MANJANIK - Pembidas Minda

UMNO Kelantan bermain politik dengan Pelancaran ECER.

October 29, 2007 · 4 Comments

KOTA BHARU: Inilah perangai Umno…apatah lagi Umno Kelantan. Tak habis-habis dengan bodoh sombongnya, tak reti basanya dan tak reti tengok tempat, orang Kelantan kata. Di tengah-tengah kesibukan pegawai kerajaan mempersiapkan pelancaran Koridor Pantai Timur yang akan berlangsung di Padang Kompleks Sekolah-Sekolah Wakaf Mek Zainab, Umno pula mengambil kesempatan memasang bendera-bendera umno sepanjang jalan Pengkalan Chepa - Kota Bharu dan jalan Long Yunus.

ecer.jpg

Paginya penuh serabut dengan bendera Umno…Petangnya bersih elok seperti biasa…..

Apa kena mengenanya bendera umno dengan pelancaran ECER? Pelancaran Koridor ini melibatkan kerajaan Pusat dengan negeri. Bukan kerja Umno. Sebab itulah PAS tidak menaikkan bendera atau lambang partinya. PAS tahu ini kerja kerajaan bukan kerja parti. Inilah Umno, kalau orang kata mereka nak mempolitikkan ECER mereka kata tidak. Tapi apa yang mereka lakukan jelas segala niat yang tersirat.

Walau bagaimanapun menjelang petang semalam kesemua bendera umno telah diturunkan. Katanya ada pihak atasan mengarahkan bendera umno itu dibuang kerana tidak sesuai dengan majlis yang akan diadakan nanti. Majlis Pelancaran ECER adalah antara kerajaan Pusat dengan kerajaan Negeri bukannya parti dengan parti. Dan inilah yang umno Kelantan tidak boleh faham.

Di majlis itu nanti, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Badawi dan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat akan berucap. Mengikut apa yang diwar-warkan oleh RTM, ianya akan disiar secara langsung. Cuma kita nak lihat apakah ucapan Menteri Besar Kelantan juga dibuat secara langsung atau sebaliknya. Kita harapkan pihak Kementerian Penerangan tidak mempolitikkan siaran ini. Kita Tunggu dan lihat pada petang ini……

Categories: Kerajaan BN/Umno

4 responses so far ↓

  • kaweguu // October 29, 2007 at 7:27 am

    Memang macam tu lah perangai UMNO ni. Sapa nak mati pon tak insaf lagi. Bila sakit baru la nak ajak orang2 PAS baca yasin. Cermin la diri sikit.. Sendiri sakit, sendiri taubat la! Nuar Musa, ingat la org2 Kok Lanas dah meluat belako ko mu, tinggal hok buta hati ngan hok boleh projek jah lagi dok sokong ko mu nyo.. Insaf la Nuar deh! Bo la tipu ore kampung nyo. Doh la tanah untuk projek Kolej Matrikulasi mu untung RM 30 juta doh. Ore kampung dok putih mato jah. Mati nanti tok leh nok tutup mato ke! Sir lagi, pesan ghetek ko setiausaha akhbar mu hok sore tu, Rahime Yusoff. Tok sir mati ko wei!

  • azingoludin // October 30, 2007 at 4:28 am

    sumo pmimpin umno xbetol palo..
    tamak harta dunia
    sumo kijo xdok..
    hok palonya mung;;
    NUAR MUSO!!!

  • shahmin // October 30, 2007 at 10:33 am

    umno bagus apo, tak dak la jahat sangat pun. sudah jadi resam politik, asyik gilir kato jah, mum jahat aku bai,;pah mum baik aku jahat pulak,,,,,pas dengan umno supo tula jah, duo-duo berat tahap dewa………huhu

  • tension // December 16, 2007 at 11:05 pm

    anuar muso bapok segala sete dan dajal. rasa bulih hidup selamo-lamonyo.

Leave a Comment