ler apa yang perlu di lakukan.. dan belajar di universiti baru ni memang begitu..kemudahan memang la kurang dan saya yakin UMK pun tak akan biar student dia susah.

    Sepatutnya, berseyukur la UMK tu di bina di kelantan..ada juga kerja untuk orang kelantan, orang kelantan boleh berniaga, boleh menyewa rumah mereka. Silap hari bulan saudara mungkin kawin dengan pelajar lulusan UMK …elok la ..kembang sikit otak awak

    Namun pada pendapat saya, kerana saudara terlalu taksub dengan politik ..saudara dan saudara2 hanya melihat keburukan semata-mata.

    Jadi orang islam ni, kita kena banyak bersyukur kepada tuhan bukan asyik dok kutuk orang ka.

  3. sy sebagai bekas pelajar umk ingin memberi repson kpd penulis blog ini. apa yang anda kata kan itu 80 peratus adalah tidak benar sama sekali kerana kemudahan yang disediakan adalah memuaskan walaupun umk haya sekangkang kera.tetapi itu hanya kampus sementara di tmn bendahara. manakala kampus yang sebenar masih dlm pembinaan dan dijangka siap pd 2010 atau 2011.

    20 peratus adalah benarseperti bilik kuliah dan asrama adalah rumah kedai. tetapi pd bln 8 2008 kami tlh brpindah ke asrama yg amat baik. serta perkara ini adalah perkara biasa bg setiap universiti yg baru dibuka. jd nasihat sy jgn cepat untuk mnghukum sesuatu prkara yg masih belum ahu hujung pangkalnya…

  4. salam unuk manjanik si pembidas minda!!
    pndapat sy tntang blog yang anda tulis ialah seperti
    poster atau baner umk yg digantung di sepanjang jln adalah untuk mepromosikan umk adalah sebagai satu kemajuan bagi negeri kelantan dan juga sebagai mempopulariti kan umk sebagai sebuah ipta yg terkemuka untuk semua rakya malaysia.

    selain itu juga saya juga ingin mengulas sedikit tentang pengambilan kerja di umk….pd pndapt sy pekerjaan itu sbnarnya lebih diutamakan untuk anak negeri tetapi ianya juga dibuka untuk luar negeri berikutan ketidak cukupan pengisian kekosongan kerja di umk…lihat sndiri anak kelantan sndiri yg tlh berjaya kebanyakan tidak mahu bekerja di negeri nya sendiri….oleh yg demikian akan menyebabkan umk akan terus mundur kerana kekurangan tenaga pengajar selain tenaga untuk menguruskan umk….

    hal ini adalah penting untuk mempertingkatkan kualiti umk sekaligus negeri kelantan.

    oleh yang demikian sy berharap anda lebih memberi sokongan dr membidas atau mendengar suara hati dr segelintir pelajar atau sebilah pihak…jgn dicampur aduk kan umk dengan politik. hal ini kerana umk adalh sebuah universiti yg berbilang kaum serta unik dengan budaya serta ukhwah diantara warga umk…

    sekian…

    WASSALAM….

  5. Bersabar lah……biasalah Universiti Baru. Saya cakap dengan seikhlas hati saya pada bulan puasa yang berkat ini. Sebenarnya kemudahan yang ada di UMK dan sekelilingnya JAUH lebih baik berbanding dengan permulaan penubuhan UMS 14 tahun dahulu. Kerana pada masa itu jauh dari:

    1) Pusat beli belah
    2) Makan – tender kepada Kantin BTC (India)
    3) Tak selamat – dikelilingi oleh pendatang. Kereta saya kena lastik oleh pendatang.
    4) Kes rompak dan curi
    5) Makan minum mahal dan lain-lain.

    Jauh berbanding dengan UMK sekarang:

    1) Dekat dengan pusat beli belah
    2) Pasar ramadhan dan makan minum murah
    3) Agak selamat
    4) Tempat belajar teratur juga lah dan lain-lain.

    Kerana saya adalah salah seorang PERINTIS di permulaan pembukaan UMS dan masa itu Tan Sri Datuk Seri Panglima Prof. Abu Hasan Othman merupakan Naib Canselor yang pertama dan sehinggalah saya tamat Ph.D di Durham UK pada tahun 2004.

    Betul cakap saudara kita, kita sepatutnya sama-sama menyokong untuk pembangunan UMK untuk faedah semua rakayat Malaysia khasnya dan masyarakat dunia umumnya.

    Banyak saya jumpa ramai yang seronok belajar di Kelantan kerana amam dan makanannya murah. Kerana itulah yang hari-hari kita mesti lalui.

    Saya bersyukor dengan nikmat yang Allah kurniakan kepada saya. Amim

    Wassalam

    Remali Yusoff, Ph.D
    University of Durham, UK
    Ph.D in Islamic Banking and Finance

  6. ckap saudara tu biarlah berasas sedikit.Saya wakil daripada masyarakat merasa bangga kerana umk lah institusi pertama kelantan yang berjaya dari hari ke hari.Sepatutnya saudara tidak boleh berkata sedemikian kerana pernahkah saudara sendiri menjejakkan kaki ke umk ??? jangan terlalu taksub kepada kepimpinan umno atau pas semata-mata,bak kata pepatah menuntut ilmu itu biarlah sampai ke negeri China.UMK bukanlah seperti yang saudara dakwakan itu,malah Umk lebih daripada Universiti yang terhebat.Kalau lah anak saudara atau ahli keluarga saudara yang diterima belajar di umk,cuba tanya dan kalau boleh datanglah sendiri ke umk untuk melihat sendiri bagaimana umk berkembang maju.Patutnya kita bersyukur dengan apa yang kita ada dan kita miliki,bkanlah menunding jari menyalahkan org lain kalau kita tidak berkemampuan melakukuan yang lebih terbaik.Mungkin ini lah sifat kelemahan orang melayu yang tahu menampakkan keburukkan orang orang lain tanpa melihat kekurangan diri sendiri…wassalam

  7. hurm…jangan lempar fitnah tanpa usul periksa wahai saudara…saya dapat rasa saudara lebih taksub kepada hal politik…Saya wakil dari pelajar UMK dan juga MPP dalam UMK…kemudahan yang disediakan oleh UMK amat bagus berbanding di univeristy lain…saudara tidak boleh banding dengan University yang lama seperti UM,UKM atau USM…university ini masih baru ibarat setahun jagung..dan tidak adil lah berbanding dengan university yang telah berbuah beberapa kali…saudara,saya minta saudara datang sendiri UMK…dan rujuk sebelum tulis diblog ini….UMK amat berbeza dengan university lain…sebab di UMK tiada satu pun mempunyai perkauman…di UMK dapat lihat keharmonian antara kaum dan ini amat dititik beratkan oleh perdana menteri kita….akhir sekali,saya harap saudara dapat tarik balik apa kata-kata yang ditulis disini…waalaikumusalam

  8. tarik kenyataan balik…..
    sememangnya UMK adalah terbaik….
    saya minta saudara datang ke UMK sendiri…dan tengok sendiri!!!jangan mainkan isu kat sini….
    Baru2 ini UMK dikunjung oleh pelajar UTM dan mereka berpendapat UMK lebih baik daripada UTM dari segi kemudahan…Ini dah dapat menunjukkan UMK mempunyai daya saing yang kuat…

    Tambahan pula,Saudara tidak sepatutnya berbanding UMK dengan universiti-universiti lain…sebab umk baru stahun jagung dan ini sememangnya mempunyai kelemahan…university yang lama mempunyai kelemahan,kenapa saudara tidak ingin mencari kelemahan tersebut…

    Selain daripada itu,UMK merupakan satu-satunya university yang dapat lihat 1 Malaysia…Melayu,Cina dan India dapat hidup dalam satu campus dan bergaul,bermain dan berlajar bersama….

    pada pendapat saya,saudara tidak sepatutnya mencari kelemahan tetapi saudara harus lihat dari segi positive bukan negative…dan ini sememangnya sikap melayu yang tidak suka lihat sudut positive….sehubungan itu juga saudara juga tidak perlu taksub terhadap politik…

    Larangan mencari dan membocorkan rahsia orang lain jelas dilarang Allah seperti dijelaskan dalam firman-Nya bermaksud: Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang lain.(Surah al-Hujurat, ayat 12)

    renungkanlah…


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: