MANJANIK - Pembidas Minda

Entries from July 2007

Nyanyuknya Awang Adek: Dulu dinar kini pelabur

July 14, 2007 · 1 Comment

awang-adek-hussin.jpg

BACHOK : Kesiannya Datuk Dr Awang Adek Hussin. Kenyataan demi kenyataannya tidak melambangkan beliau seorang yang berkelulusan PHD dan seorang Timbalan Menteri Kewangan. Sudahlah seringkali menyanggah kenyataan yang pernah beliau keluarkan, kini sudah mula lupa tentang apa yang beliau dan kerajaan yang beliau sertai lakukan. Perkataan apa lagi kalau tidak nyanyuk namanya…

Dulu, beliau pernah memuji dan memberi perangsang akan pelaksanaan dan perkembangan dinar emas di negara ini. Akan tetapi bila kerajaan Kelantan melancarkan Dinar Emasnya, beliau “menyanyukkan” diri beliau sendiri dengan memperlekehkan apa yang kerajaan Kelantan laksanakan.

Kin, apabila kerajaan PAS Kelantan sedang mencari pelabur luar untuk sama-sama membangunkan Bandar Baru Tunjung, beliau sekali lagi mengambil langkah ke belakang dengan macam-macam alasan dan hujah dangkalnya.

Beliau mendakwa sepatutnya kerajaan Kelantan memberi peluang seluasnya kepada pelabur tempatan. Persoalannya apakah kerajaan Kelantan telah meminggirkan pelabur tempatan? dari 500 ekar yang disediakan untuk tujuan bandar baru tersebut hanya 11 ekar sahaja untuk pelabur asing. Apakah Wilayah Pembangunan Iskandar juga laksanakan sebagaimana Kerajaan Kelantan lakukan? Apakah “buka luas” kepada Singapura itu dasar kerajaan BN?.

Beliau juga mempersoalkan pemilikan tanah kepada pelabur asing tidak akan mencapai matlamat. Pesoalannya apakah bodoh sangat Kerajaan Kelantan membenarkan pemilikan kekal tanah kepada pelabur asing? Bagaimana dengan pemilikan tanah di Johor dan bandar-bandar maju yang dasarnya ditentukan oleh Kerajaan BN?.

Awang Adek juga mempersoalkan ketelusan Kerajaan Kelantan dalam melaksanakan bandar baru ini. Bagi Beliau sepatutnya kerajaan Kelantan memberitahu rakyat dahulu terhadap pembabitan pelabur asing khususnya China dan Thailand. Apakah rakyat diberitahu sepenuhnya tentang pembangunan di WPI?. Kalaulah rakyat diberitahu sepenuhnya tentang apa yang berlaku dalam perancangan pembangunan WPI makan sudah pasti rakyat akan bangun menentangnya. Apa tidaknya kalaulah tanah air orang melayu akan tergadai sebegitu mudah ke tangan orang asing Singapura, apakah rakyat harus mendiamkan diri lagi?.

Apapun kata Awang Adek dan pandangan serongnya terhadap hasrat Kerajaan Kelantan menjemput pelabur China dan Thailand datang melabur, beliau sepatutnya melarang rakan sejawatnya, Datuk Seri Syed Hamid Albar, Menteri Luar telah ke China selama 5 hari untuk menarik pelabur China khususnya di Guangzhou dan Shenzhen.

Persoalannya apakah bagi Awang Adek jikalau kerajaan BN yang jemput pelabur China tidak menjadi kesalahan, akan tetapi sekiranya Kerajaan Kelantan yang jemput maka ianya suatu kesalahan?. Kalau inilah sifir yang Awang Adek pakai maka sifir ini sesat lagi menyesatkan.

Biarlah Awang Adek seorang sahaja yang nyanyuknya, diharapkan menteri-menteri lain janganlah nyanyuk seperti mana yang Awang Adek nyanyuk.

Nyanyuk Awang Adek terhadap janji beliau kepada rakyat Bachok semasa pilihanraya lepaspun belum tertunai lagi. Tunailah dulu janji nak bagi pengecualian bayaran letrik kepada warga tua dan miskin. Kini Awang Adek datang lagi dengan seribu janjinya di Bachok… Mungkin lepas ini beliau bukan Awang Adek lagi tapi Adek Awang.

Categories: Kerajaan BN/Umno

Pindah pengundi, PPD di kelantan terbabit

July 14, 2007 · No Comments

KOTA BHARU: Sah! Pejabat Pendidikan Daerah di seluruh Kelantan terbabit dalam kerja-kerja politik, khususnya memindah pengundi dari satu dun ke satu dun yang lain. ini dinyatakan sendiri oleh seorang orang yang kena bantah dalam perbicaraan bagi Parlimen Kota Bharu.

pengarah-jpn-kelantan.jpg

Pengarah Pendidikan Kelantan, Hj Mohd Noor Ismail…Beliaulah orang yang Annuar Musa umumkan perlantikan sebagai pengarah sebelum diumumkan oleh Menteri Pendidikan… Lebih Umno dari orang Umno..

“Saya dipaksa oleh pegawai PPD Kota Bharu untuk menukar alamat ke dun yang mereka telah senaraikan. Ramai kawan-kawan saya juga terlibat dengan perpindahan ini”, ujar beliau yang tidak mahu dinyatakan namanya.

“Kami di arah menukar alamat di dalam kad pengenalan kami di Jabatan Pendaftaran Negeri di Wisma Persekutuan dan kemudian memohon menukar tempat mengundi di pejabat SPR”, tambah beliau. “Kami juga diberi amaran sekiranya tidak mematuhi arahan ini, kami tidak akan disambung lagi sebagai guru KAFA dan J-QAF”,jelas beliau.

Beliau yang kalah dalam perbicaraan tersebut juga kesal kerana tidak ada seorangpun dari pihak Umno yang datang untuk memberi sokongan moral.

Dalam perbicaraan di Parlimen Kota Bharu, PAS memenangi 3 kes di Dun Bunut Payung dimana orang yang dibantah tidak hadir dan begitu juga menang 23 kes di Dun Tanjung Mas.

Categories: Isu Rakyat

Niat jahat Umno terbukti, PAS menang 13 kes lagi

July 10, 2007 · No Comments

BACHOK : Suruhanjaya Pilihanraya pagi-pagi lagi berada di Pejabat Tanah dan Jajahan Bachok. Tujuannya sama seperti dua hari yang lepas iaitu hadir untuk membicarakan proses tuntutan dan bantahan.

spr.jpg

Kakitangan pejabat SPR relak hari ini kerana tiada seorangpun orang yang kena bantah hadir perbicaraan.

Sama seperti hari yang lepas-lepas juga, hanya PAS yang membuat bantahan. Umno atau BN tidak ada seorangpun. Sekali lagi membuktikan kerja-kerja memindah pengundi sebenarnya kerja buat Umno ataupun puak-puak Annuar Musa.

Di Parlimen Bachok hanya Dun Jelawat sahaja yang terlibat. Seramai 13 orang disenaraikan oleh pihak PAS untuk dibantah. Dari 13 orang tersebut, seorangnya berbangsa Cina, Pua Yau Chuan dan didapati beliau memohon untuk mengundi di Peti Undi Ketil yang seratus peratus pengundinya adalah melayu. Petugas PAS dan penghulupun tidak pernah mengenali beliau. Dari manakah beliau datang sehingga tersesat ke kawasan penempatan yang tidak pernah ada kaum Cina sebelum ini.

Apa yang peliknya hari ini, tidak ada seorangpun orang yang dibantah itu menghadirkan diri. Apa yang jelas inilah “permainan Umno” dalam strategi pilihanraya. Mereka sanggup buat apa sahaja tapi takut untuk bertanggungjawab.

Categories: Isu Rakyat

45 lagi bantahan PAS di terima SPR

July 9, 2007 · No Comments

KOTA BHARU: Hari ini masuk hari ke dua perbicaraan bantahan dan tuntutan bagi parlimen Kubang Kerian. Seramai 49 orang pemohon yang baru mendaftarkan diri sebagai pengundi dan berpindah telah dibicarakan di Pejabat tanah dan Jajahan Kota Bharu.

Walau bagaimanapun hanya dua Dun sahaja yang terlibat iaitu Dun Salor(38 orang) dan Dun Demit(11 orang). Kedua-duanya diwakili oleh PAS.

Seperti biasa bantahan hanya dibuat oleh PAS sahaja manakala dari Umno tiada seorangpun dibantah. Ini menunjukkan cubaan memindah dan mendaftarkan pengundi baru dari luar kawasan dibuat oleh Umno.

Majoriti orang yang kena bantah tidak hadir. Hanya beberapa orang sahaja yang hadir itupun bantahan dari PAS telah diterima SPR dan alasan yang paling banyak dikemukakan ialah tidak bermastautin di tempat yang dipohon. Dari 49 orang yang dibicarakan, PAS berjaya membuat bantahan terhadap 45 orang pemohon.

Ada juga dikalangan orang yang kena bantah memberitahu bahawa mereka tidak tahu menahu ke mana nama mereka didaftarkan untuk mengundi. Mereka memaklumkan ianya dibuat oleh agen-agen Umno termasuk ketua cawangan dan juga Penyelia Pembangunan Mukim. Bahkan juga tanda tangan permohonanpun bukan mereka yang buat.

Begitulah adanya. Apa yang jelas Umno sedang sedaya upaya memindah pengundi bagi menjayakan hasrat mereka untuk menawan Kelantan sebagaimana yang mereka lakukan di Negeri Terengganu.

Categories: Isu Rakyat

Annuar Musa mengamuk lagi

July 9, 2007 · No Comments

KETEREH: Apa sudah jadi dengan Annuar Musa. Umno Bahagian beliau sendiri sudah haru biru. Ternyata apa yang Nuar harapkan Umno Ketereh sebagai contoh kepada Umno-Umno di bahagian lain, tidak menjadi..

Dalam Persidangan perwakilan Umno tiga peringkat - Pemuda, Wanita dan Puteri minggu lepas, Nuar melepaskan kemarahannya kepada tiga sayap umno Ketereh itu. Apa tidaknya, kehadirian hanya 25 orang perwakilan Pemudacukup membuatkan Nuar naik angin. Apatah lagi bagi mengabui mata Nuar, pihak urusetia pemuda telah memunggah pelajar sekolah Menengah Melor dan Ketereh.

Bagi Nuar Musa, pihak pemuda cuba menipu beliau untuk menunjukkan kekuatan sedangkan apa yang berlaku sebenarnya bukan begitu. “Jangan nak mengapu saya dengan mengatakan kamu akan membantu saya. Saya bukannya lemah,” Amaran Nuar Musa.

Nuar juga menyatakan rasa tidak puas hati kepada Wanita dan Puteri. “Puteri, dari dulu hingga sekarang tidak bertambah-tambah keahliannya. kenapa jadi begini?,” soal Nuar.

Apa yang diperkatakan oleh Nuar Musa tidak terhenti di persidangan tiga peringkat sahaja. Ianya terseret hingga ke persidangan Umno bahagian yang dirasmikan oleh “Bapak Angkat” Umno Ketereh, Dato Seri Adnan Yaacob.

Semasa sesi perbahasan, perwakilan pemuda, wanita dan puteri mengambil kesempatan mempersoalkan kembali kepimpinan Nuar Musa. Walau bagaimanapun pada masa perbahasan, Nuar Musa sudah tiada.

Ucapan penangguhan dilakukan oleh Datuk Hj Mohd Alwi Che Ahmad, selaku Timbalan Ketua umno bahagian. Seperti biasa, Hj Alwi dengan “lakonannya” yang mantap, bersendiwara dengan menangis teresak-esak, sedih kerana kemiskinan melayu. Seorang perwakilan Wanita Umno dengan selamba berkata, “kalah Azean Irdawati tuu”, sambil senyum sinis.

Seorang kawan yang menjadi perwakilan pergerakan pemuda memberitahu saya, satu pasa dari tiga pasa lebuhraya Kuala Krai -Kota Bharu diperolehi oleh syarikat Hj Alwi iaitu Al-Hamra Construction Sdn Bhd yang mana ahli lembaga pengarahnya juga adalah IsteriNuar Musa, Datin Seri Rosniah Abdul Rahman dan anak saudara Nuar sendiri Wajdi. Sebab itulah Alwi menangis, bukan sedih tapi gembira dapat projek, tambahnya.

Apa yang menyedihkan lagi Nuar Musa ialah sambutan dan kehadiran wakil rakyat BN di majlis jamuan makan malam sempena kehadiran “bapak Angkat” Umno bahagian di sebuah hotel di Kota Bharu. Hanya beliau dan Datuk Ramzi Abdul Rahman yang juga setiausaha Umno negeri sahaja yang hadir. Jamuan yang terhebat dengan nilai RM500 satu pinggan nasi itu juga telah dikutip dari kontraktor-kontraktor yang mendapat projek di kawasan parlimen Ketereh.

Sekarang ini Nuar yang berdegar-degar marahkan Pemuda, Wnita dan Puteri sudah berlepas ke London. Alwi pula yang mudah tersentuh hatinya telah ke Morocco. Maka tinggallah orang-orang Umno yang kena marah dan yang sedih itu di Ketereh… biarkann…biarkaannnn…

Categories: Cerita Nuar Musa

Pindah tempat mengundi : SPR tolak permohonan pemimpin Umno Tumpat

July 8, 2007 · No Comments

TUMPAT: Hari ini(08.07.07) perbicaraan bantahan dan tuntutan bagi parlimen Tumpat telah diadakan Pejabat Tanah dan Jajahan pada jam 9 pagi. Suruhanjaya Pilihan raya Kelantan diketuai oleh pengarahnya sendiri. Seramai 50 orang terlibat dalam bantahan ini iaitu terdiri  dari empat DUN - Pengkalan Kubor, Kelaboran, Pasir Pekan dan Wakaf Bharu.

Setelah selesai bantahan dibuat, dari 50 orang yang telah dibantah itu hanya 15 orang bantahannya ditolak dan 35 orang lagi bantahan telah diterima. Terdapat 2 kes di mana pemohonnya telah meninggal dunia dan satu kes percubaan mendaftar orang yang telah meninggal dunia pada tahun 2005 lagi.

Apa yang menariknya ialah percubaan pindah tempat mengundi oleh seorang ajk Umno bahagian Tumpat yang juga bekas ketua pemudanya dari Dun Pasir Pekan ke Dun Kelaboran juga telah ditolak.

Beliau memberi alasan bahawa telah bermastautin di Dun Kelaboran berdasarkan alamat tempat beliau bekerja di pejabat Umno Bahagian Tumpat sejak 10 tahun dulu lagi. Tetapi cubaan beliau terhalang kerana beliau sebenarnya tinggal dan bermastautin di Morak dalam Dun Pasir Pekan. Pihak pembantah telah menunjukkan gambar pejabat Umno Tumpat dan saksi pula memberitahu bahawa pejabat Umno tidak didiami oleh sesiapapun.

Akhirnya bantahan terhadap beliau diterima dan beliau pulang dengan hampa. Menurut rakan-rakan beliau yang hadir sama semasa perbicaraan tersebut, beliau sebenarnya berhasrat untuk bertanding di Dun Kelaboran sebab itulah beliau berusaha untuk pindah ke Dun tersebut.

Apa yang jelasnya, 2 kes sudah terbukti ada cubaan jahat Umno untuk mendaftar orang mati dan memindah pengundi. Untuk pengetahuan pembaca, dalam kes bantahan di Kelantan hanya PAS sahaja yang membuat bantahan iaitu lebih kurang 1000 kes.

Umno langsung tiada membuat bantahan dah terbukti dakwaan mereka bahawa PAS memindah pengundi adalah bohong semata-mata. Kalau benar PAS memindah pengundi maka sudah pasti Umno akan membuat bantahan.

Kita tunggu dan lihat siri-siri bantahan di lain tempat. Apa yang menariknya Umno masih mendaftar semula orang-orang yang telah dibantah oleh PAS di Dun Bukit Panau pada tahun 2004 dan telah berjaya tetapi kini dimasukkan kembali seramai 200 orang.

Ada dikalangan mereka beralamat di stesen bas Tanah Merah, di tanah lot yang tiada rumah dan ada diantaranya di sebuat rumah dimasukkan seramai 14 orang pengundi. Di rumah Ikmal Hisyam(bekas ketua pemuda dan orang yang pernah digantung kerana politik wang) sendiri ada 7 orang pengundi. Tunggu dan lihat apa kesudahannya nanti!

Categories: Isu Rakyat

Universiti Malaysia Kelantan - Memalukan!!

July 5, 2007 · 6 Comments

PENGKALAN CHEPA: Apa sudah jadi dengan Universiti Malaysia Kelantan(UMK) yang dicanang begitu hebat oleh Datuk Mustapa Mohamed dan Datuk Seri Panglima Annuar Musa serta pemimpin Umno Kelantan. Pengambilan pelajar baru yang bermula minggu lepas kini menimbulkan banyak masalah khususnya kepada pelajar.

Sinar Harian(Khamis 05/07/07) dengan tajuk “Pelajar kecewa asrama UMK tidak sempurna”, telah menjelaskan segala-galanya tentang letak duduk universiti politik Umno ini. diberitakan kelengkapan kampus dan asrama benar-benar memalukan. Apa tidaknya kalau dilihat dan dibandingkan dengan sekolah berasrama penuh, jauh lebih baik lagi berbanding UMK.

Pendedahan Sinar Harian cukup memalukan rakyat Kelantan kerana persiapan untuk mewujudkan sebuah universiti dibuat secara sambil lewa dan banyak “main politik” oleh Tok Pha dan Annuar Musa. Bayangkanlah almari yang pintunya tertanggal, bilik air yang tidak boleh dikunci, paip air yang seakan tempat untuk berwudhuk, bilik penginapan semacam tempat tahanan PATI, tiada kipas dan sebagainya serta pelbagai perkara yang tidak sepatutnya berlaku.

MANJANIK juga diberitahu, pengambilan kakitangan untuk bekerja di UMK dibuat oleh Tok Pha sendiri dan dipilih dengan begitu teliti supaya tidak ada seorangpun “orang hijau/bulan” terlepas masuk. Mereka akan diselidik sehingga ke akar umbi asal usul dan aliran sokongan. Pun begitu ada juga yang terlepas dan salah seorangnya pemberi maklumat ini.

Tok Pha amat teliti untuk mengambil kakitangan yang asalnya dari Kelantan tetapi begitu mudah menerima orang yang diluar dari Kelantan. Sikap “menyusu kera di hutan” masih menjadi amalan Tok Pha.

Satu perkara lagi ialah, dari 400 tempat yang dtawarkan oleh UMK hanya 270 orang sahaja yang memohonnya. Kenapa pelajar tidak berminat untuk belajar di UMK? Nanti MANJANIK akan berusaha mendedahkannya. Diberitakan juga sudah ada desas-desus dari beberapa orang mahasiswa yang akan meninggalkan UMK dan menerima tawaran dari IPTA atau IPTS yang lain.

Apa yang jelas, UMK adalah “universiti politik Umno”. Dapat dilihat dengan jelas gambar Tok Pha dengan Perdana Menteri ditiang-tiang letrik menunjukkan UMK kebanggaan beliau. Manakala Nuar Musa pula dengan gaknya mengangkat tangan dalam sepanduk yang digantung di simpang-simpang seolah-olah UMK adalah perjuangan dan usaha beliau.

Ini menggambarkan perebutan pengaruh dalam politik Umno Kelantan. Adalah dirasakan bahawa UMK bukan suatu tempat yang strategik bagi pelajar untuk belajar. Memandangkan kos yang ditawarkan tidak begitu sesuai dengan zaman sekarang, adalah lebih baik pelajar-pelajar mencari universiti lain yang benar-benar boleh melahirkan insan yang mampu membangunkan negara.

Kita tengok apa perkembangan seterusnya UMK. Apakah Universiti politik Umno Kelantan ini mampu bertahan atau akan menjadi sebuah sejarah kepada rakyat Kelantan… Kita tunggu dan lihat adegan seterusnya…

Categories: Isu Rakyat

Wartawan Henan, China temui Husam

July 5, 2007 · 3 Comments

Semalam satu rombongan wartawan dari Henan, China melawat Kelantan dan sempat mewawancara Dato Hj Husam Musa, Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Pembangunan Masyarakat di sebuah hotel baru di sini. Persoalan banyak berkisar mengenai peluang pelaburan dan perniagaan yang boleh dibuat secara dua hala antara Kelantan-China.

Difahamkan bahawa wartawan ini mewakili akhbar-akhbar yang ternama dan tertua di China sehingga ada yang sudah berusia 110 tahun operasinya.

pic1.jpg

Mereka juga berminat mengetahui bagaimana Kelantan yang dipimpin oleh pembangkang tetapi mampu mengurus kerajaan dengan baik.

penjelasan-husam.jpg

Husam juga menjelaskan mengenai peluang-peluang pelaburan yang boleh diterokai oleh syarikat-syarikat dari China khususnya dalam membangunkan hasil bumi Kelantan. Disamping itu mereka diberitahu mengenai agensi-agensi Kerajaan yang terlibat secara langsung dengan pelaburan di negeri ini seperti SEDC dan Perbadanan Menteri Besar Kelantan(PMBK).

Mereka juga berminat mengetahui sistem penanaman padi di Kelantan dan melihat ianya suatu bidang yang boleh dibangunkan secara bersama.

Para wartawan ini akan berada diKelantan selama 4 hari dan akan kembali ke negara mereka  pada 6 Julai ini.

Categories: Kerajaan Kelantan

Kelantanku menerajui perubahan

July 1, 2007 · No Comments

KOTA BHARU: Apabila merujuk kepada kenyataan-kenyataan pemimpin pembangkang(BN/UMNO) di negeri ini yang seringkali tidak melupakan “ratib” mereka bahawa PAS gagal membangunkan Kelantan, rakyat yang berfikiran waras menjadi hairan.

Pembangunan yang bagaimana yang dikehendaki oleh Umno?. Macam Kuala Lumpurkah? Penangkah? Johorkah, Selangorkah atau kah-kah yang macam mana?

Rakyat Kelantan selesa dengan apa yang ada. Apa yang paling penting ialah pegangan agama. Keselamatan rumah tangga dan keluarga. Harta benda tidak dicerobohi. Makanan murah. Ukhwah dan silaturrahim yang tinggi. Banyak sekolah agama yang boleh mendidik anak-anak dan generasi akan datang. Pondokpun masih berlambak dengan guru-gurunya yang mursyid.

doa-tg.jpg

Tok Guru sentiasa mendoakan kesejahteraan rakyat dan negeri ini. Sampai hatikah kita mengkhianati keikhlasan pemimpin yang sederhana ini?

Cuti hari Jumaat membolehkan mereka keluar “menadah kitab” di setiap daerah dan jajahan. Mendengar Tok Guru Nik Abdul Aziz menyampaikan kuliah yang diadakan dua sesi dari jam 8.30 pagi hingga jam 10.30 pagi. Sekiranya beliau tidak kesempatan maka Timbalan Menteri Besar, Dato Ahmad Yaakob boleh ganti atau Ahli-Ahli Exco yang lain ada seperti Dato Hj Husam Musa, Ustaz Mohd Amar Nik Abdullah, Dr Nik Mazian dan beberapa orang Wakil rakyat lain.

huse-n-tpm.jpg

Husam dan Najib…Masih boleh berbincang, tiada masalah. Yang menimbulkan masalah ialah pemimpin Umno Kelantan. patut lah Tun Dr Mahathir kata Nuar Musa yang banyak membuat kerenah dan menghalang beliau dari membantu Kelantan.

Kelantan tidak “kasek(kekurangan)” dengan tenaga pengkuliah. “Anak-anak pondok” ramai dan lepasan timur Tengahpun berlambak. Kita boleh pilih kuliah mana yang kita nak belajar. Selepas dengar kuliah boleh minum dan berborak dengar kawan-kawan yang jauh. Indah dan cerianya!

Manakala cuti pada hari Sabtu pula, kita boleh menziarahi keluarga dan sanak saudara yang berada jauh sekitar Kelantan. Boleh makan Ubi kayu dan “Ubi Stelo” rebus sambil pekena rokok daun. Tengok anak-anak berlari dengar gelak hilai menaikkan wau dan membidas(lastik, manjanik) burung dan buah mempelam. Indah sekali dan damainya kampungku!

kj-n-driver-teksi-ramah-mesra.jpg

Datuk Kamaruddin Jaafar “berjamu tea” dengan rakyat di kedai kopi dalam kawasan Parlimen Tumpat. Pemimpin bersama dengan rakyat…inilah yang rakyat nak…

Rakyat Kelantan masih ada tanah walaupun sekangkang kera. Masih ada rumah bukan flat atau setinggan. Masih ada ruang untuk bercucuk tanam. Mereka masih kenal jiran yang dekat dan yang jauh. Masih mengetahui asal usul sesebuah keluarga.

Sikap bergotong royong dan bukannya “bergantung ayun” sebati dengan mereka. Buatlah kenduri atau majlis apa sekalipun, yang tua dan muda lelaki akan “berghatang pelupoh(berpakat merebah dan melapah)” lembu. Si perempuan yang tua dan yang muda akan memerah santan dan menyiang buah nangka sambil sesekali riuh rendah saling mengusik. Apatah lagi kalau ada “si pelatah” maka menjadi sasaranlah ianya. Betapa hebatnya pakatan kampung!

Apakah kita sedar dan tidak lupa? Pembangunan yang datang mendadak akan menjahanamkan sesebuah negeri?. Mampukah sebuah kerajaan menahan landaan ombak besar lebih dari Tsunami yang akan melanda akidah dan budaya rakyat kita? Apatah lagi apabila Syariat Allah SWT di ketepikan seolah-olah Allah tiada hak dalam menentu perjalanan hidup dan menghukum hambaNya?. Manusia dan hamba apa macam ni?

Lihat dan fikirlah apa yang telah berlaku dengan negeri-negeri yang BN perintah. Maju…maju…pembangunan…pembangunan…tetapi melayu….lebih-lebih lagi Islam… dimana letak duduknya. Belum sedarkah kita porak peranda dan jahanamnya manusia kerana BN memerintah?

kelantan-trade-centre-mpkb.jpg

Kelantan Trade Centre milik PKINK sedang dalam pembinaan. Ini sahaja kemampuan Kelantan.
Apalah salahnya kalau kerajaan meletakkan asas pembangunan dan kemajuan dilandasan Islam. Islam sebagai aqidah negara. Islam sebagai undang-undangnya. barulah kita boleh mengiktirafkan sebuah Negara Islam bukannya ada pertandingan bancuh arak yang pesertanya melayu, GROpun orang melayu, yang melakukan kelucahan melampaupun melayu, dadah, mat rempit, ajaran sesat, rasuah, politik songsang dan macam-macam lagi semuanya melayu.

Jadi, biarkanlah Kelantan membangun secara perlahan yang mana rakyatnya mampu mengawal dan memerhati pembangunan tersebut. Biarlah pembangunan tersebut tidak menghilangkan jati diri beragama dan berbudaya Islam. Kalau setakat BN nak memerintah Kelantan untuk membangunkan negeri ini dengan bangunan yang tinggi-tinggi, besar-besar dan moden-moden ianya tidak perlu memerintah negeri ini. Silakan dan laksanakanlah. Pilihlah di mana bangunan nak dibangunkan. Tidak pernah kerajaan negeri menghalang dan “tidak bui” tanah yang kerajaan pusat nak buat pembangunan.

Cuma apa yang dibimbangkan hanyalah “Isu pembangunan” timbul apabila pilihanraya sudah hampir. Bila dekat nak pilihanraya maka isu inilah yang “diratib” oleh pimpinan Umno. Sedangkan kalau mereka menoleh ke belakang, berlambak janji-janji pilihanraya Umum ke 11 masih belum ditunai. Adun BN Semerak menjanjikan sebuah kilang untuk memberi peluang pekerjaan kepada 1300 orang rakyat di kawasannya. Datuk Mustapha Mohamad sendiri yang menjadi ADUN di Air Lanas dan Ahli Parlimen di Jelipun masih tidak menunaikan janji untuk membuka kilang alat ganti proton sehingga dinding yang tertera “Satu Lagi Projek Barisan Nasional”pun sudah dua tiga kali tukar. mana janji Datuk Pha nak buat kilang asam gelugor?. Kalau ada kesempatan saya akan bongkarkan janji-janji pemimpin BN semasa pilihanraya lepas.

mb-n-china.jpg

Masyarakat Cina sentiasa memberi sokongan padu terhadap Tok Guru.

Oleh itu, biarkanlah Kelantan dan rakyatnya membangunkan negeri ini dengan naluri dan sikap berhati-hatinya. Semoga Kelantan dan pemimpinnya “berjalan di atas keberakatan Allah SWT..Amin.

Categories: Klate membangun