Posted by: manjanik | Oktober 25, 2007

Kelantan Koridor Depu

KOTA BHARU: Hasrat Kerajaan PAS Kelantan untuk menjadikan Gaharu sebagai alternatif ekonomi baru kepada kehidupan rakyatnya sedang menuju realiti. Ini berikutan sambutan rakyat sendiri khususnya yang telah mempunyai pokok-pokok depu dalam tanah mereka. Sistem pajakan dan share yang diguna pakai sememangnya mendapat sambutan di kalangan rakyat negeri ini. Apatah lagi permintaan kepada produk gaharu memeng cukup tinggi khususnya dari negara-negara timur tengah. Pokok depu pula mempunyai pelbagai kelebihan dan tidak sama kualitinya. Ianya bergantung kepada jenis pokok tersebut.

koridor-depu.jpg

Sekarang ini sudah lebih 300 pokok depu telah diproses untuk menghasilkan gaharu. Pihak Syarikat yang mengusahakannya mensasarkan sebanyak 1000 pokok dapat dihasilkan pada tahun ini. Ianya meliputi seluruh negeri Kelantan. Buat masa sekarang pokok-pokok yang telah diusahakan terdapat di Salor, Rantau Panjang dan juga Kuala Krai.

pelawat-d-taklimat.jpg

Hj Zaidi(berkupiah) sedang memberi penerangan kepada pelawat

anak-depu1.jpg

Anak benih pokok depuSuburr

kulit-kayu.jpg

Kulit kayu yang diambil dari pokok depu.

kayu-hancur.jpg

Kulit kayu ini kemudiannya dihancurkan.

mesin-penghancur.jpg

Mesin penghancur kayu-kayu tersebut…..

dapur1.jpg

Deretan dapur yang digunakan untuk memasak dan mendapatkan minyak

sistem-proses.jpg

….antara sistem dalam menghasilkan minyak

kayu-gaharu.jpg

Kayu yang bernilai tinggi…

Apapun sandaran ekonomi rakyat yang terlibat dengan perusahaan ini cukup mempunyai masa depan yang cerah. Apatah lagi apabila mereka sudah mulai menanam pokok depu yang boleh menghasilkan pendapatan yang cepat iaitu sekitar 4 tahun sahaja. Kita mengharapkan koridor ini mampu menjana ekonomi rakyat Kelantan disamping pembangunan Koridor Pantai Timur. Apa yang jelas rakyat Kelantan tetap beruntung berada di bawah Kerajaan PAS yang mempunyai 2 koridor. Apakah rakyat di negeri lain tidak mahu menurut jejak langkah rakyat Kelantan? Fikir-fikirkanlahhhh …..


Respon

  1. asl sya nak tanya. jika sya berada di neg.9 boleh kah menyertai skim depu ini. samada melabur atau tanam di atas tanah saya sendiri seluas 3 ekar. bagaimana cara boleh tak emelkan pada saya.

  2. asl boleh saya tahu nama benih karas yang boleh matang dalam 4 tahun. tk

  3. wow lumayan bro, mananak dapat bibit? berapa harga?

  4. mana nak dpt spare part..saya cari kat sentul xda??

  5. kawe ado tanoh getoh tua 7 ekar.lepas nih nak tebang nak try tanam depu/gaharu pulak. bole bgtau cara nak dptkan benih atau join projek depu nih dok?

  6. saya nak tahu jenis apa yang terapat di malaysia ia tergolong dalam gred apa? pokok dari thailand jenis apa

  7. salam..peminat gaharu..
    bagi mereka yg berminat utk tanam gaharu seharusnya mencari ilmu terlebih dahulu..buat pertanyaan kpd agensi atau syarikat yg telah mengusahakannya….tanya diri anda apakah matlamat anda sebelum tanah gaharu…pokok gaharu ni tinggi kosnya tappii amat tinggi juga pendapatanya..renungkan lah

  8. Saya terlibat secara langsung dalam cucuk pokok atau dipanggil secara ilmiahnya innakulan.saya mempelawa kpd sesiapa yg telah mempunyai pokok gaharu samada anda ingin menuai hasilnya dari minyak pokok atau minyak teras..boleh melawat tempat kami di machang dan terbaru kami jalankan projek besar-besaran di Kuala Selangor yang mencecah 50 ekar…blog kami dalam proses pembikinan dan akan dipamerkan dalam seminggu lagi..just email for anything inquiry mivec78@gmail.com


Leave a response

Your response:

kategori