MANJANIK - Pembidas Minda

Entries from October 2007

UMNO Kelantan bermain politik dengan Pelancaran ECER.

October 29, 2007 · 4 Comments

KOTA BHARU: Inilah perangai Umno…apatah lagi Umno Kelantan. Tak habis-habis dengan bodoh sombongnya, tak reti basanya dan tak reti tengok tempat, orang Kelantan kata. Di tengah-tengah kesibukan pegawai kerajaan mempersiapkan pelancaran Koridor Pantai Timur yang akan berlangsung di Padang Kompleks Sekolah-Sekolah Wakaf Mek Zainab, Umno pula mengambil kesempatan memasang bendera-bendera umno sepanjang jalan Pengkalan Chepa - Kota Bharu dan jalan Long Yunus.

ecer.jpg

Paginya penuh serabut dengan bendera Umno…Petangnya bersih elok seperti biasa…..

Apa kena mengenanya bendera umno dengan pelancaran ECER? Pelancaran Koridor ini melibatkan kerajaan Pusat dengan negeri. Bukan kerja Umno. Sebab itulah PAS tidak menaikkan bendera atau lambang partinya. PAS tahu ini kerja kerajaan bukan kerja parti. Inilah Umno, kalau orang kata mereka nak mempolitikkan ECER mereka kata tidak. Tapi apa yang mereka lakukan jelas segala niat yang tersirat.

Walau bagaimanapun menjelang petang semalam kesemua bendera umno telah diturunkan. Katanya ada pihak atasan mengarahkan bendera umno itu dibuang kerana tidak sesuai dengan majlis yang akan diadakan nanti. Majlis Pelancaran ECER adalah antara kerajaan Pusat dengan kerajaan Negeri bukannya parti dengan parti. Dan inilah yang umno Kelantan tidak boleh faham.

Di majlis itu nanti, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Badawi dan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat akan berucap. Mengikut apa yang diwar-warkan oleh RTM, ianya akan disiar secara langsung. Cuma kita nak lihat apakah ucapan Menteri Besar Kelantan juga dibuat secara langsung atau sebaliknya. Kita harapkan pihak Kementerian Penerangan tidak mempolitikkan siaran ini. Kita Tunggu dan lihat pada petang ini……

Categories: Kerajaan BN/Umno

Kelantan Koridor Depu

October 25, 2007 · 3 Comments

KOTA BHARU: Hasrat Kerajaan PAS Kelantan untuk menjadikan Gaharu sebagai alternatif ekonomi baru kepada kehidupan rakyatnya sedang menuju realiti. Ini berikutan sambutan rakyat sendiri khususnya yang telah mempunyai pokok-pokok depu dalam tanah mereka. Sistem pajakan dan share yang diguna pakai sememangnya mendapat sambutan di kalangan rakyat negeri ini. Apatah lagi permintaan kepada produk gaharu memeng cukup tinggi khususnya dari negara-negara timur tengah. Pokok depu pula mempunyai pelbagai kelebihan dan tidak sama kualitinya. Ianya bergantung kepada jenis pokok tersebut.

koridor-depu.jpg

Sekarang ini sudah lebih 300 pokok depu telah diproses untuk menghasilkan gaharu. Pihak Syarikat yang mengusahakannya mensasarkan sebanyak 1000 pokok dapat dihasilkan pada tahun ini. Ianya meliputi seluruh negeri Kelantan. Buat masa sekarang pokok-pokok yang telah diusahakan terdapat di Salor, Rantau Panjang dan juga Kuala Krai.

pelawat-d-taklimat.jpg

Hj Zaidi(berkupiah) sedang memberi penerangan kepada pelawat

anak-depu1.jpg

Anak benih pokok depuSuburr

kulit-kayu.jpg

Kulit kayu yang diambil dari pokok depu.

kayu-hancur.jpg

Kulit kayu ini kemudiannya dihancurkan.

mesin-penghancur.jpg

Mesin penghancur kayu-kayu tersebut…..

dapur1.jpg

Deretan dapur yang digunakan untuk memasak dan mendapatkan minyak

sistem-proses.jpg

….antara sistem dalam menghasilkan minyak

kayu-gaharu.jpg

Kayu yang bernilai tinggi…

Apapun sandaran ekonomi rakyat yang terlibat dengan perusahaan ini cukup mempunyai masa depan yang cerah. Apatah lagi apabila mereka sudah mulai menanam pokok depu yang boleh menghasilkan pendapatan yang cepat iaitu sekitar 4 tahun sahaja. Kita mengharapkan koridor ini mampu menjana ekonomi rakyat Kelantan disamping pembangunan Koridor Pantai Timur. Apa yang jelas rakyat Kelantan tetap beruntung berada di bawah Kerajaan PAS yang mempunyai 2 koridor. Apakah rakyat di negeri lain tidak mahu menurut jejak langkah rakyat Kelantan? Fikir-fikirkanlahhhh …..

Categories: Klate membangun

“Istana” anak emas Pak Lah di Dabong

October 24, 2007 · 7 Comments

KUALA KRAI: Sepenggal menjadi ADUN BN di Dabong, Datuk Ramzi Abdul Rahman yang juga Setiausaha Badan Perhubungan Umno Kelantan benar-benar menghiris hati pengundi-pengundi yang telah memberi undi kepada beliau dalam PRU yang lalu.

Mereka mengharapkan suatu pembaharuan dibuat oleh Ramzi di Dabong bagi meningkatkan lagi taraf hidup akan tetapi lain pula jadinya. Janji-janji manis Ramzi hanya dimulut dan umpan semasa pilihanraya sahaja. Hakikatnya nasib pengundi di Dabong masih tidak berubah.

Apa yang mereka kesali lagi ialah dalam keadaan kesempitan hidup dan memerlukan pembelaan dari wakil rakyat yang mereka pilih, Ramzi masih sempat membina “Istana”nya yang tersergam indah di atas bukit. Rakyat hanya mampu mendongak melihat kemewahan wakil rakyat yang mereka pilih.

rumah-romzi3ok.jpg

Hebattttt…hebattttt. Sepenggal jadi YB dan boleh bina “istana” tinggi.

Rata-rata yang ditemui dan berborak di kedai kopi menggeleng-gelengkan kepala apabila diajukan apakah mereka berpuashati dengan prestasi kerja wakil rakyat mereka. Mereka mendakwa semasa diawal-awal menjadi wakil rakyat dulu, Ramzi memang aktif mendekati rakyat. Akan tetapi selepas setahun lebih mereka agak sukar bertemu dengan beliau dan jarang menjengok muka ke kampung-kampung. Walau bagaimanapun mereka percaya Ramzi akan kerap menziarahi mereka semula apabila dekat dengan pilihanraya nanti. Persoalannya apakah rakyat Dabong mahu mengulangi kesilapan mereka yang lalu? Terserah……

rumah-romzi6.jpg

“Istana” Ramzi si anak emas Pak Lah tersergam indah di atas bukit dan di bawahnya pula terletak masjid. Di mana penghormatan Ramzi terhadap rumah Allah ini?

Categories: Kerajaan BN/Umno

Najib gagal bela nasib rakyat Pekan

October 19, 2007 · 1 Comment

PEKAN: Bohonggg….bohonggg…tipuuu…tipuuu belaka. Kata-kata manis, ucapan menyedapkan halwa telinga rakyat sering dilaungkan oleh pemimpin tertinggi Umno-BN. Pada hakikatnya penipu belaka. Siapa yang tidak pernah dengar “BN bela rakyat, Tradisi membela rakyat, Umno akan membela nasib rakyat miskin, rakyat miskin tidak akan kita pinggirkan, tidak seorangpun rakyat miskin yang tidak kita bela” dan entah apa-apa lagi yang mereka janjikan kepada rakyat sedangkan pada hakikatnya bohong belaka. Semuanya itu hanya untuk mengula-gulakan rakyat menjelang pilihan raya khususnya.

najib_bin_tun_haji_abdul_razak.jpg

Apa yang akan saya paparkan nanti adalah segala jawapan kepada pembohongan pemimpin tertinggi BN. Mereka tidak pernah makan nasi berlaukkan ikan bilis, ikan kering dan pucuk paku. Mereka tidak pernah bersusah payah menutup tempat yang bocor apabila hujan melanda. Mereka tidak pernah menjahit seluar dan baju koyak rabak kerana kemiskinan. Tetapi ini semua ada di Pekan Parlimen yang dikuasai turun temurun oleh BN. Parlimen yang tradisi menjadi tempat orang besar-besar dari BN menjadi calonnya. Siapa tidak kenal Pekan tempat bekas Perdana Menteri dan kini Timbalan Perdana Menteri menjadi Wakil Rakyatnya.

Siapa tidak pernah dengar Najib si Timbalan Perdana Menteri berjanji untuk memajukan rakyat. Di mana-mana janji itu berkumandang apatah lagi kalau ada pilihan raya Kecil. Saya masih ingat semasa Pilihan Raya Kecil di Pengkalan Pasir beliau pernah berkata rumah di Pengkalan Pasir macam reban ayam. Maka saya terbayang pada masa itu, semestinya di Pekan rumah rakyatnya besar-besar belaka. Kereta dua tiga buah di hadapan rumah masing-masing. Kanak-kanak ke sekolah semuanya menaiki kereta besar. Tiada lagi orang yang kelaparan dan terpencil di Pekan. Itu tanggapan saya sebelum berkunjung ke Pekan.

Namun semuanya terjawab. Najib menipu rakyat Malaysia. Kawasan Parlimennya cukup teruk. Saya menjemput semua untuk bertandang ke Pekan. Pergilah ke mana sahaja yang tuan-tuan mahu pergi - Pekan sendiri, Penor, Peramu, Kuala Pahang, Pulau Rusa, Pahang Tua, Temai, Pulau Manis dan di mana-mana kampung, orang miskin dan dihimpit kesusahan melata. Di sepanjang jalan ke Pekan dan jalan-jalan utamapun dapat kita lihat masalah ini.

Gambar yang disertakan ini menjawab segala apa yang Najib laung-laungkan di luar dari Pekan.

rumah-buruk-pekan2.jpg

rumah-buruk-pekan.jpg

rumah-buruk-pekan1.jpg

Ini hanya sebagai bukti bahawa kemiskinan di Parlimen Pekan masih menebal. Tidak lagi diambil kira dengan masalah sosial. Dadah, hidu gam, tak sembahyang dan tak puasa dikalangan orang dewasa dan belia contohnya di Kuala Pahang cukup teruk. Tanyalah polis yang bertugas di Kuala Pahang.

arak1.jpg

Botol-botol arak dan tin gam berselerakkan dan boleh dijumpai disepanjang pantai 

Nampaknya Najib mesti diberi pengajaran sekali lagi sebagaimana Pilihan Raya Umum tahun 1999 dimana beliau hanya memperolehi majoriti sebanyak 241 undi sahaja.

Cuba lihat sejarah penglibatan beliau dalam politik Umno di Parlimen Pekan sejak tahun 1976 selepas kematian bapanya Tun Abdul Razak.

Antara jawatan yang pernah disandang dalam kabinet ialah :

Persoalannya, apa yang Najib lakukan untuk membela nasib rakyat Pekan selama beliau menjawat jawatan yang penting dalam kerajaan?

Categories: Kerajaan BN/Umno

SPR dedah penyelewengan-Umno jadi dalang

October 18, 2007 · No Comments

 

Penolong Pegawai Pendaftaran pindah nama pemilih ke kawasan lain tanpa kebenaran
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mendedahkan, segelintir Penolong Pegawai Pendaftaran (PPP) yang dilantiknya, menyalah guna kuasa dengan memindahkan nama pemilih ke kawasan lain tanpa kebenaran.

Pegawai terbabit dikesan memindahkan nama pemilih baru atau sedia ada, yang memohon menukar alamat mengikut Sistem Pendaftaran Bermusim (SPB) yang dilaksanakan sebelum 16 Julai 2002.

Setiausaha SPR, Datuk Kamaruzaman Mohd Noor (gambar), berkata ada antara pegawai itu menurunkan tandatangan palsu pada borang pendaftaran dan SPR yang mempercayai sepenuhnya permohonan bertukar alamat seperti diserahkan itu, meluluskannya.

Inilah tajuk BERITA HARIAN hari ini. Cukup menarik untuk diberi perhatian. Sebenarnya kes seperti ini telahpun berlaku di Kelantan di Dun Bukit Tuku dalam Parlimen Rantau Panjang. Maklumat lanjut akan saya siarkan sekembalinya saya ke Kelantan nanti.

Penyelewengan yang diperkatakan oleh Setiausaha SPR itu dialami oleh dua orang pengundi dari Dun Meranti yang juga dalam Parlimen Rantau Panjang. Menurut cerita mereka, suatu ketika mereka telah dipanggil ke rumah ADUN Bukit Tuku(BN), Mohd Zain Ismail untuk menerima bantuan. Kad pengenalan mereka telah diphotostat kononnya bagi tujuan pentadbiran.

Selepas beberapa ketika, mereka dapati nama mereka telah dipindahkan ke Dun Bukit Tuku yang mana sebelum ini mereka mengundi di Dun Meranti. Mereka terkejut kerana mereka tidak pernah memohon untuk pindah mengundi di Bukit Tuku. Mereka mengetahui yang nama mereka telah ditukarpun kerana mendapat surat bantahan dari SPR yang dibuat oleh petugas PAS Dun Bukit Tuku.

Walau bagaimanapun akhirnya mereka kembali dimasukkan ke Dun Meranti kerana bantahan yang dibuat oleh PAS telah berjaya dan diterima oleh SPR.

Begitu juga mengenai kes bagaimana orang mati telah didaftarkan semula. Mungkin ramai yang tidak percaya kes seperti ini boleh berlaku. Timbul pertanyaan-bagaimana dilakukan?

Kes mendaftarkan orang yang telah mati telah berlaku di Dun Kelaburan, Kemahang dan Semerak. Mungkin ini sebagai satu percubaan oleh pihak Umno samada boleh dibuat atau tidak ataupun mereka ingin tahu apakah pihak PAS akan mengambil tindakan. Sebenarnya Umno Kelantan silap kalau beranggapan bahawa jentera pilihanraya PAS akan berdiam diri. Mereka telah bersiap sedia bukan sahaja setahun dua ini, tetapi sudah bersedia sejak PAS menang pada tahun 1990 lagi.

Salah seorang yang mendaftarkan orang yang telah mati ialah bekas ketua Umno Bahagian Kubang Kerian yang digantung kerana politik wang dan kini dilantik sebagai Ketua Sekretariat Umno Negeri oleh Annuar Musa. Tuan Hashim Tuan Yaakob telah mendaftar seorang orang kuat Umno di Kemahang yang telah meninggal hampir 2 tahun lalu. Dalam borang pendaftaran yang dihantar kepada SPR jelas menunjukkan nama beliau yang beralamat di Pasir Hor tertera sebagai PPP yang mendaftarkan simati itu.

Pendaftaran sebagai pengundi baru boleh dibuat sekiranya photocopy kad pengenalan simati masih ada. Dan inilah yang dilakukan oleh pengkhianat ini. Apapun SPR mempunyai bukti-bukti yang jelas di atas penyelewengan yang dilakukan oleh pihak-pihak Umno itu.

Dan kita yakin serta percaya dalam percubaan Umno Kelantan untuk menawan negeri ini dari PAS, Rang daftar pemilih bagi suku ke 3 ini yang akan dipamerkan sedikit masa lagi akan mejelaskan segala-galanya kerja jahat mereka. Saya akan dedahkan nanti…Tunggu..

Categories: Isu Rakyat

Jenayah turut meningkat di Pahang: Ketua Polis Negeri

October 17, 2007 · No Comments

PAHANG: Ketua Polis Negeri, Datuk Ayub Mohamad berkata perangkaan indeks jenayah sejak januari hingga 10 Oktober 2007 menunjukkan peningkatan ketara berbanding tempoh yang sama 2006. Menurut beliau, peningkatan paling ketara dalam jenayah harta benda iaitu 4986(2007) daripada 4929(2006) pertambahan 57 kes.

Jenayah pecah rumah di malam hari sebanyak 940(2007) berbanding 795 kes(2006) pertambahan 145 kes. Kecurian motosikal juga meningkat kepada 1667 kes(2007) daripada 1555 kes(2006) pertambahan kes sebanyak 112.

Jenayah curi ragut meningkat kepada 71 kes daripada 132 kes(2006) kepada 302 kes(2007) manakala rogol meningkat kepada 47 kes. Beliau menyeru supaya masyarakat memainkan peranan positif bersama dengan pihak polis membantu mencegah jenayah-jenayah tersebut.

PERSOALANNYA BAGAIMANA CARANYA RAKYAT DAPAT MEMBANTU PIHAK POLIS DALAM MENCEGAH JENAYAH TERSEBUT?

Jawapan yang paling mudah tetapi sukar untuk dilaksanakan oleh rakyat sendiri ialah, kembali kepada ISLAM. Kita tidak terkilan sekiranya rakyat yang bukan Islam tidak mahu kembali kepada Islam kerana kita faham mereka bukan beragama Islam. Akan tetapi kita pelik dan hairan apabila rakyat yang sudah beragama Islam dan mengaku Islam tetapi menolak Islam.

Bukan sedikit rakyat kita yang beranggapan Islam hanyalah di dalam masjid sahaja. Islam hanya dalam hal sembahyang, puasa, zakat, haji, musabaqah, Maulud Nabi, Hijrah dan beberapa hal lagi yang memang kalau ikut pandangan cetek mereka terlalu sedikit.

Mereka tidak tergambar bahawa ISLAM itu menjaga mereka dari sejak mereka tiada kemudian hidup dan kemudiannya mati. Bagi mereka soal sosial, soal ekonomi dan soal politik bukan boleh dilibatkan dengan Islam kerana semua itu kotor. Semua ajaran seperti ini adalah asuhan penjajah yang kemudiannya diwarisi oleh UMNO sehingga ke hari ini. Maka timbullah politik tidak bercampur dengan agama. Ini ajaran pemimpin Umno.

Kalaulah politik tidak bercampur dengan agama, kalaulah ekonomi dan sosial tidak bercampur dengan agama, maka sudah tentulah apa sahaja yang dibuat oleh orang politik tidak dikira dosa dan pahala kerana diluar dari agama. Sedangkan Allah SWT telah merakamkan dalam Al-Qur’an bahawa “buat baik dan jahat walaupun sebesar zarrahpun akan diambil kira”.

Kenapa kita terlalu takut untuk kembali kepada ISLAM? Kenapa??? Apakah kita tidak percaya kepada janji Allah bahawa sekiranya kita menolong Agama Nya maka DIA akan menolong kita, hamba Nya yang daif dan hina. Nampaknya kita terlalu takut kepada Amerika dan kuasa-kuasa besar lain tanpa kita sedari bahawa kuasa Allah SWT mengatasi kuasa-kuasa yang besar itu. Siapa yang mengajar kita takut kepada kuasa-kuasa kuffar itu? Siapa lagi kalau bukan UMNO.

Jiwa melayu kita hanya berani dengan sesama melayu sahaja. Bila bertemu dengan bangsa asing dan bekas penjajah kita, kita terkulai layu menjadi pengecut, seolah-olah kita tiada Tuhan. Bila ada orang yang menyarankan kepada kita kembalilah kepada ISLAM yang sebenar, kita percaya dan junjung Islam Hadhari yang dicipta oleh pemimpin Umno.

PERCAYALAH, bahananya Islam Hadhari ini tidak akan terasa setahun dua ini. Akan tetapi ingat apabila sudah sebati dengan diri manusia-manusia yang baru dilahirkan percayalah sedikit demi sedikit mereka tidak akan kenal ISLAM yang sebenarnya. Mereka hanya kenal Islam Hadhari. Di masa itu tunggulah saat kehancurannya rakyat Malaysia.

Melihat kepada pertambahan jenayah diseluruh negara dari masa ke semasa, apa jaminannya jenayah itu akan berkurangan. Manusia jahat tidak takut kepada undang-undang manusia. Contohnya, apakah pemandu yang seringkali melakukan kesalahan lalulintas itu takut kepada undang-undang jalan raya? Tidak, mereka tidak takut bahkan mereka mencabar. Akan tetapi apakah manusia berani mencabar Hukum Allah? Orang yang berani mencabar hukum Allah hanya Umno. Mereka masih berkarat dengan otak penjajah. Takut kepada manusia lebih dari takut kepada Allah SWT. Apakah itu tidak syirik namanya?

PERCAYALAH, apabila hukum-hukum Allah SWT dilaksanakan, tidak ada orang yang bodoh mahukan tangannya dipotong kerana mencuri. Mereka tidak akan berlumba-lumba untuk mencuri bagi dipotong tangannya.

Tolong beri keyakinan kepada jiwa dan diri sendiri untuk merubah keadaan ini. Berilah kepercayaan kepada PAS untuk melaksanakan arahan Allah SWT di muka bumi DIA ini. Cuba baharui tekad dan azam untuk memberi undi kepada PAS dan Keadilan untuk melaksanakan hukum-hukum Allah SWT.

Sekiranya kita yakin dengan ISLAMLAH selamatnya kita di dunia dan akhirat maka tiada alasan lagi untuk kita tidak berubah dalam pilihanraya yang akan datang ini. Fikir-fikirlah secara rasional….mudah-mudahan Allah SWT memberi hidayah Nya.

Kepada Pahang di mana Darul Makmurnya lagi kalaulah jenayah semakin meningkat….maka apakah ianya sinonim pula dengan Darul Kasino?

Categories: Isu Rakyat