Posted by: manjanik | Jun 6, 2007

Tak ingat senikata lagu ditegur, tak reti baca Al-Fatihah macamana?

Tajuk Utusan malaysia “PM tegur kakitangan awam gagal hafal lagu Cemerlang, Gemilang, Terbilang” cukup menarik untuk sama-sama difikirkan. Mungkin PM sedih, kesal dan kecewa melihat pegawai-peawai dan kakitangan kerajaan tak reti nak nyanyi lagu yang menjadi slogan BN pada pilihanraya ke 11 yang lalu.

Persoalannya, pernah tak kita dengar si Menteri Perdana itu kesal, menangis, sedih dan kecewa kerana terdapat ramai kakitangan kerajaan apatah lagi rakyat yang di bawah selenggaraan beliau tidak reti baca Al-Fatihah apatah lagi nak solat. Sepatutnya beliaulah orangnya yang sedih dan kesal kerana rakyat muslim yang dipimpinnya tidak pandai baca al-Qur’an apatah lagi beliau konon-kononnya seorang yang perihatin kepada Islam. Apa tidakknya, sudah berapa kali beliau menjadi Imam. Tv dan media cetak semuanya menyiarkan gambar beliau menjadi Tok Imam. Jadi, apa lagi alasan untuk beliau tidak menegur mana-mana kakitangan kerajaan yang tidak pandai baca Qur’an. Silakan jangan bertangguh lagi.

michelle.jpg

Inilah Michelle yang pernah Pak Lah…….. bahunya. Hmmmm….entah la Imam Lahhhh…

Tentang ada yang tidak hafal senikata lagu tersebut, tak menjadi kudis butapun. Akan tetapi kalau tak ingat “senikata” Al-Fatihah bukan setakat kudis buta yang menjadi masalahnya, hidup matipun menjadi masalah. Ianya akan menjadi kudis kepada hati.

Apalah salahnya kalau si Menteri Perdana meminta supaya semua kakitangan kerajaan menghafal Al-Qur’an sebagai salah satu dari amalan harian mereka. Kan elok tuuuuuu… paling tidakpun gejala rasuah, curi masa, salah guna kuasa dan macam-macam yang tidak elok tu dapatlah kiranya di elakkan. Cuma halangan utama ke arah itu adalah perbezaan dasar. Dasar BN/Umno bukan berdasarkan kepada apa yang Islam gariskan. Jadi tidak mungkin Islam Hadhari boleh disesuaikan dengan Islam sebenar. Itulah masalahnya….

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: