Posted by: manjanik | Mei 27, 2007

Benarlah BN itu “Barang Naik”

Apalah yang hendak disorak sorai, ketawa gembira dengan kenaikan gaji kakitangan kerajaan awam baru-baru ini kalau ianya juga diiringi dengan kenaikan harga barang-barang keperluan kita. Jangan jadi Pak Kadoklahh… malu kita nanti.

Dengan kenaikan RM300 contohnya, ianya berbaloi sekiranya harga barang kekal harga, tak naik. Akan tetapi sekiranya laporan akhbar-akhbar seperti di bawah ini di ambil kira, bagaimana?

Utusan Malaysia(26/5/07) – Milo ais RM1.80 di Terengganu.

Sinar Harian(26/5/07) – Harga makanan ayam pula naik dari RM60 hingga RM69.

– Roti canai naik 30 sen di Terengganu.

Utusan Malaysia – Tepung naik 15 sen – RM1.35 sekilo di Semenanjung, RM1.45 Sabah dan Sarawak.

Berita Harian(26/05/07) – Harga sayur, ayam naik mendadak

Berita Harian(25/05/07) – Harga barang basah meningkat

Berita Harian(24/05/07) – Ayam RM5.40 di Pasar Chow Kit

Berita Harian(24/05/07) – Restoran nasi kandar naik harga

Harian Metro(24/05/07) – Peniaga serba salah pemborong naikkan harga

Berita Harian(23/05/07) – Produk tenusu Dutch Lady naik 5 peratus

Berita Harian(16/05/07) – Harga makanan berasas tepung dijangka naik

Sekadar apa yang dititipkan itupun sudah memadai memperlihatkan kepada kita bahawa betapa “berlumba-lumbanya” barang naik apabila gaji naik. Apa yang menyedihkan kita, kesengsaraan yang dihadapi oleh rakyat yang bukan kakitangan awam lebih terasa dan membebankan kerana mereka tetap tiada kenaikan RM. Mungkin akan ada dikalangan mereka yang akan jatuh ke tahap miskin atau lebih jauh lagi miskin tegar.

Apapun, cuba fikirkan, apakah akan berlaku sedrastik ini kenaikan harga barang sekiranya harga minyak tidak melonjak naik 30 sen. Dan orang yang bertanggungjawab menaikkan harga minyak itu adalah “KERAJAAN BN” sendiri.

Apa yang boleh difahami oleh kita, sekiranya kerajaan menaikkan harga tak apa, manakala kalau orang lain menaikkan harga tidak boleh… Selamat menyambut hari kenaikan harga barang..

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: