Posted by: manjanik | Jun 16, 2007

Umno Kelantan bersatu? : Annuar Musa tipu Najib(1)

KOTA BHARU: Pengumuman tentang bersatu dan tidak berpecah belahnya Umno Kelantan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak semasa lawatan ke Kelantan baru-baru ini perlu diperjelaskan. Najib dengan begitu yakin bahawa kepimpinan Umno Kelantan begitu kuat sekarang ini di bawah pimpinan Datuk Seri Panglima Hj Annuar Musa.

Ada beberapa persoalan dan tanda tanya, kenapa Najib kata kuat di bawah Nuar. Fakta dan kayu pengukur mana yang Najib pakai. Ramai di kalangan Umno sendiri tersenyum apabila Najib kata Umno Kelantan bersatu hanya kerana Datuk Mustapha Mohamed, Datuk Dr Awang Adek Hussien dan Annuar ada bersama di pentas. Itulah barangkali ukuran Najib.

P ersoalannya benarkah bersatu. Kita tinjau Umno Bahagian Ketereh yang ketuanya Nuar Musa sendiri. Apakah di “tapak politik” Nuar sendiripun bersatu?. Tak ada pecah belah. Semasa perasmian mesyuarat Agung Umno bahagian yang lalu, Nuar dengan gahnya menyarankan supaya Umno bahagian-bahagian lain di negeri ini meniru dan mencontohi Ketereh – yang tiada masalah.

Selepas pengumuman dibuat, sehingga kini 3 orang AJK(Pak Ku Mat, Che Hussien dan Abdul manaf) Bahagiannya telah meletak jawatan tidak bersetuju dengan cara kepimpinan Nuar. Tidak diambil kira lagi pembubaran cawangan yang telah dan akan berlaku sedikit masa lagi.

Apa kabar pertentangan beliau dengan Datuk Hj Alwi Ahmad, Ahli Parlimen Ketereh. Jangan bohonglah kalau tidak ada apa-apa. Boleh tanya pemuda dan wanita betul atau tidak. Annuar tidak senang dengan cara Alwi yang seolah-olah banyak mendahuluinya. “Peperangan dalam sekam” ini berlarutan apabila Nuar pada bulan Ramadhan yang lepas memihak kepada Sabri Safei (bekas ketua pemuda Umno) yang merancang melawan Timbalan Ketua Bahagian yang disandang oleh Alwi sekarang.

Sesi anjuran “berbuka puasa dan makan ccolek” yang dibuat oleh Sabri disokong oleh Nuar sendiri. Ini menyebabkan Naib Ketua Pemuda Bahagian Chegu Mat Yani mulai menyokong Alwi dan turut tidak senang dengan cara Nuar. Mat Yani yang mendapat undi tertinggi dalam pemilihan G7 dilihat sebagai “ghebo” atau halangan besar kepada Nuar.

Cara Nuar bermain politik dalam bahagiannya cukup licik. Wang tidak menjadi halangan kerana dilihat beliau sering kali bersama dengan seorang taukeh Cina yang kaya raya”Sunny Square Point”. Beliau juga banyak mendapat projek di KADA, menurut beberapa orang “marhean” di jabatan yang Nuar pegang itu.

Begitu juga dengan beberapa orang tokoh Umno di Ketereh yang tidak sebulu dengan Nuar sekarang ini sedang mengatur langkah samada terus berada dalam Umno dengan syarat bukan Nuar lagi menjadi peneraju Umno Kelantan atau mengalih angin menyokong Dato Ahmad Rosli Ibrahim yang telah bersama dengan PAS. Chegu Din Pengarah DUN Kadok, Ketua Wanita Bahagian dan Ketua Puteri sudah lihat tidak begitu selesa dengan Nuar. Begitu juga dengan beberapa orang lagi AJK Bahagian yang turut tidak puashati cara Nuar menangani perletakan jawatan kawan-kawan mereka.

Nuar pernah berkata dalam suatu mesyuarat bahagiannya, “Hok mana nak letak jawatan dan nak gi(keluar dari Umno), silakan.. kita tidak nak pujuk dan tidak nak rayu. Biar tinggal hok ikhlas jah dalam umno ni”. Kenyataan inilah yang menjadi titik tolak rasa tidak puashati mereka terhadap Nuar. “Ikhlas dalam Umno mesti sama-sama dapat. Tak usah nak bercakap pasal ikhlas kalau kita sendiri(Nuar) juga dipersoalkan keikhlasannya”, kata mereka.

Begitu juga di Bahagian Tanah Merah. Siapakah boleh menafikan sekarang ini sudahpun berlaku “peperangan dalam sekam” antara puak Datuk Hashim Safin(Ketua Bahagian) dengan Ahli Parlimen Tanah Merah, Datuk Shaari Hassan. Shaari yang mendapat sokongan padu dari abangnya, Datuk Ismail(Red Land) sedang berusaha keras untuk menyingkirkan Hashim. Hashim pula disokong oleh orang yang baru dibebaskan dari “penjara politik”, Ikmal Hisham. Ikmal yang sememangnya mempunyai sokongan padu diperingkat akar umbi dilihat dengan mudah akan menumbangkan Shaari. Apatah lagi Ikmal dilihat seorang yang licik berpolitik.

Berita terbaru yang diberitahu, Ikmal sudah berpecah pula dengan Hashim. Kini Ikmal sedang mengumpul kekuatan dengan membina rangkaian lama yang telah lemah untuk berhadapan dengan Hashim dan Shaari.

D i bahagian Jeli juga tidak terlepas dari masalah ini. Semua orang tahu tidak sebulunya Adhan kechik, Adun Bukit Bunga dengan Datuk Mustapha Mohamed sendiri. Ianya bukan api dalam sekam tetapi sudah nampak kebakarannya. Cuma kekurangan Adhannya ialah beliau tiada jawatan tinggi. Kejadian pulau memulau, kata mengata, lekeh memperlekeh sesama mereka bukan asing lagi. Ianya juga berlarutan “pergaduhan” ini di kalangan puak-puak yang menyokong tokoh masing-masing.

Adhan banyak tidak puashati cara Tok Pha mengagihkan projek dalam Parlimen Jeli. Orang-orang Adhan terpinggir dalam pembahagian ini jika nak dibandingkan dengan orang-orang Tok Pha. Contohnya projek jambatan yang menghubungkan Bukit Bunga dengan Thailand. Adhan sendiri tidak banyak hadir dalam program-program yang dijalankan oleh Tok Pha. Walaupun kemampuan Adhan agak lemah tetapi beliau sangat rapat dengan Nuar. Peluang inilah yang digunakan oleh Adhan untuk melemahkan Tok Pha.

Sikap Tok Pha yang “celupar” mengutuk Pak Lah dari belakang bukan rahsia lagi kepada puak-puak Adhan. Senjata ini mungkin boleh “memakan tuannya” sendiri.

Bersambung akan datang untuk Umno bahagian-bahagian lain…..


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: