KOTA BHARU: Melihat kepada perubahan pucuk pimpinan Persatuan Bolasepak Kelantan yang bertukar tangan dari Ahmad Jazlan Yaakob(Pemangku Ketua Bahagian Umno Machang) kepada Datuk Seri Panglima Hj Annuar Musa(Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan) mungkin ada suatu yang menarik untuk diberi perhatian khususnya oleh peminat bolasepak di negeri ini.
Nuar jangan tidor seperti Tok Pa yang ikut Tok imam Lah…. “mari tido bersama-sama sayaaaa..” kalau tidak KAFA akan jadi sama seperti sebelumnya….
Annuar telah berjanji sebagaimana berjanjinya Jazlan sebelum ini untuk mengubah suasana muram dunia bolasepak Kelantan. Janji itu satu hal dan tunai itu pula satu hal. Masalah besar yang seringkali melanda bolasepak Kelantan ialah masalah pembayaran gaji yang melibatkan pengurusan. GAJIlah yang menghantui pemain-pemain negeri ini untuk terus bersama KAFA.
Kebolehan dan bakat untuk mengisi kesebelasan pemain Kelantan tidak menjadi masalah kerana mereka ada. Contoh yang terdekatnya apabila Dewan Pemuda PAS Kelantan meneruskan tradisi menganjur Bolasepak Piala Tok Guru yang melibat pasukan-pasukan dari Dewan Undangan Negeri kemudiannya mewakili Parlimen seluruh Kelantan, ramai kita melihat bakat-bakat besar boleh diasuh dan dibimbing untuk mewakili Kelantan. Persoalannya adakah pihak KAFA memerhati skill dan kebolehan mereka ini?
Piala Tok Guru telah melahirkan Nik Hishamuddin dari Tumpat, Khairul Hussien, Azhar Hussien(Bachok) dan dua tiga orang lagi untuk Kelantan. Jadi, apalah salahnya demi memajukan bolasepak Kelantan, pihak KAFA membuka tempurungnya untuk melihat bakat-bakat baru dalam kejuaraan Piala Tok Guru yang bermula sejak tahun 1991 hingga ke hari ini.
Saya secara peribadi, mengajak wakil KAFA untuk bertandang melihat perlawanan akhir kejohanan ini diantara Parlimen Rantau Panjang melawan Pasir Mas di Stadium Sultan Mohd IV pada 2 November ini bagi melihat sendiri bakat-bakat baru yang boleh diambil untuk Kelantan.
Apa yang penting lagi janganlah nanti ada lagi sikap “menyumbat orang-orang kita” ke dalam pasukan sedangkan pemain yang disumbat itu langsung tidak layak untuk berada dalam team negeri. Teluslah dan berjuruslah……. demi sukan bolasepak yang semua rakyat Kelantan harapkan kebangkitannya.
Kepada Annuar, ingatlah….Sukan bukan untuk politik. Kalau silap perkiraan, peminat akan menunjukkan jalan keluar kepada kamu. Pakat-pakat kita tunggu dan lihat nanti dengan harapan yang besar bahawa bolasepak negeri ini akan berubah walaupun pengurusan baru dan lama sama sahaja - dari Umno kepada Umno.

1 response so far ↓
kaweguu // November 1, 2007 at 9:56 am
Untuk Nuar Musa. Mu kan banyak pitih, banyok projek hok mu boleh masa mu jadi Pengerusi UMNO Kelate ni. Maso ni la mu boleh guna pitih mu tu, ingat la Nuar Musa deh, pitih tu mu tok leh nok wat masuk kubur sekali. Dah la tok tahu halal atau haram. Molek doh mu pakat2 la ngan anak Yamud tu, tokey AP hok di Kelate ni…
Leave a Comment