Posted by: manjanik | April 22, 2009

KM dan Speaker DUN Melaka Tengok Video Lucah

Datuk Seri Mohd Ali Rustam, ketika  bangun untuk membahaskan ucapan terima-kasih kepada Tuan Yang Terutama Negeri Melaka kerana merasmikan sidang Dun memulakan kekecohan apabila bertanya kepada Betty mengenai isu yang melanda Elizabeth.

“Saya nak tanya Betty betul ke isu Elizabeth tidur dengan lelaki Melayu sedangkan mereka belum berkahwin, Yang Berhormat ada tengok tak video itu,” kata Ali Rustam.

Betty menjelaskan bahawa beliau tidak tahu mengenainya kerana tidak menonton video tersebut.

Speaker Dun, Dato’ Othman Muhamad juga turut menyampuk dengan mengatakan bahawa Betty ada melihat video itu tetapi menafikannya.

Ini membuatkan Ketua Pembangkang, Adun Kesidang (DAP), Goh Leong San, bangun mencelah dan meminta Ketua Polis menyiasat Ali dan Othman kerana menonton video lucah dan melakukan gangguan seksual kepada wanita yang berada di dalam dewan itu.

Goh berkata, ucapan Ketua Menteri adalah merupakan satu gangguan seksual dan beliau mesti meminta maaf serta menarik balik kata-katanya.

“Speaker tak boleh bela Ketua Menteri sebab adakah kita balik rumah tanya isteri kita ada tonton video lucah ataupun tidak.

“Ini adalah gangguan kepada Yang Berhormat wanita, Bentara wanita dan juga semua wanita yang berada di dalam dewan ini,” katanya.

Ali kemudiannya berkata,”Saya nak tanya Mursyidul Am PAS, Nik Aziz apa hukumnya orang yang belum berkahwin tidur bersama tapi Nik Aziz kata tak salah, inilah keadaannya sejak PAS kawan dengan DAP tidur dengan perempuan bukan bini pun boleh”.

Betty sekali lagi bangun mempersoalkan bagaimana Ketua Menteri boleh tahu mereka tidur bersama sedangkan orang lain semua tak tahu dan ini katanya menunjukkan Ketua Menteri ada menonton video lucah.

Suasana kembali terkawal apabila Ali Rustam merasakan ucapan lucahnya itu memakan diri-sendiri, lalu beliau berhenti daripada memperkatakan isu Elizabeth dan meneruskan ucapan terima-kasihnya.

MANJANIK: Cetek dan bodoh serta tidak bertamadunnya seorang Ketua Menteri dari Umno. Patut ler kena tindakan disiplin sebab tak reti bagaimana cara-cara bagi rasuah supaya orang lain tak nampak. Orang lain bagi juga tapi terlepas, dia bagi pastu kena tangkap oleh lembaga disiplin…

Mujur tak jadi Timbalan Presiden Umno kalau tidak habis lah puteri. Semacam “Gila Seks” jer nampak…

Macamana seorang yang bertaraf Ketua Menteri, Ketua Kerajaan kepada sebuah negeri tiba-tiba berbahas pasal seks? Betul ke kepala Ali ni? Mana tahu kot-kot semenjak kena tindakan disiplin ni dah jadi sasau pulak…

Najib patut tukar orang seperti ini. Tak ada nilai satu senpun… Apakah rakyat Melaka tak malu dengan sikap seorang Ketua Menteri mereka yang sebegini? Ali bukan sahaja memalukan Betty tetapi seluruh warga wanita Melaka dan Malaysia kecuali Wanita dan Puteri Umno sahaja yang boleh menerima tindakan Ali tu.

Cuba Ali dan Speaker Melaka tanya balik bini masing-masing begini… “Sebelum kau kawin dengan aku..kau ada buat seks dengan sesapa tak? Kalau ada video yang kau orang rakam boleh aku tengok ke?”

Cubalahhhh………

About these ads

Responses

  1. Pengajian Kitab Bersama al-Fadhil Shaikh Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari
    Tarikh: 29 Rabiulakhir 1430H/25 April 2009 (Sabtu)
    Masa: 9.00 pagi – 12.30 tengahari
    Lokasi: Masjid al-Falah, USJ 9, Subang Jaya
    Kitab: Hadits Riwayat 10 Shahabat Jilid -2 dan Nashoih ad-Diniah

    http://pondokhabib.wordpress.com


Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: