KOTA BHARU: Bukan orang PAS sahaja yang tertanya-tanya apa sudah jadi dengan kes Datuk Seri Annuar Musa. Orang Umno yang tidak sebulu dengan beliaupun begitu juga. Kalaulah dakwaan Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat yang sudahpun menjangkau usia 17 tahun masih lagi boleh disiasat, maka apalah sangat dengan kes Annuar Musa yang hanya tak sampai 10 tahun lagi.
Apa yang malangnya, hanya pegawai sahaja yang merengkok di dalam penjara. “BOSS” sebenar masih lagi bebas. Alasan tidak boleh mendakwa dan tiada bukti kerana orang yang disabitkan sebagai saksi tiada dalam negara. Itu sahaja. Seolah-olah negara ini tiada kuasa untuk membawa balik orang yang menjadi saksi yang berada di luar negara. Sedangkan semua orang Umno yang rapat dengan Annuar tahu bahawa Ooi Kee Siang sahabat rapat beliau hanya berada di Thailand sahaja.
Sepatutnya BPR kena bongkar semula rahsia disebalik kes-kes yang melibatkan Annuar Musa yang banyak menimbulkan kesangsian yang berprofile tinggi. BPR jangan menutup sebelah mata dalam hal ini. Sekira benar-benar mahu melaksanakan keadilan dan ketelusan MAKA kes Annuar Musa perlu dipanggil semula.
TERBARU, BPR kena siasat apa yang berlaku di KADA yang Annuar menjadi Pengerusinya. Kepada siapa projek-projek KADA diberikan. Ada maklumat dalaman yang mengatakan banyak projek-projek diberikan kepada anak saudara beliau “Mmadi dan Darus”.
Begitu juga dengan satu projek di bawah kada yang mencecah jutaan ringgit telah diberikan kepada iparnya. Kita akan bongkar sedikit masa lagi. BPR juga kena siasat projek-projek yang diberikan oleh Annuar kepada Sunny bekas pengurus Hotel Square Point yang hotelnya juga telah dijual kepada MARA semasa Datuk Seri Nazri Tan Sri Aziz menjadi pengerusinya. Banyak sangat “benda-benda” yang tersembunyi dan disembunyikan.
Jadi, kita tunggu apa tindakan seterusnya oleh BPR.
2 responses so far ↓
kaweguu // November 7, 2007 at 6:48 am
Mampuh la Nuar mu sekali ni. Bongkar jangan tak bongkar. Kata mahir sifat 20 sehingga tergamak kata Tok Guru Nik Aziz tak reti sifat 20 (boleh baca dalam keluaran terbaru SIASAH). Dia ni mmg alim pasal dia sendiri pon mengaku banyak kali gi ke Mekah dlm Sidang DUN yang lalu… Alim gapo lagu ni, dok wi projek ko anok beranok jah pah tu makan duit org miskin(PPRT). Heren kawe ado lagi org Kok Lanas hok dok sokong demo termasuk lah Tok Sedara dan Pok Sedara kawe hok kuat lagi dok sokong demo. Tok cekak nok tarbiyah doh kawe, buta hati doh kot pasal selalu dok make pitih hok tok molek serupa dengan Ketua dio iaitu Nuar Musa. Sekali ni kawe rela abis pitih dan harta, janji Muar Musa ni kalah. Insyaallah!
tension // December 16, 2007 at 10:56 pm
ore ginih kalu kito katok mapuh pun bulih pahalo nih…
Leave a Comment