MANJANIK - Pembidas Minda

Entries from September 2007

Cubaan ADUN Bukit Tuku pindah pengundi gagal

September 25, 2007 · 2 Comments

RANTAU PANJANG: Sah dan ternyata, Umno/BN Kelantan sedang giat memindah pengundi untuk menyelamatkan kawasan dun yang mereka kuasai dan juga dun yang akan mereka tawan. Ini terbukti dengan terdedahnya kegiatan ADUN Bukit Tuku dalam parlimen Rantau Panjang, Datuk Mohd Zin Ismail yang giat memindah pengundi ke kawasannya.


YB Bukit Tuku yang juga Ketua Umno Bahagian Rantau Panjang.

Terbaru, dalam proses siasatan awam SPRĀ  yang telah diadakan pada minggu lepas, terdapat 31 orang pengundi telah dimasukkan ke dun Bukit Tuku. Apa yang menariknya, beliau telah memasukkan pengundi ini ke alamat rumah beliau sendiri, di Lot 756, Kg Lati, 17000, Pasir Mas Kelantan. Ini bererti seramai 31 orang itu sedang menghuni di rumah Mohd Zin. Cuba bayangkan 31 orang keluarga tidak termasuk keluarga Mohd Zin sendiri mendiami dalam sebuah rumah. Wowwww!!…….. Hebat…hebattt….

Apa yang menghairankan lagi, seorang pengundi yang bukan melayu/Islam juga tinggal di rumah beliau. EWEK A/L CHA CHAN(530226-03-5301) yang tinggal di Paya Bemban serta mengundi di Tanjung Mas di dalam DUN Tangjung Mas, Kota Bharu.

Walaubagaimanapun, cubaan beliau telah digagalkan oleh jentera pilihanraya Dun Bukit Tuku yang dapat mengesan taktik kotor ini. Kesemua mereka telah berjaya dibantah dan permohonan mereka telah ditolak di dalam sesi perbicaraan siasatan awam oleh SPR.


Inilah rumah Datuk Mohd Zin Ismail, Adun Bukit Tuku yang menempatkan 31 orang pengundi. Terbukti kini, kerja-kerja memindah pengundi sebenarnya telah dijalankan oleh Umno/BN bagi menyelamatkan kedudukan mereka.

Berita lanjut sila ikuti dalam Akhbar Mingguan Wasilah yang ke 35 akan datang.

Categories: Isu Rakyat

Inipun bukan budaya kita

September 22, 2007 · 6 Comments

Sibuk sehari dua nii…RTM yang budak mamak tu jaga dok siar pasal tunjuk perasaan dan bakar bendera. Misinya satu…Ini bukan budaya kita.

Dulu budak mamak tu juga kata RTM bukan media propaganda kerajaan. Sekarang bagaimana? Kalau dah siar setiap pagi dan petang, malam dan dinihari…bukan propaganda apa lagi namanya?

Saja nak tanya si anak mamak itu. Gambar-gambar yang bersabit dengan pemimpin Umno di bawah ini budaya siapa?


Pegang bukan mahram kita apakah budaya kita?


Intim dengan bini orang beginipun bukan budaya kita


Budaya kitakah begini?


Hanya suami yang tiada maruah sahaja membenarkan bininya begini.. Budaya kitakah?


Skandal suami orang bini orang(MP dengan Senator) macam biasa saja dalam umno. Budaya kita atau budaya umno?


Buat isyarat lucah juga bukan budaya kita tapi budaya Umno.


Perangai tolol macam budak-budak kelahipun bukan budaya kita tapi budaya BN.


Hanya orang yang sakit otak sahaja yang buat begini…sebab.. itulah budaya mereka.

Banyak lagi gambar-gambar yang menggambarkan budaya sebenar pemimpin Umno/BN termasuklah minum arak dan berjudi. Oleh kerana mereka sudah biasa dengan budaya kotor itu maka tiada masalah bagi mereka meneruskannya. Maka itulah budaya mereka.

Categories: Isu Rakyat

Dia Datang lagi

September 17, 2007 · No Comments

Kali ini Ramadhan di Kelantan
Bertuah mungkin kerana dia datang lagi
Dulu dia datang rasmi projek - entah jadi entahkan tidak
Kini dia datang janji projek lagi

Dia dan bini dia datang lagi
sama sahaja seperti dulu
Dia datang tabur gula bersalut pasir
Sama sahaja seperti dulu
bertudung kelubung Puteri Gunung Ledang
hanya di Serambi Mekah ini sahaja
nanti kembali, buka lagi.

Tidak habis-habis menghina Islam dalam hormat
macam hukum hakam Islam Hadharilah yang buat
sekejap buka sekejap tutup macam coklat
Dan dia hanya tersenyum melihat gelagat
membenarkan segala kepuraan yang sudah jadi tabiat.

Dia datang lagi
Ramadhan al-Mubarak dijadikan agenda si budak Peringat
menjaja-jaja Islam Hadhari yang tak laku-laku di sini
mungkin hari pangkah memangkah semakin hampir
lalu si dia dan bini dia datang lagi ke sini

Dia datang lagi
Kali ini sama seperti kali itu
tanpa mengetuk salam sebagai seorang Islam
masuk menerjah ke rumah orang
melambangkan keperibadian sebenar
seorang penganut Islam Hadhari
lupa akan negeri ini ada tuannya

Dia datang lagi
tapi mungkin kali ini kali terakhir
ohh tidakkkk
ada lagi kali lain
Dia akan datang lagi menjunjung bakul koridor timur
sebelum hari pangkah memangkah itu.

Dia datang lagi
tapi kita di sini tidak terasa apa-apa.
Dia datang tapi sama sahaja seperti tidak datang
hanya dia datang
menjaja barang basi
projek, peruntukan, kemajuan, pembangunan
kemudian kembali tidor di Putrajaya.

Categories: PK-PK

Hina bendera : Antara Awang Adek dengan mat rempit

September 16, 2007 · No Comments

MALAYSIA : Semua orang marah bila jalur gemilang dibakar. Semua orang kecam bila lirik lagu negaraku di permain-mainkan oleh budak Cina, Wee Meng Chee. Tetapi tiada siapa yang marah bila Islam dihina oleh pemimpin Umno/BN. Islam telah dipersendakan oleh mereka samada dari segi Akidah, Muaamalat ataupun Syariatnya. Sejak dulu hingga kini.

Siapa yang mengeluarkan kata-kata Hukum Hudud ketinggalan zaman kalau bukan pemimpin Umno/BN. Siapa yang mengatakan politik suku ugama suku kalau bukan pemimpin Umno/BN. Siapa yang persendakan arahan menutup aurat kalau bukan pemimpin Umno/BN. Siapa yang mempermain-mainkan Al-Qur’an kalau bukan mereka semua?.

Mana lebih penting dan wajib dipertahankan dahulu - Jalur gemilang atau Islam?

Kerajaan mengeluarkan garis panduan terhadap penggunaan jalur gemilang. Antaranya tidak boleh dibuat kek atau coklat. Dilarang dari dibuat pakaian dan dipakai.

Di sini saya perturunkan gambar-gambar menarik untuk kita berfikir sejenak dan menilainya.

bakar-jalur-gemilang.jpg

Belum dapat dibuktikan lagi siapakah yang membakarnya…sila ambil tindakan.

awang-adik-potong-jalur-gemilang.jpg

Apakah tindakan Datuk Dr Awang Adek memotong jalur gemilang ini tidak dianggap biadap dan menghina?

nasha-aziz-pakai-bendera.jpg

Nasha Aziz berpakaian seperti ini bukan sahaja menghina bendera tetapi sudah menghina Islam… Apakah tindakan kerajaan Umno/BN? Mamak yang dok kat RTM tu macamana? Kalau orang lain buat katanya marah sangat. Ni anak buah kamu yang buat nii… nak sengeh-sengeh apa lagi.

indonesia-bakar-paklah.jpg

Di Indonesia bukan sahaja jalur gemilang dibakar oleh pendemontrasi bahkan gambar Pak Lah Perdana Menteri Malaysiapun turut dibakar. Apakah tindakan kita? Di mana Pemuda Umno? Dah jadi pondan ke?

Kita mengharapkan, ketelusan dan ketulusan pihak kerajaan dalam menangani hal ini. Janganlah kerana Dr Awang Adek Hussien seorang Timbalan Menteri yang buat kerja hina memotong bendera, kita diamkan tetapi bila ada orang lain bakar maka kita buru sampai ke lubang cacing. Itupun belum sah lagi betul ke tidak gambar itu. Sila ke laman http://taraknamav2.wordpress.com untuk menelitinya.

Janganlah kerana Nasha Aziz seorang pelakun maka beliau boleh memakai dan menghina jalur gemilang sesuka hati akan tetapi bila ada yang mengubah lirik maka kita ugut macam-macam untuk ambil tindakan.

Antara bakar dengan potong dan pakai semuanya menghina jalur gemilang. Cuma mungkin memotong bendera dan memakainya dilihat “penghinaan secara terhormat” kerana melihat kepada siapa pelakunya. Apapun semuanya itu “membakar hati dan jiwa kita” kerana menghina panji-panji negara.

Dan semestinya kita lebih terbakar hati apabila Islam dihina dan persendakan oleh pemimpin BN sesuka hati. Ingatlah “Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi darinya”. Fikirkanlah…..

Categories: Isu Rakyat

Sazmi : Lojing melenting, Babi menyepi

September 8, 2007 · No Comments

KOTA BHARU: Sudah seminggu lebih isu babi di Melaka menjadi topik perbincangan. Kerajaan Melaka mengarah supaya babi di kurangkan. Penternak tak hirau. Polis dan FRU tidak dapat berbuat apa-apa. Kanak-kanak menjadi perisai. Operasi hapus ditunda ke 21 hb September.

Karam Singh Walia mengeluh dan kecewa. Isu yang diperjuangkan beliau bukan isu agama. Jauh sekali isu politik. Beliau terkenal dengan pejuang alam sekitar. Maka alam sekitarlah yang diperjuangkan beliau. Sungai kotor sudah ditunjukinya. Bau busuk dan hanyir telah didedahkannya. Apa lagi yang perlu beliau angkat tangan setiap kali memberi komen. Tangan beliau sekarang sudah lengoh dan tidak berdaya lagi untuk diangkat. Babi tetap di situ lagi..

Apa kabar Sazmi Miah, Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dan Ahli Parlimen Mache(Machang). Di mana suara jerit pekik kamu? Bukankah kamu juara isu Lojing? Pembela kepada alam sekitar? Kenapa dalam bab babi ini kamu diam? Apakah kerana Lojing itu berada dalam tanah jajahan Kelantan yang pemerintahnya adalah PAS maka kamu mesti berjuang membela kononnya alam sekitar di Kelantan teruk sangat?

Inilah sikap dan sifat seorang pemimpin BN/Umno. Babi itu lebih teruk dari Lojing. Lesen menternakpun tiada. Kenapa ianya dibiar jua.

Oleh kerana isu babi tidak mendatangkan kesan politik dan tekanan kepada kerajaan PAS Kelantan, maka ianya tidak perlu diperjuangkan. Biarlah penduduk Islam dan bukan Islam di Masjid Tanah itu bergelumang dengan masalah mereka. Sazmi tidak perlu berbuat apa-apa. “Jangan cari penyakit” mungkin itu motto perjuangan Sazmi.

babi.jpg

Babi-babi sedang menunggu suara Sazmi..

Pemimpin seperti ini tidak layak menjadi wakil kepada rakyat. Jawatan setiausaha parlimen yang dipegang beliau bukan hanya sekadar menumpu pandang ke Kelantan sahaja. Beliau bukan setiausaha parlimen Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Kelantan tetapi pusat - Kerajaan BN pusat. Kalau hanya Kelantan sahaja yang dicari salahnya, maka terbukti beliau hanya pemimpin di bawah tempurung, baik sedikit daripada katak. Pemimpin berfikiran kekampungan tidak layak berada di pusat.

Usahlah Sazmi mendabik dada pejuang alam sekitar kalau masalah inipun beliau menyepi diri. Pemimpin Umno dan Islam Hadhari apa macam ini? Kita menunggu suara “manja” Sazmi dalam isu ini….

Categories: Isu Rakyat