Posted by: manjanik | Jun 8, 2007

Pahang oh Pahang di manakah Adnan

“Keluarga hidup dalam ‘reban ayam’” tajuk berita akhbar Berita Harian 8 Jun 2007 menyentak hatiku. Sungguh menyayat hati. Rupa-rupanya masih ada insan di bumi bertuah ini yang sebegini rupa kehidupannya.

Air lombong jadi minuman

KUANTAN: Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Pepatah ini sesuai untuk sepasang suami isteri dan lapan anak mereka termasuk seorang yang baru berusia tiga minggu yang tinggal di sebuah rumah tidak ubah seperti reban ayam di kawasan bekas lombong, Jalan Kuantan-Muadzam Shah, dekat Gambang, di sini.

Zakaria Deraman, 42, dan Nurhamizah Mat Jusoh, 34, dari Sungai Tong, Setiu, Terengganu berhijrah ke sini, empat tahun lalu, untuk mencari rezeki dengan harapan dapat mengeluarkan keluarganya daripada belenggu kedaifan.

Bagaimanapun, apa yang dicari bukan saja masih belum ditemui, malah pasangan itu bersama anak-anaknya Nur Ain Emylia Janora, 13; Mohd Zulfikar, 11; Rosol Azi, 9; Nurain Juliana, 7; Nuratiqah, 5; Mohd Saro, 3 dan Puteri Zazani, 2, dan Fitri berusia tiga minggu terpaksa menempuh hidup lebih getir dan melarat di bandar.

Keluarga daif ini yang pernah tinggal di Kampung Seri Fajar, dekat Gambang, tiga tahun lalu dengan sewa RM50 sebulan, terpaksa menyisihkan diri ke kawasan bekas lombong itu kerana tidak mampu membayar sewa, selain dikatakan menjadi punca masalah denggi di kampung itu apabila besi buruk dikumpul untuk dijual didakwa menjadi tempat pembiakan aedes.

Agak menyedihkan keadaan isterinya baru bersalin dan belum habis pantang, manakala bayi mereka berusia tiga minggu terpaksa berdepan kehidupan yang menyulitkan di pondok usang yang turut dihurungi nyamuk dan lalat.

Pondok mereka diami di kawasan lombong itu terletak dalam persekitaran semak samun dan kotor, tiada kemudahan elektrik dan air bersih.

Kawasan bekas lombong dihuni pelbagai jenis hidupan air termasuk udang galah, ikan baung dan keli itu menjadi punca rezeki utama keluarga itu, manakala air lombong dijadikan sumber minuman, selain untuk kegunaan memasak, mandi dan membasuh pakaian.

Rezeki diperoleh tidak menentu, kadang kala dalam tempoh seminggu baru dia dapat mengumpul dua kilogram udang galah yang dijual RM25 bagi setiap kilogram, selain pelbagai jenis ikan untuk makanan harian.

“Siapa yang mahu hidup begini miskin, susah dan melarat. Orang pandang hina pada kita. Ketika tinggal di Kampung Seri Fajar anak-anak saya bermain di sekitar kawasan kampung dipandang jijik.

“Besi buruk yang saya kumpul di rumah untuk dijual dikatakan menjadi punca pembiakan aedes. Saya sedar dan akur terhadap pandangan sinis masyarakat kampung dan terpaksa mencari kawasan lain untuk dijadikan tempat berteduh mungkin buat sementara waktu.

Zakaria sekeluarga yang hidup `kais pagi makan pagi, kais petang makan petang’, berkata, terdesak dengan kedaifan hidup, dia pernah menyerahkan seorang daripada anaknya kepada orang lain, kononnya mahu membantu meringankan beban.

“Malangnya, orang yang diharap meringankan beban kami sekeluarga mahukan satu perjanjian dibuat dan tidak membenarkan kami menyentuh zuriat yang kami berikan kepadanya sebagai anak angkat.

“Saya tidak boleh terima perjanjian seperti ini. Dia tidak boleh putuskan tali perhubungan kami sekeluarga. Jadi, saya terpaksa mengambil semula anak saya itu dan menyerahkan kembali motosikalnya.

“Saya sudah bertekad susah senang, makan atau tidak, biarlah kami hidup sekeluarga bersama,” katanya.

Oleh kerana ketiadaan kenderaan, Zakaria terpaksa berjalan kaki sejauh kira-kira dua kilometer untuk keluar ke jalan besar sebelum meminjam motosikal rakannya di Taman Perumahan Rakyat Gambang untuk ke bandar seperti dilakukan sebelum ini.

“Saya berharap dapat motosikal untuk menghantar anak ke sekolah. Oleh kerana ketiadaan kenderaan, kerap anak saya tidak bersekolah,” katanya yang tidak mahu pulang ke kampung mengadukan penderitaannya kerana keluarganya juga susah.

“Sekarang, lombong inilah yang menjadi sumber rezeki utama saya. Di lombong inilah saya hidup, mencari rezeki, mendapatkan sumber air, mandi dan sebagainya, walaupun orang kata di sini ada buaya.

“Syukur Alhamdulillah, setakat ini, saya tidak berdepan musibah seperti terserempak atau diserang haiwan itu,” katanya.

Ditanya pernahkah dia mencari pekerjaan tetap untuk mengubah nasib keluarganya, Zakaria yang agak pemalu berkata, dia pernah melakukan pelbagai pekerjaan, tetapi kadang kala dia membuat keputusan yang kurang bijak.

“Saya mengaku, kadang kala tersilap buat keputusan dalam hidup. Nak buat macam mana, semuanya sudah ditentukan Allah SWT. Lebih-lebih lagi sekarang, isteri saya masih dalam pantang,”katanya.

Kenapa begini nasib hamba Tuhan ini? Di mana laungan memerangi kemiskinan? Teriakan hidup melayu yang dilaungkan oleh pemimpin Umno di mana kesudahannya? Apakah mereka merasa tidak berdosa membiarkan rakyat meratah derita meneguk duka?

Harga sebatang kayu golf atau sebatang cerut Menteri Besar Pahang sudah cukup untuk perbelanjaan mereka 3 bulan. Silalah bersuka hilai bergelak ketawa di atas kedukaan dan kefakiran rakyat kamu! semoga kamu berbahagia dengan air mata mereka yang tumpah setiap kali sedar dan bangun dari tidur sengsara.

Hidup Umno laungan keramat yang mematikan melayu….teruskan, sebab luncai tidak selalunya terjun dengan labu-labunya…. Ketika itu sudah pasti Umno akan terbiar dan dipinggirkan… Islam Hadhari yang semakin hari semakin membiarkan rakyatnya terseksa dalam meneruskan sebuah kehidupan…

Persoalannya, apakah Adnan Yaakub dan pemimpin Umno Pahang terlepas dari soalan di Akhirat kelak terhadap pengabaian ke atas rakyatnya?

Apakah sekali lagi kita akan mengundi BN dan membiarkan diri kita terus-terusan diperbodohkan?


Responses

  1. Assalamu’alaikum wr wb,
    Kepada saudaraku yang dihormati,

    Melihat kepada blog ini, saya agak kesal dan simpati dengan rakyat malaysia seluruhannya.
    Sememangnya, rakyat malaysia mesti BERSATU HATI dan tunduk kepada pemerintah selagi mana ia TIDAK MELARANG kita dari melaksanakan PERINTAH Allah. Itulah yang diajar oleh Allah s.w.t.
    Dan jika dikaitkan dengan apa yang saya baru sampaikan di atas ini, sepatutnya, bukannya menteri yang patut dipersoalkan. Kerana di akhirat kelak, seluruh rakyat akan dipersoalkan kerana mengabaikan tanggungjawab sebagai JIRAN kepada hamba yang malang ini. Kenapa? Kerana menolong jiran yang malang ini adalah Fardhu Kifayah. Masalahnya, sehingga hari ini, Adakah awak sendiri telah bantu mengurangkan bebannya?

  2. Ciptaan Tuhan sila layari berita ini.
    http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=18142. Kemudian baca buku agama banyak-banyak bab Negara Islam, Khalifah dan kepimpinan dalam Islam. Saya memaparkan supaya rakyat Pahang sedar tentang pemerintahnya. Jangan jadi katak bawah tempurung. Tanggung jawab pemerintah menjaga kebajikan rakyatnya. Saudara juga turut menanggung dosa sekiranya kerajaan yang saudara pilih mengabaikan rakyatnya. Khalifah Umar menyebut beliau bimbang sekiranya seekor anak kambing mati kebuluran di Sungai Furat disebabkan kelalaiannya. Adakah Adnan Menteri Besar pahang juga begitu?


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: