Posted by: manjanik | Jun 15, 2007

Perusahaan gaharu sandaran ekonomi rakyat Kelantan

GAHARU, bukan suatu yang baru bagi Kelantan dan rakyatnya. Walau bagaimanapun, cetusan ideal dan saranan membangunkannya oleh Dato Husam Musa, Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Perancangan Ekonomi dan Kewangan Negeri benar-benar berbaloi kepada Kelantan dan rakyatnya.

gaharu-tinggi.jpg

Pokok Depu : Besar dan tinggi, milik orang kampung.

Dengan peruntukan yang disediakan dalam bajet 2007 yang lalu sebanyak RM300,000, hasrat beliau sudah menjadi kenyataan. walaupun peruntukan yang disediakan tidak sebanyak mana, akan tetapi asas atau tapak untuk memulakan projek tersebut sudah bermula.

Dua syarikat anak tempatan telah memulakan usaha ini. Syarikat yang terbabit adalah, Telda Sdn Bhd, (Kelantan), Phearapan Wijitpha (Thailand), Nakhlah Sepadu Sdn Bhd (Kelantan) dan Agaar Wood Fatoni & Pacific.

gaharu-panjat3.jpg

Pekerja yang mahir sedang membuat tangga dan lubang-lubang sekeliling pokok.

Buat permulaan, syarikat ini telah mengusahakan gaharu dengan mencari pokok-pokok Depu yang berselerak di negeri ini. Apa yang mengejutkan kita pokok Depu ini terdapat di dalam tanah-tanah milik orang kampong yang kehidupan mereka memerlukan sumber pendapatan tambahan.

Pihak pengusaha telah mengambil langkah membayar sagu hati kepada pemilik tanah yang mempunyai pokok Depu di dalamnya berasaskan ukur lilit pokok tersebut. Ada yang memperolehi sehingga RM500 sepokok. Pihak syarikat juga akan memberi saham ke atas pokok-pokok yang diusahakan. Pendek kata apabila pokok Depu ditemui dan persetujuan dibuat dengan pemiliknya, maka bermula dari hari itu pemilik akan berterusan mendapat faedah dari pengusahaan tersebut.

gaharu-siap1.jpg

Pokok yang telah siap diproses. Menunggu masa untuk dikikis kulit dan dimasak untuk dapatkan minyak.

Difahamkan, hasil dari pokok Depu ini boleh mencecah lebih dari RM100,000 berdasarkan saiz dan kekesanan proses membuatnya. Ianya memakan masa 1 ke 4 tahun untuk memperolehi hasil maksima.

Selain daripada itu juga, benih-benih pokok ini akan dihasilkan dalam bentuk tissue culture. 40,000 anak benih dalam proses penghantaran. Iannya memakan masa selama 4 tahun untuk mengeluarkan hasilnya. Ianya cukup mudah ditanam dan kesenian “memprosesnya” cukup menarik hati.

Mungkin sedikit masa lagi perusahaan ini boleh menjadi produk pelancungan bagi Kelantan yang akan menyambut Tahun Melawat Kelantan pada 2008 nanti. Kerajaan Kelantan boleh fikir-fikirkan. Dato Annuar Tan Abdullah macamana? Boleh setuju kot.


Respon

  1. dimana mahu mendapatkan bakteria untuk disuntik pada pokok??? penanam baharu 3 bulan sebanyak 230 pokok. harap mendapat pandangan dan penerangan ….

  2. salam,

    baru nak ceburi bidang pertanian gaharu ni,
    nak tanam benih tu,tak payah pilih tanah ke?
    dan berapa jarak antara satu pokok ke sepokok?kalau rapat sangat macamana nak senggara?
    nak jual macamana?

    tk

  3. boleh sy tahu mana yg kaju bnd ni

  4. saya ni sudah lama mahu tahu bagai mana cara untuk menghasil kan minyak dari pokok gaharu juga cara cara menyamai anak benih yang bermutu . dan mengenal jenis jenis pokok gaharu di harap saya dapat jawapan sila e.mail saya di johnny_peilin@hotmail.com atau hubungi saya dino. 0164405953

  5. ASSALAMUALAIKOM
    TAHNIAH KERAJAAN KELANTAN
    DLM PROJEK DEPU.
    SAYA INGIN TAHU MAKLUMAT DEPU/MENGKARAS.

    REMY.
    {KUAT)KOPERASI PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN INDUSTRI ASASTANI.PULAUPINANG

    PUSHPIAM.PERSATUAN USAHAWAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASASTANI MALAYSIA.

    KAMI MENJALANKAN INDUSTRI RUMAH BURUNG
    WALET.KONSEP PERKONGSIAN
    DAN PRJK DEPU JUGA DLM KAJIAN

    H/P 0195675166

  6. saya merupakan pembekal anak pokok gaharu yang diimport dari vietnam. kepada sesiapa yg berminat untukmembeli boleh hubungi saya: 0176249692.
    pokok GRED A
    anak pokok berusia lebih dari 1 tahaun.
    harga dari RM6-RM8 sepokok.

    lokasi: putrajaya

  7. saya berasal dari tapah.orang kata pokok ni banyak di tapah,perak.kat situ ramai orang asli.macam mana rupa pokok ni, dan kenapa dari dulu kita tak tanam banyak-banyak.entah-entah di kampung saya pun ada sebab kg saya tu separuh hutan.

  8. saya nak anak benih gaharu..
    kat area kuala karai kelantan..
    kat mana nak dapat ya..
    kalo ada maklumat just email at
    laici22@yahoo.com

  9. Saya membekal dan menjual pelbagai spesies pokok gaharu, suntikan bakteria dengan penghantaran, khidmat nasihat dan juga pemindahan teknologi.
    Hubungi saya 013-6780555/014-6094255

  10. pembekal anak gaharu dari kelantan
    Nama: anuar bin abdullah
    No. Tel 0195646499

    Harga anak RM 3.70 sepokok (tidak termasuk kos Penghantaran.
    Tinggi anak 3 kaki

    ruangan ini bagus untuk kita bertukar pandangan berkaitan perusahaan gaharu

  11. Saya nak tanya saudara anuar abdullah. boleh kah membekal anak gaharu ke sarawak

  12. kat melaka ada tak ladang gaharu..atau orang yang sy boleh hubungi

  13. ada tak pembekal atau ladang gaharu kat melaka…

  14. saya telah tanam 400 pohon pada Nov 2005.
    saya telah inokulet 124 pohon depu liar 1 tahun yg lalu dgn pelbagai inokulan
    Saya telah memulakan pemerosesan minyak pada awal tahun ni..2009..kluarkan 30 – 50 Tola sbulan…harga antara RM280 – RM 700 setola

    Saya jgk membekal anak benih:-
    Bwh 2kaki…RM1.50…
    2 kaki naik..boleh runding..tgk saiz oder..

    Boleh dtg melwat mini kilang saya dr Ahad – Khamis

    Terus hubongi saya d Email : saimi_a@yah00.com
    Tel: 013 9626162 / 019 9326100

    **sama menolong..saya akn beli balik ank yg d beli dr saya setelah 7 tahun…

  15. sdr Riat..
    kat Tampin ade…Mohd Suhaili…0193758383

  16. oops sori…
    saya berada di Machang. Kelantan..

  17. Setelah solat Suboh…saya trfikir mungkin akan ada yg tak senang atau marah.

    Nak kata pakar tak la sangat. Saya telah buat kajian (RND)..try in error dlm pengusahaan kayu Gaharu…mula dari tanam hingga ke produk2 nya smenjak Jun 2003.
    Di kala itu anak benih d pasaran hanya la utk golongan elit…RM180 sbatang
    Saya dptkan pandangan Jab. Pertanian..Jabatan Hutan…Jab. Kimia..
    Dan saya pegi Assam Agri Research. Vietnam..dok sana 3 bulan.

  18. Sbenar nya…ramai org kampong / bakal penanam telah di beri silap Info mengenai DEPU Liar..
    Terdapat banyak jenis Inokulan di Pasaran…Fungus..Bakteria…Chemicals..trkini Capsul dan Tablets dr Kanada…

    Stiap btg Depu yg di Inokulet tak smesti nya menjadi TERAS…cuma skadar boleh la di TANAK menghasilkan MINYAK…TERAS hanya la sbg satu BONUS…

    Namun ..para pengedar INOKULAN demi untung nya…mesti jadi TERAS…paling Koman RM5000 per kilo…SILAP tu…amat silap…

    Tentang ank benih lak…dulu ya…esklusif..mahal…pyh nak bawa masok…larni dah d perlonggarkan syarat…knpa maseh nak jual mahal…

    Ampun dan maaf la pengedar/trader gaharu…untong untong jgk…tapi jgn MAIN kan IMPIAN org…car la sikit KEREDHAAN..

    Sekian…dan MAAF

  19. trima kaseh bebanyak manjanik krana mengkhusus cipta ruangan spt ini..

    slamat maju jaya

  20. saya boleh buktikan yang ada teknologi teras ni..mmg bagi meraka yg amik kesempatan utk kaya cepat dgn membuat inakulan yg pelbagai dan kesannya penanam pokok karas yg tanggung…kesian sungguh…lain kali kalu nak cucuk inakulan tu mintak bukti yg kukuh dan nyata serta wang jaminan sekiranya x jadi..itu peringatan saya..hehehhehe

  21. Bagus betul maklumat yg diberi oleh suhaimi.baru2 ni pi tengok pameran gaharu di ekspo pertanian di perlis.Banyak maklumat yg diberi.Tengok ladang gaharu di thailand begitu hebat.ramai juga kawan di perlis yg dah start tanam dan mengharap pulangan lumayan 4 tahun lagi.Saya x minat nak tanam sebab tak ada masa dan tak ada tanah.., cuma ingin tahu keajaiban pokok gaharu ni.saya pencinta alam sekitar.jika baca sejarah zaman melaka,eksport utama pada masa tu ialah gaharu dan pasarannya ke arab dan india.sungguh mengagumkan ciptaan Allah.Bila pokok tu sakit, dia keluarkan sejenis resin yang mahal harganya.

  22. mudah-mudahan penanam gaharu tidak ditipu oleh orang yg mengambil kesempatan mencari kekayaan secara cepat.Tengokla ternakan cacing, ternakan lintah, cendawan dan sebagainya.semua industri ni rancak bermusim.lepas tu malap…kesian orang kampung yg telah melabur modal yang besar,terpedaya dgn keuntungan palsu yang dijanjikan oleh orang tengah ni.Lain kali, berundinglah dengan jabatan pertanian,fama,mada,risda dan sebagainya sebelum memulakan sebarang projek pertanian yang berkos besar.tengok petani cina, mereka tidak mudah terpedaya,hasil sedikit demi sedikit tetapi maintain dan semakin hari semakin advance teknologi mereka.telur ayam organik,sayur organik.jambu kristal,jambu tanpa biji,buah naga dan lain-lain.anyway,kepada pengusaha gaharu ni, selamat berjaya, dan ikutlah nasihat saudara suahimi dan juga karasman tu.

  23. Saya mempunyai beberapa pokok gaharu yang telah mengeluarkan benih daripada biji , soalan saya :-

    1). Berapakah kos sebenar bagi 1 liter bahan kimia untuk disuntik kepada pokok induk ?
    ( Untuk makluman, pembekal dikawasan saya menawarkan RM1500-RM1800 untuk 4 liter)

    2). Apakah jenis baja yang sesuai bagi tumbesaran anak benih?

  24. brapa kos untuk upah suntikan

  25. SAYA ADA BENIS BIJI DEPU DARI VIENAM.
    PER KG LEBAH KURANG 7000-8000 BIJI.
    SESIAPA YANG BERMINAT HUBUNGI KAMI.
    (MR TAN)
    TEL:017-9798268 (KB)
    66-897087598(BANGKOK THAILAND)

  26. slm,baru sebentar sembang dengan kawan tentang geharu ,dia kata jika kacukan thailand gaharu yang baik ,jika kacukan malaysia mutu pokok tak baik ,betul ke ? dan saya berminat nak tanam 50 pokok di johor baharu ,dimana tapak semaian geraru yang terdekat di sini ?

  27. salam peminat gaharu..
    utk pengetahuan semua..mmg benar inakulan pada peringkat awalnya untuk jadikan minyak..tapi dengan keilmuan Allah SWT telah memberi kepintaran kpd seseorg utk menjadikan sesuatu itu diluar jangkauan fikiran kita..TERAS MMG WUJUD..saya dah lihat orangnya dan pokoknya…seorang yang alim dan rapat dgn ALLAH…saya boleh katakan teknologi ni adalah satu2 dlm dunia kerana FRIM sendiri gagal utk membuktikan kewujudan teras ini..so kebijaksanaan org ini adalah anugerah Ilahi..
    cuma setakat ni kalu anda berminat dengan gaharu maka tanamlah..kerana ianya adalah hasil kekayaan org melayu pada zaman dahulu..kalu anda semua nak tahu nama melaka tu sebenarnya adalah salah satu spesis nama gahau iaitu malaccensis (melaca)…sekiranya berminat nak tahu dan berkongsi pengalaman bolehlah hubingi saya..saya pun baru ajer dalam bidang ni..013 920 6619
    segala yg baik tu datang nya dari Allah dan yg kurang tu adalah kekurangan ilmu saya..waAllahu a’lamm

  28. salam….
    macamana agaknya orang islam nak maju kalau orang islam sendiri pun tak boleh bantu sesama islam..contohnya; skarang ne dah ramai orang islam yang ingin menanam pokok karas/gaharu/depu ini….tetapi tengok ler harganya…yang jual pun orang islam…tak boleh ker ikut bangsa lain…walaupun ada kedai yang sama bersebelahan masih boleh beroperasi…kalau orang kita mesti ada sifat yang tak baik…akhirnya tutup salah satu…kalau orang kita ler….tak boleh ker orang yang menanam/ menjual anak benih/ baja dan ubat menjual dengan harga yang dapat membantu orang islam….jangan nak kaya dan untung sorang-sorang..hidup islam…im proud too be ISLAM

  29. Salam….
    Utk. sdr. Suhaimi, kat mana saudara tanam karas dan buat kilang tu? saya berminat untuk melawat sbb. sekarangni saya tlh mula menanam karas.

  30. saya berminat nk tau berapa harga pasaran sekarang bagi sebatang pokok karas (gaharu) yang usianya lingkunagn 40 hingga 50 tahun

  31. Saya membekal
    1. Anak benih gaharu pelbagai saiz serendah RM3 perpokok.
    2. Kayu Gaharu untuk dibuat minyak RM12 perkilo
    3. Dapur Sulingan Minyak Gaharu. S/steel, saiz 25 kilo. RM4,500.00 perset.
    4. Minyak Gaharu Asli RM450.00 pertola.

    Jika berhajat, sila hubungi 019-6695065 atau emilkan ke alamat artembun2gmail.com

  32. baru nak ceburi bidang pertanian gaharu ni,
    di manakah i boleh tanah i sesuai atau tak untuk tanam gharu?dan berapa jarak antara satu pokok ke sepokok?masalah saya dimanakah saya boleh jual hasilnya?
    may mail add:prakkas06@yahoo.com

  33. salam. SUMI PLANT TECH SDN BHD menawarkan pelbagai khidmat tentang gaharu bermula dari benih, suntikan, ladang. kami juga sedia membeli dan menjual teras gaharu.

    teras untuk minyak dijual pada rm 10 perkilo.
    hubungi 013 3452442

  34. Saya ada bekalan anak poko gaharu, sesiapa yang berminat sila hubungi saya din 019-9456629. Harga boleh dirunding.

  35. en suhaimi berada di machang…sukacita untuk jemput en suhaimi melawat hasil inakulan yg telah terbukti…ada sekitar area machang jugak…dibawah projek kerajaan negeri kelantan..feel free to call me

  36. macam bes je tanam gaharu nih.nk try getek weh.bsar mna tnah nk gna?10 thun akn dtg gaharu ni gna lg ke?any support?

  37. NAK BELI :

    1. POKOK GEHARU DEWASA YG TELAH DIRAWAT..

    2.ANAK POKOK GEHARU…..

    PEMBELIAN POKOK YANG DIRAWAT AKAN DISERTAKAN DENGAN PERJANJIAN JUAL BELI……………..

    BG PEMBELIAN GEHARU DEWASA ADA JAMINAN GANTI BALIK JIKA POKOK MATI, DIPANAH PETIR… , RIBUT… DAN DICURI. SEMUANYA AKAN DIGANTI DGN POKOK BARU………………

    BILA CUKUP TEMPOH POKOK AKAN DITEBANG DI HADAPAN PEMILIK….@ PEWARIS…

    HARGA POKOK YANG DIRAWAT RM40.00 1CM, RM40.00 1CM ADALAH KOS RAWATAN POKOK KITA BG FREE JER…

    PEMBELI HANYA PERLU MENUNGU 18 BULAN @ 2 TAHUN UNTUK MENDAPAT HASIL.

    SESIAPA BERMINAT SILA REPLY@ HUBUNGI SY DI….017-9778755

    SILA HUBUNGI SY DI 017-9778755

  38. SALAM,

    DEPU MEMANG BERPOTENSI UNTUK MEMBERIKAN PENDAPATAN YANG LEBIH MENJAMINKAN TERUTAMA UNTUK PETANI YANG MEMILIKKI TANAH BERKELUASAN KURANG DARI 3 EKAR.
    BAGAIMANAPUN DEPU MEMERLUKAN KOS PELABURAN AWAL YANG AGAK TINGGI TERUTAMA UNTUK ANAK BENIH YANG BERMUTU. ( RAMAI PENANAM YG TERTIPU DENGAN MEMBELI BENIH MALACCENSIS TEMPATAN SEDANGKAN MEREKA DI JANJIKAN ANAK POKOK JENIS SUB-INTEGRA/CRESSNA.( SUB-INTEGRA DAN CRESSNA TELAH DI SAHKAN ADALAH SPECIS YANG SAMA – HANYA NAMANYA BERBEZA KERANA KEDUA NAMA ITU DARI DUA NEGERI BERBEZA – THAILAND DAN KEMBOJA).

    MALACCENSIS AGAK LAMBAT PERTUMBUHANNYA DAN BELUM TERBUKTI MENGHASILKAN GAHARU YG MENCAPAI 40 GM SATU LUBANG – WALAUPUN DENGAN INOKULASI FORMULA DR. BLANCHETTE . BELIAU MENGNOKULASI POKOK CRESSNA YG BERUSIA BAWAH 10 TAHUN. JIKA ANDA MEMILIKKI MALACCENSIS LEBIH 10 TH, BELUM TERUJI KEBERKESANAN FORMULA TERSEBUT.

    KEPADA PETANI YANG MAHU MENANAM PASTIKAN HAL BERIKUT:-
    1) KENALI PERBEZAAN BENIH – MALACCENSIS DAN YG DI IMPORT. KEBANYAKAN POKOK IMPORT TIDAK MEMEILIKKI SIJIL CERTIFICATE OF ORIGIN DARI NEGARA PENGIMPORT. MAKNANYA BENIH ITU MASUK KE MALAYSIA TANPA REKOD….FAHAM SENDIRI MAKSUDNYA.
    2) INOKULASI – SANGAT MAHAL – JADI PASTIKAN ANDA DI TUNJUKKAN CONTOH KEJAYAAN INOKULASI TERSEBUT DI MALAYSIA. KEJAYAAN INOKULASI DI TAHAILAND BELUM TENTU AKAN JUGA BERJAYA DI MALAYSIA . APALAGI SPESIS KITA DAN MEREKA BERBEZA.
    3) INOKULAN YANG MENGGUNAKAN FUNGUS FUSARIUM DARI THAILAND BELUM TENTU BERKESAN UNTUK POKOK GAHARU MALAYSIA KERANA KEKUATAN FUNGUS FUSARIUM ITU BERBEZA DI SETIAP NEGARA KESAN DARI IKLIM YANG BERBEZA.
    4) PASTIKAN LEBIH MOLEK ANDA BELAJAR MEMBUAT INOKULAN SENDIRI KERANA KOS INOKULAN MEMANG TINGGI.
    5) BELUM TENTU PULAK INOKULAN YANG KITA BELI BERJAYA KECUALI ANDA MEMBUAT SATU SURAT PERJANJIAN JAMIANAN KEBERKESANAN INOKULAN YANG ANDA MAHU INJEK DI POKOK MILIK ANDA. JIKA INOKULAN TERSEBUT GAGAL – ANDA BOLEH MENUNTUT GANTIRUGI DARI SYARIKAT YANG MELAKUKAN INOKULASI TERSEBUT. – UNTUK JAMINAN JUGA ANDA PASTIKAN SYARIKAT YANG AKAN MENGINOKULASI POKOK ANDA MAMPU MENUNJUKKAN KEJAYAAN INOKULAN MEREKA ITU DI MALAYSIA. ( BUKAN BAWA CONTOH TERAS GAHARU DARI SIAM DAN BERJANJI DAN BERSUMPAH MENGATAKAN INOKULAN MEREKA PALING BAIK).

    ( AKHIR SEKALI – JANGAN MUDAH SANGAT PERCAYA JANJI JANJI MANIS PELBAGAI PIHAK UNTUK MELAKUKAN INOKULASI KECUALI MEREKA MAMPU MENUNJUKKAN BUKTI – MINTA TUNJUKKAN POKOK YANG MEREKA TELAH BERJAYA LAKUKAN INOKULASI DI MALAYSIA . KEDUA MINTA JAMINAN JIKA SELEPAS DUA TAHUN INOKULASI YANG DILAKUKAN GAGAL.)

  39. untuk mrkarasman…saya berminat utk penanaman pokok gaharu ni..saya nak tanya beberapa soalan..

    1.brapakah kos anak benih penanaman gaharu utk 1000 btg?

    2.berapa thn tempoh untuk pokok2 itu matang dan boleh ditebang?

    3.berapakah kos suntikan utk 1000 batang pokok?sbg cth:kate harga utk 1cm ukur lilit dalam rm55,katekan sebatang pokok itu mempunyai ukur lilit 55cm..ini bermakna kos suntikan utk sebatang pokok=55cm x rm55=3025…adakah begitu?

    4.selepas pokok2 tersebut sudah cukup tempoh,adakah ada pembeli/sykt yg akan membeli hasil kite?sebatang pokok brape harganya kalo dijual kepada pembeli/sykt?

    sekian,terima kasih.

  40. SALAM,

    SY TAK PATUT MENJAWAB SOALAN SDR.RAHMAN DI ATAS TETAPI TERPANGGIL UTK RESPONSE.
    PERTAMA KERANA SOALAN YG DI MAJUKAN MENUNJUKKAN SDR.RAHMAN BUKAN SEORANG YANG IKUT ARUS. SEMUA SOALAN BELIAU PERULKAN JAWAPAN YG BUKAN BELIAU SAHAJA PERLUKANNYA TETAPI RAMAI BAKAL PENANAM GAHARU YG LAIN JUGA PERLUKAN.
    1 . HARGA ANAK POKOK GAHARU TERNYATA BERBEZA MENGIKUT TEMPAT DAN PEMBEKAL. ADA YG MENAWARKAN SERENDAH RM3 SEPOKOK TETAPI TIADA KEPASTIAN BERTULIS MENYATAKAN IANYA ADALAH BENIH YG DIDAKWA OLEH PENJUAL. RAMAI PEMBELI YG TERTIPU TANPA TAHU MEREKA TERTIPU DGN MEMBELI ANAK POKOK BENIH MALACCENSIS TEMPATAN – SPESIS MALACCENSIS LAMBAT MEMBESAR, AGAK KURANG RESIN DAN HARGA TERASNYA LEBIH RENDAH BERBANDING SPESIS CRESSNA/SUB-INTEGRA. JADI MOLEKLAH BAKAL PEMBELI MEMINTA PENJUAL MENUNJUKKAN SURAT BERANAK POKOK YG MEREKA JUAL. SURAT BERANAK YG SAYA MAKSUDKAN ADALAH SURAT KELULUSAN DARI BAHAGIAN KURANTIN JABATAN PERTANIAN/SURAT FITOFERTIGASI DAN CERTIFICATE OF ORIGIN DARI NEGARA PEMBEKAL THAILAND ATAU KEMBOJA SEPERTI YG DIDAKWA OLEH PENJUAL.

    TANPA SURAT TERSEBUT SEBENARNYA PENJUAL BENIH IMPORT SEPERTI YG MEREKA DAKWA ADALAH MELANGGAR SYARAT IMPORT BENIH. ADA AKTA KHUSUS DI BAWAH KAWALAN JABATAN PERTANIAN YG BOLEH DIKUATKUASAKAN JIKA MEREKA TAHU BAHAWA ADA ANAK ANAK BENIH POKOK IMPORT DI BAWA MASUK DAN DITANAM TANPA REKOD

    KEPADA SAYA KADAR HARGA YG MUNASABAH ADALAH DIANTARA RM10 – RM 20 MENGIKUT SAIZ POKOK. KALAU HARGANYA TERLALU RENDAH MUNGKIN BERMAKNA PENJUAL/PMILIK NURSERI ITU MENJUAL BENIH MALACCENSIS TETAPI MENDAKWA IANYA SEBAGAI SUB INTEGRA /CRESSNA.ATAU MEREKA MENGIMPORT BENIH DARI SIAM ATAU KEMBOJA TETAPI TIDAK DILAKUKAN SECARA LEGAL.

    2) POKOK YG DIKAJI OLEH DR.BLANCHETTE BOLEH DI SUNTIK PADA USIA 4 TAHUN( SPESIS CRESSNA) DAN DI TUAI SELEPAS 2 TH INOKULASI. BAGAIMANA JIKA ANDA MENANAM BENIH MALACCENSIS????? FRIM SILA BERIKAN JAWAPAN – KERANA MEREKA ADA / SEWAJARNYA / SEPATUTNYA SUDAH MELAKUKAN UJIAN PENANAMAN DAN INOKULASI. KALAU BELUM DILAKUKAN – WELL KENA MULA BUAT KERJALAH BANG!!!!

    3. KOS INOKULASI YG DI SEBUTKAN OLEH BRO DI ATAS TADI TU ADALAH SEPERTI YG SDR. RAHMAN KIRA DAN JUMLAHKAN TADI. MEMANG MAHAL BANG!!! TAPI KALAU HASILNYA BETUL BETUL SEPERTI YG DIDAKWA APALAH SANGAT KOS SEBANYAK ITU KAN!!!! TAPI SOALNYA APAKAH BENAR DAKWAAN MEREKA TU???KALAU BENAR MINTAK TUNJUK BUKTI POKOK MANA YG MEREKA DAH SUNTIK DENGAN INOKULAN DAN DAH BERAPA LAMA DI SUNTIK.

    TAK SUSAH NAK BUAT UJIAN BETUL SALAH NYA DAKWAAN BRO TADI TU. PERTAMA BUAT TINGKAP SELUAS 6INCI PERSEGI DI SEKITAR SATU LUBANG DRILL ATAS POKOK YG DAH DI INOKULASI 2 TAHUN DENGAN KEDALAMAN SEPERTI MATA DRILL. BERSIHKAN DENGAN MENGASINGKAN KAYU YANG SUDAH MENGANDUNGI URAT MINYAK DENGAN YG KOSONG. TIMBANG DAN DAPATKAN BERAPA BERATNYA – KALAU SATU LUBANG DAPAT 30 GRAM MAKNANYA KALAU SATU POKOK ADA 200 LUBANG DRILL – 30GMX200= 6000GM ATAU 6 KILO. KEMUDIAN TANYAKAN BERAPA HARGA KAYU TERAS ITU KALAU DI JUAL –

    3. SATU SOALAN CEPUMAS YG MESTI DITANYAKAN OLEH SEMUA BAKAL PENANAM GAHARU KEPADA PENJUAL BENIH POKOK GAHARU MEREKA. KERANA PENJUAL BENIH POKOK SUDAH TENTU AKAN MENYATAKAN HARGANYA SANGAT MAHAL. APAKAH MEREKA LAYAK MENYATAKAN HARGA TERSEBUT KERANA MEREKA BUKANNYA PEMBELI SEBENAR YG AKAN MEMBELI TERAS BERKENAAN.

    SELAIN ITU TANYAKAN JUGA – SIAPA YANG AKAN MEMBERSIHKAN / MEMISAHKAN KAYU DENGAN TERAS BILA DAH BERHASIL DI INOKULASI NANTI. BUAT MASA INI BELUM ADA ORANG BERCERITA BAHAWA KERJA MENGUKIR ATAU MEMBERSIHKAN TERAS DARI KAYU PUTIHNYA MEMANG KERJA YG PERLUKAN KEMAHIRAN DAN DAYA TUMPUAN TINGGI.

    BILA TERAS SUDAH DI ASINGKAN DARI KAYU PUTIHNYA BARULAH IANYA BOLEH DI JUAL. LEPAS TU TANYALAH KEPADA SIAPA IANYA BOLEH DI JUAL????

    SDR. RAHMAN – SYABAS KERANA ANDA SANGAT PEKA DENGAN HAL HAL YG ORANG LAIN MUNGKIN TERLEPAS PANDANG AKIBAT GHAIRAH NAK MENANAM GAHARU.

    WALAU APAPUN KENYATAAN SAYA ITU TIDAK SAMA SEKALI MENGUBAH PENDIRIAN SAYA BAHAWA TANAMAN GAHARU MEMANG SANGAT BERPOTENSI BESAR DAN MEYAKINKAN. CUMA MODALNYA JUGA BESAR DAN BANYAK SANGAT PIHAK YG AMBIL KESEMAPATAN DARI KEGHAIRAHAN ORANG RAMAI MENANAM GAHARU.

    TANAMLAH GAHARU DENGAN BERBEKALKAN ILMU BUKAN MENANAM GAHARU DAN MENANAM MIMPI INDAH YG TAK MENJADI REALITI.

    WASSALAM.

  41. saya ada pokok gaharu 11 pokok. sedang mencari orang yg berminat keluar modal untuk suntikan obat inkulen. kos sepokok rm1500.

  42. hubungi di 0192246297


Leave a response

Your response:

kategori