Posted by: manjanik | Februari 13, 2010

Setiausaha Politik Menteri Di Tahan SPRM

Setiausaha Politik Nor Mohamed Yakcob Ditahan SPRM?

Oleh MOHD AL QAYUM AZIZI

PETALING JAYA: Setiausaha Politik kepada Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcob, Hasbie Satar ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam kerana didakwa memiliki kekayaan tidak munasabah dalam tempoh singkat perkhidmatannya.

Menurut sumber terdekat SPRM, Hasbie masih ditahan untuk siasatan lanjut namun tidak dapat dipastikan sama ada beliau telah diambil keterangan atau pun tidak.

Hasbie yang bertugas di Unit Perancangan Ekonomi (EPU) berkhidmat untuk Nor Yakcob sejak April tahun lalu semasa menteri tersebut memegang portfolio Menteri Kewangan Kedua di bawah pemerintahan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

“Siasatan telah mula dijalankan sejak tahun lalu lagi selepas dakwaan menyatakan Hasbie memperoleh kekayaan tersebut melalui wang sogokan bagi meluluskan projek-projek yang bernilai jutaan ringgit,” kata sumber itu kepada mStar Online di sini hari ini.

Sebelum ini, The Star melaporkan SPRM sedang menyiasat seorang setiausaha politik kepada menteri kanan yang didakwa memiliki kekayaan dalam masa yang singkat.

Sementara itu, SPRM dilaporkan turut memperoleh perintah untuk membekukan beberapa harta milik Hasbie serta akaun banknya bagi membantu siasatan di bawah Akta Pengubahan Wang Haram.

Selain itu, SPRM turut menyita empat buah kereta mewah dan empat buah rumah mewah yang dipercayai kepunyaannya yang berusia lewat 30-an. Semua harta tersebut dipercayai terletak di kawasan Lembah Kelang.

Sumber memberitahu, siasatan sebelum ini turut mendedahkan bahawa beberapa aset miliknya telah dibeli menggunakan nama pihak lain, dipercayai menjadi proksinya.

Tambahnya, pemilik berdaftar kepada aset tersebut akan dipanggil SPRM untuk disoal siasat.

Sementara itu, usaha untuk menghubungi Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Mohd Shukri Abdull untuk mendapatkan pengesahan mengenai kes tersebut sehingga kini gagal.

Sumber : MStarOnline


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: