Posted by: manjanik | Jun 13, 2007

Cerita Sedih Annuar Musa

KETEREH: Pada hari Isnin lepas, Dato Rusli Ibrahim yang dilantik sebagai Penyelia DUN Kok Lanas yang juga Ketua Penerangan PAS Ketereh telah dijemput oleh Ketua Cawangan Umno Baloh untuk merasmikan gelanggang Silat. Ramailah yang hadir terdiri dari kalangan ahli Umno, penduduk kampung termasuk para guru-guru silat.

Turut sama mengiringi Tok Li ialah 3 orang bekas AJK Umno Bahagian Ketereh iaitu Pak Ku Mat, Abdul Manaf dan Che Hussien. Rombongan Tok Li telah disambut dengan begitu meriah dengan paluan gendang silat. Penuh sesak halaman silat bagi meraikan upacara “plima” anak-anak murid yang telah berjaya dalam peringkat silat masing-masing.

Tiba-tiba dalam suasana yang penuh gilang gemilang tersebut, muncul Nuar Musa dengan beberapa orang pengiringnya dari KADA dan Umno Bahagian Ketereh. Terkejutlah para hadirin. Ada yang berbisik sesama mereka “Nuar salah lorong”, “guano Tok Wa sesat ni” dan macam-macam lagi.

Untuk tidak memalukan Nuar Musa, Tok Li yang juga bekas Setiausaha Umno Kelantan, telah menjemput beliau untuk duduk bersama-sama. Nuar yang dilihat pucat kesi seolah-olah tersedar “sudah tersilap masuk” datang bersalaman dengan orang ramai tetapi “tuan rumah” yang juga ketua cawangan mengelak diri dari bersalaman dengan “boss” beliau.

Selepas tamat persembahan, pengerusi menjemput Tok Li untuk membaca doa. Maka Nuar terpaksa turut serta berdoa dan di dalam doa yang Tok Li baca antaranya bermaksud “Ya Allah hancurkanlah jamaah mereka dan goncangkanlah hati mereka serta berilah kemenangan kepada kami”. Maka doa itu diaminkan oleh Nuar.

Mudah-mudahan apa yang Nuar aminkan diterima oleh Allah SWT. Amin. Kesesatan Nuar sehingga “termasuk” ke dalam Program PAS diharapkan benar-benar terjadi.

Kata seorang Tok Guru Silat, “Kalu atas duniapun sesat dah gak….akhirat apa lagi”. Di harapkan Nuar sedar tentang “sesat”nya beliau ini. Mungkin Allah nak beri petunjuk kepada Nuar. Siapa tauuuuuu……….


Responses

  1. politik habis ni


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: