Posted by: manjanik | Jun 26, 2007

Umno Kelantan bersatu? : Annuar Musa tipu Najib(2)

Dakwaan Najib juga bagaikan seolah-olah semudah itu Nuar menipu boss nombor 2 dalam parti yang beliau anuti. Apakah motif Nuar memberi fakta yang salah kepada Najib? Ataupun sebenarnya Najib tak tau apa-apa tentang apa yang berlaku dalam Umno Kelantan, cuma beliau sekadar “bermain saraf” dengan rakyat Boleh jadi juga.

Di bahagian Kota Bharu, siapa yang tidak tahu berlakunya ketegangan antara Pemangku Ketua Bahagian dengan Ahli Parlimen Kota Bharu – Datuk Fatmi Salleh dengan Datuk Zaid Ibrahim. Bohonglah kalau orang Umno tak tahu…

Sejak Fatmi mengambil alih pemangku ketua bahagian, apa sahaja program yang dilaksanakan oleh belia, Zaid dinafikan kehadirannya. Fatmi sendiri sudah mengatur langkah mahu menyingkirkan Zaid dari Umno Kota Bharu. Beliau sudah “memasang” orang-orangnya disetiap cawangan dan Dun.

Fatmi juga sudah berjanji akan memberi kerusi Dun Tanjung Mas kepada Ketua Puteri yang juga anak kepada seorang jutawan kereta Kelantan. Begitu juga calon BN di Dun Bunut Payong juga sudah dinamakan iaitu samada pegawai PPD Kota Bharu ataupun anak kepada tokoh koperat Allahyarham Zahari Wahab. Manakala Parlimennya Fatmi sendiri yang akan bertanding.

Sikap Fatmi sememangnya cukup tidak disenangi oleh orang-orang Zaid. Beberapa tindakan dalaman telah dibuat oleh mereka dan unsur-unsur untuk menyekat Fatmi sedang giat dilaksanakan. Baru-baru ini heboh diperkata tentang surat layang yang ditabur di masjid berkaitan dengan isu maruah Fatmi.

Zaid sendiri telah menggunakan jawatan beliau sebagai Pengerusi BN Kota Bharu untuk menggerakkan aktiviti dan memudahkan pergerakkan beliau.

Bagi puak-puak Zaid, Fatmi adalah bayangan kepada Najib. Apa sahaja yang Fatmi buat maka itulah Najib. Ini disebabkan Fatmi adalah Setiausaha Politik Najib.

Di Bahagian Rantau Panjang, Ketua bahagian dan Naibnya sudahpun “buku bertemu ruas”. Antara Datuk Mohd Zain dengan Datuk Shaari – tomoi tanpa pengadil sudah bermula. Mat Zain tidak hadir diprogram-program Shaari, begitu juga dengan Shaari.

Hasrat Shaari untuk melenyapkan pengaruh Mat Zain sudah berjalan. Kekuatan ekonomi yang ada pada beliau digunakan sebaik mungkin. Manakala Mat Zain sudahpun tahu dan bersedia menjatuhkan Shaari dalam pemilihan calon dan juga bahagian akan datang ini.

Dalam diam-diam pemuda bahagian telah memberi sokongan kepada Shaari. Ini menandakan suatu “pergelutan dalaman” akan berlaku sedikit masa lagi. Apa yang jelas sekarang ini Mat Zain hanya bergerak di Dun Bukit Tuku manakala Shaari pula hanya jaga Dun Gual Perioknya sahaja. Saling tidak boleh melangkaui sempadan masing-masing.

Di Bachokpun apa kurangnya. Rasa tidak puashati Datuk Dr Awang Adek kepada Datuk Dr Illias Husin masih belum reda. Cemburu beliau di atas kejayaan Datuk Lias berada dalam kelompok elit kepimpinan Umno Kelantan benar-benar merunsingkannya.

Apatah lagi banyak janji yang beliau tabur tidak dapat dilaksanakan di Parlimen Bachok. Antaranya janji menghapuskan bayaran bil letrik kepada orang-orang miskin, rumah percuma dan peluang pekerjaan kepada rakyat Bachok sekiranya beliau menang. Bila menang semuanya “habukpun tarak” dan kembali semula bila hampir pilihanraya untuk berjanji lagi. Silakan

Berbeza dengan Datuk Lias yang banyak bersama dengan rakyatnya sekaligus ini telah mengharumkan namanya. Sikap Datuk Lias yang hanya menumpukan Dun Jelawat sahaja dan membiarkan Datuk Awang Adek menyelesaikan masalah-masalah di dun-dun lain juga membuatkan Awang Adek tidak berpuashati. Ini kerana Datuk Lias juga merupakan pimpinan utama Umno bahagian Bachok.

Manakala Haji Zulkifli yang menjadi calon BN di Dun Tawang dalam PRU 11 merupakan musuh utama Awang Adek. Beliau yang merupakan bekas Ketua Pemuda S 46 adalah diantara orang yang banyak memberi masalah kepada Awang Adek. Ketokohan dan pengaruh beliau tidak boleh dinafikan oleh Awang Adek.

“Berpisah”nya Ustaz Omar Khalid dengan Awang Adek juga suatu beban besar kepada beliau. Omar Khalid yang banyak membantu Awang Adek khususnya dalam hal-hal yang berkaitan dengan agama telah meninggalkan beliau. Tindakan ini dibuat kerana dikatakan Awang Adek tidak ambil berat soal kebajikan Omar. Omar yang ditugaskan memimpin satu pasukan pengurusan jenazah di parlimen Bachok telah menyerahkan kembali van jenazah dan membubarkan pasukannya. Van itu sekarang ada di rumah Awang Adek.

Bersambung……..


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: