MANJANIK - Pembidas Minda

Kelantan Miskin: Pak Lah sanggah Nuar Musa

November 14, 2007 · 4 Comments

KOTA BHARU: Pembohongan Datuk Seri Panglima Hj Annuar Musa, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan mengenai statistik jumlah orang miskin tegar di Kelantan akhirnya terserlah dengan penafian yang dibuat oleh Perdana Menteri Malaysia, Pak Lah.

Di Dalam Persidangan Dewan Rakyat pada 3 September lepas, Pak Lah menjelaskan dalam jawapan bertulis beliau kepada persoalan yang dikemukan oleh Che Azmi Abdul Rahman(BN) bahawa Kelantan berada ditangga ke enam diantara negeri-negeri yang mempunyai orang miskin tegar. Manakala Sabah bilangannya seramai 32,400 orang, Terengganu 8,300 orang, Perak 5,700 orang, Sarawak 5,200 orang dan Kedah 5,000 orang. Selepas Kelantan 3,600 orang, Pahang 2,900 orang, Johor 1,700 orang, Perlis 900 orang, Wilayah Persekutuan KL 500 orang, Selangor dan Negeri Sembilan 400 orang, Melaka 300 orang dan Pulau Pinang tiada miskin tegar.

Di dalam Persidangan DUN Kelantan awal tahun 2007 yang dirasmikan oleh KDYMM Tuanku Al-Sultan, Baginda bertitah seramai 3,550 orang rakyat Kelantan masih di dalam lingkungan miskin tegar. Baginda bangga kerana Kerajaan Kelantan berjaya mengurangkan jumlah tersebut dari masa ke semasa.

Manakala Nuar pula di dalam forum di TV1 saluran propoganda kerajaan BN dan di dalam Sidang DUN telah menafikannya dan berkeras dengan kenyataan tololnya bahawa miskin tegar di negeri ini adalah berjumlah 18,000 orang. Diantara PM dan Pengerusi Umno Negeri, siapa yang kita dan ahli Umno hendak gunapakai?

nuar-sms.jpg

Ehemmm…ehemmm Tok Wa dok SMS ke sapa tuuu…Beringat sikit Tok Seri Panglimaaa weii….Tin Seri pun Panglima jugak tuuu..dok jeling jahhh..kan bersilat bergomolkannn…Tok Awe Adikpunn dok kelihhhh jahh…SMS ko Misha ker tuu…hehehehe

Pak Lah juga memberitahu Parlimen bahawa seramai 67,300 orang rakyat negara ini masih berada dalam kelompok miskin tegar. Bumiputera masih kekal sebagai etnik termiskin iaitu berjumlah 65,100 orang(96.7%).

Apa yang jelasnya, BN bukan sahaja masih gagal tetapi terus menerus mengalami kegagalan untuk membebaskan rakyatnya dari lembah kemiskinan, Kenapa? Suara-suara pemimpin BN untuk berjuang membasmi kemiskinan hanyalah umpan manis untuk mengaut undi rakyat sahaja. Pada hakikatnya mereka gagal dan terus menerus gagal.

Sekiranya diambil kira prestasi kegagalan agenda ini, samalah juga dengan pengurus dan jurulatih bolasepak yang gagal dalam mengendalikan pasukan masing-masing maka sepatutnya pengurus dan jurulatih itu ditukar. Rakyat kena bersedia dari sekarang untuk menukar “pengurus dan jurulatih” pasukan pemerintahan negara ini untuk masa depan yang lebih baik.

Kepada rakyat Kelantan, Nuar Musa bukan jurulatih yang baik. Sudah banyak sangat bukti kegagalan beliau di dalam mengendalikan pasukannya. Jadi buat apa kita mahu melantiknya sebagai jurulatih, nanti kita yang letih. Apatah lagi dengan sanggahan dari Pak Lah sendiri terhadap kenyataan entah dari mana dipungutnya angka tersebut. Kalau Pak Lah pun sanggup memalukan beliau maka rakyat Kelantan lagi-lagilah akan memalukan beliau di dalan PRU yang akan datang ini. Silakannnnn……..

Categories: Cerita Nuar Musa

4 responses so far ↓

  • kaweguu // November 15, 2007 at 1:38 am

    Nuar Musa ni kalu nok tuduh Kerajaan Kelate gak wei ko dio laa.. Beringat sikit Nuar, mu menang pon pasal undi askar jah. Undi org kampung mu kaloh doh. Hutang lembu hok mu jamu askar dalam korban perdana di masjid jamek dalam kem tu, abis bayar doh ko. Pah tu duit Pak Do Mamud hok wat beli kain nak bui ko pengundi dulu pon mu tak bayar2 lagi. Cian ghetek gak ko Pak Do Mamud tu, dio gak dok ikut mu serupo lembu kena cucuk hidung. Mu ni jenis ore tak wat sain. Ngan Raja Kelate pon mu baloh, pah nok jadi Menteri Besar Kelate lagu mano. Cermin diri ghetek gak. Ore-ore Kok Lanas doh marah belako mu wat jalan 2 lorong yang menyusah kan tu. Doh la nok U turn pon payoh muga jalan sempit. Dengar kabar mu boleh komisen jugok pasal besar jalan ni. Cukup la Nuar, insaf2 la ghetek. Pitih banyok pon bukan boleh wat masuk kubur… Masa bagi pitih ko ibu2 tunggal RM 100 untuk rayo ari tu gak, nampok agah doh dio. Lo ni ore kampung, mu bui pitih ko kain ko, pakat ambik belako tapi hok kawe dengar crita gak pakat benci belako ko mu. Menangis tok belagu kawe raso ngundi sekali ni…

  • Pendekar Pulau Melaka // November 18, 2007 at 2:45 pm

    nate nuar muso nih bilo nok mapuh, meme dia ni nyusahkan idop aku, wat jale di kok lanas, nak beli gula sekilo pung kena buat U TURN 2 KM.
    semoga allah melaknat menate babi nuar muso make duit haram nih.

  • wansalor // December 10, 2007 at 7:56 am

    huh…cian ko ore kok lanas..nok gi beli brg pun keno u-turn sapa 2km…tapi ingat..pahnie bnyok lagi tu hok nuar muso nok wat kat kok lanas tue..semuo ado syer ko dio…ingat2 gak sket…kok lanas loni paling teruk ngan gejala maksiat..budok2 politek kok lanas dok ganas ngan maksiat jah…bleh kato tiap2 male pakat wat maksiat..saing aku sendiri wat operasi sebelum nie…loni timbul plok maksiat kat dataran kada tue..nyo wat gapo gertok atah tanohnyo..wat la gertok hok beh tue ado sungai..pahtu nyo x pase lampu kat dataran tue..ramai dok wat maksiat male2 ctu…huh…molek ko nok bui dio jadi menteri besar..!..huh!..

  • tension // December 16, 2007 at 10:51 pm

    Debe setaro mano gak… duit rakyat miskin habis mung behe ko mung. Aku tengok muko pun beci doh. ore supo mung nih tok patut ado dalam dunia..

Leave a Comment