Posted by: manjanik | Jun 12, 2007

Umno Kelantan nak utamakan Islam? Hahaha

LUCU: Dengan tajuk “Isu kedudukan Islam perkara utama manifesto Umno Kelantan” Utusan Malaysia memaklumkan jenaka Datuk Annuar Musa yang diberi lagi gelarannya Seri Panglima.
Dengan slogan “Manhaj Islam Hadhari”,Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Annuar Musa berkata tujuh perkara akan dijadikan paksi bagi menggantikan konsep Membangun Bersama Islam yang dibawa oleh PAS.

“Inilah pendekatan kami dan janji kami kepada rakyat Kelantan selepas mengambil kira semua pandangan masyarakat dalam menentukan masa depan Kelantan yang lebih baik,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan dan menyampaikan ucaptama pada Konvensyen Wanita Umno Kelantan di sini hari ini.

Beliau berkata paksi pertama ialah menempatkan Islam paling hadapan dalam segala perkara.

Bila Nuar sebut Islamlah segala-galanya maka ramailah orang Kelantan – musuh dan kawan beliau yang ketawa hilainya. Ulasannya dari kedai kopi kampung-kampung sampailah ke lobi-lobi hotel. Bagi mereka “Nuar nak bercakap pasal Islam?” hahahahaha. Itu sahaja ulasan mereka.

“Kadi, mufti dan ulama diberi kedudukan yang mulia di sisi masyarakat bukannya sebagaimana sekarang kadi dan mufti sebagai pelengkap majlis sahaja,” katanya.

Persoalannya Nuar tahu ke Institusi tersebut di bawah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Kelantan? Nak kelahi dengan Sultan lagi ke?. Lagipun bilanya kerajaan Kelantan tidak memertabatkan Ulama?. Kalau dalam Umno betullah juga kerana ahli Ugama hanya menjadi tukang angguk kepada apa yang pemimpin nak.


Melantik Sultan lain di Kelantan ni paksi Nuar yang ke berapa?

Tunggulah, nanti akan keluar vcd pendedahan sebenar tentang Umno yang akan di dedahkan oleh penceramah agama Umno Kelantan, Ustaz Hamid Derani yang sudah masuk Pas dan akan istihar di Jeli sedikit masa terdekat ini.

Beliau berkata paksi kedua ialah menghapuskan kemunduran dengan mensasarkan “miskin sifar” bagi mengubah corak hidup masyarakat yang kini dianggap terpinggir berbanding negeri lain terutama dari segi pembangunan.

Annuar tak sah nak kelentonglah. Negeri maju macam Selangorpun berlambak miskin tegar. Johor dan Penang patut dilawati oleh ahli-ahli Umno. Lihat dan nilailah sendiri bangsa melayu hidup segan mati tak lagi. Mereka dihimpit oleh kesempurnaan hakikat sebuah kemiskinan. Siapa yang memerintah kalau bukan Umno/BN?. Poooraaaahhh la Nuar.

“Paksi ketiga, merakyatkan pembangunan, dengan menitikberatkan hasil yang dikeluarkan dalam negeri seperti hasil balak untuk dimanfaatkan rakyat sebagai pembayar cukai,” katanya.

Dulu Nuar sebut kalau memerintah, balak tidak akan dijadikan sebagai hasil kerajaan. Nak cari hasil lain. Nuar ni bercakap macam orang mabuk berjalan. Terhoyong hayang tiga selinder. macam mana nak jadi pemimpin kalau bercakap sekali A sekali B. Patut beliau kena bagitahu bahawa duit RM40 juta yang disonglap dari Projek Pembangunan Rakyat Termiskin dulu akan diagihkan semula kepada rakyat. Sebab itu duit rakyat dan Nuar kena bagi kepada rakyat semula. Ke Guano?

Annuar berkata perkara keempat manifesto itu ialah ialah menggilap modal insan agar rakyat tidak terus bergantung dengan pekerjaan di negeri lain di samping mengurangkan pengangguran dalam kalangan belia.

Nuar tak sah nak sebut modal insanlah. Modal diapun tak berapa betul laginya. Sebelum Nuar nak bangunkan modal insan belia, Nuar kena selesaikan dulu kes-kes lama yang melibatkan modal insan beliau sendiri. Jangan nak jadi macam ketamlah!. Sapa tak kenal Nuar masa beliau menjadi Menteri Belia dan Sukan dan Menteri Pembangunan Luar Bandar dulu. huuuuuu….ganasssss…ganasss. Tanyalah pegawai-pegawai dan orang yang bersama dengan beliau kalau ada lawatan di luar negara. Siapa Nuar?

Beliau berkata paksi kelima ialah menghapus kemiskinan dalam kalangan kira-kira 21,000 keluarga miskin.

Tuanku bertitah rakyat miskin di Kelantan lebih kurang 4000 orang, Nuar kata 21,000 orang. Kenapa Nuar ni suka sangat menyanggah titah Tuanku?. sudah jadi tabiat ke? Apapun kita semua dah jelak dengan ulasan pasal miskinnya Kelantan seolah-olah negeri lain tak ada orang miskin. Silalah rujuk kepada berita di TV mahupun paparan di akhbar-akhbar tentang orang miskin. Kelantan sahajakah yang ada? Fikir dan nilailah sendiri….

Paksi yang enam dan yang ketujuh malas dah nak ulas. Benda yang sama saja. Cuma paksi yang ke lapannya ialah Paksi kejahatan – apabila Umno/BN memerintah Kelantan maka bermandi maksiatlah Kelantan. Kenapa? Keranamu Annuar Musa… tahu tahu sajalah… hehehehehe.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: