MANJANIK - Pembidas Minda

Entries from June 2007

Pengayuh beca di Terengganu: nak senang jadi susah

June 29, 2007 · No Comments

TERENGGANU: Pengayuh-pengayuh beca di Negeri Islam Hadhari, Terengganu kini mengeluh. Keluhan penuh keresahan dan kebingungan berlegar-legar dalam diri mereka. Apa tidaknya, beca yang menjadi punca untuk mereka mencari rezeki, kini menyusahkan mereka pula.

Dulu, pengayuh-pengayuh beca ini amat berbangga dan gembira kerana beca mereka dilengkapi oleh “enjin” yang dibiayai oleh kerajaan Terengganu. Enjin yang berfungsi meringankan kayuhan itu kini sudah tidak berfungsi lagi menyebabkan ianya menjadi beban pula kepada pengayuh beca. Apa tidaknya, ianya berat dan tidak boleh dibaiki oleh mereka.

Mereka mempersoalkan di mana keperihatinan kerajaan negeri di bawah pimpinan Datuk Seri Idris Jusoh. “Tiada siapa yang ambil hirau apabila kami susah. Sudahlah untuk mendapatkan pelangganpun menjadi masalah, kini kami dibebankan pula dengan “kerenah” enjin ini”. kata Mohd Zain Deraman.

beca-ganu3.jpg

Mereka mendakwa sekarang ini agak sukar untuk mendapatkan pelanggan. Kadang-kadang tidak mampu langsung untuk memberi duit poket untuk anak-anak sekolah mereka.

Apabila ditanya apakah mereka tiada persatuan seperti kawan-kawan mereka di Kelantan, mereka mendakwa persatuan ada tapi lebih mementingkan diri mereka sendiri.

Mereka menyatakan dulunya mereka menaruh harapan tinggi kepada enjin yang dipasang akan tetapi rupa-rupanya menjadi bebanan besar pulak kepada mereka.

Categories: Isu Rakyat

Amalan sebuah negara Islam Hadhari

June 28, 2007 · No Comments

KUALA LUMPUR: Beberapa orang ahli parlimen dari BN mempersoalkan corak dan gaya pakaian gadis litar khususnya dalam acara sukan bermotor di Negara ini. Bagi mereka cara berpakaian sedemikian tidak melambangkan budaya Negara dan juga status sebagai sebuah Negara Islam.
Kenapa mempertikaikan gadis litar sahaja?. Bagaimana dengan pakaian di kolam renang? Apakah Islam membenarkan sedemikian?.

Apakah dengan berpakaian ala pakaian di kolam renang sahaja yang bercanggah dengan budaya dan agama?Bagaimana dengan pakaian artis-artis dan pemimpin politik wanita Umno. Apakah mereka juga sudah berpakaian seperti mana yang telah dianjurkan oleh Islam?. Bagaimana dengan pakaian isteri-isteri pemimpin tertinggi Umno?. Halalkah cara berpakaian sedemikian?.

tiara.jpg

Tiada siapa yang boleh mempertikaikan bahawa Islam memerintahkan dan mewajibkan ke atas umatnya yang bergelar wanita supaya menutup aurat mereka iaitu seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan. Kenapa mereka tidak mematuhinya?.

Apakah Islam Hadhari mengajar pengikutnya begitu? Kalau itulah Mazhab Islam Hadhari, maka ingatlah amaran Allah SWT kepada hamba Nya yang ingkar….”Carilah bumi lain”.

gadis-litar.jpg
Gadis litar di acara sukan permotoran Jepun yang diadakan di sini baru-baru ini. Seorang ahli Dewan Rakyat berkata: Kalau promosi di Kuala Lumpur sahaja mungkin saya boleh faham, tetapi ini jelajah seluruh negara. (foto The Star)

Boleh jadi juga, pakaian seperti ini tidak bercanggah dengan Islam Hadhari. Azalina si Menteri belia dan Sukan itu hanya mementingkan prestasi atlet sahaja. Prestasi akidah mungkin tidak penting kepada beliau.

MAKA, apa hebatnya Islam Hadhari yang Pak Lah dok jaja seluruh dunia dengan menganjurkan negara-negara yang beliau lawati agar meniru “Malaysia yang mengamalkan Islam Hadhari”?

Categories: Kerajaan BN/Umno

Umno Kelantan bersatu? : Annuar Musa tipu Najib(2)

June 26, 2007 · 1 Comment

Dakwaan Najib juga bagaikan seolah-olah semudah itu Nuar menipu boss nombor 2 dalam parti yang beliau anuti. Apakah motif Nuar memberi fakta yang salah kepada Najib? Ataupun sebenarnya Najib tak tau apa-apa tentang apa yang berlaku dalam Umno Kelantan, cuma beliau sekadar “bermain saraf” dengan rakyat Boleh jadi juga.

Di bahagian Kota Bharu, siapa yang tidak tahu berlakunya ketegangan antara Pemangku Ketua Bahagian dengan Ahli Parlimen Kota Bharu - Datuk Fatmi Salleh dengan Datuk Zaid Ibrahim. Bohonglah kalau orang Umno tak tahu…

Sejak Fatmi mengambil alih pemangku ketua bahagian, apa sahaja program yang dilaksanakan oleh belia, Zaid dinafikan kehadirannya. Fatmi sendiri sudah mengatur langkah mahu menyingkirkan Zaid dari Umno Kota Bharu. Beliau sudah “memasang” orang-orangnya disetiap cawangan dan Dun.

Fatmi juga sudah berjanji akan memberi kerusi Dun Tanjung Mas kepada Ketua Puteri yang juga anak kepada seorang jutawan kereta Kelantan. Begitu juga calon BN di Dun Bunut Payong juga sudah dinamakan iaitu samada pegawai PPD Kota Bharu ataupun anak kepada tokoh koperat Allahyarham Zahari Wahab. Manakala Parlimennya Fatmi sendiri yang akan bertanding.

Sikap Fatmi sememangnya cukup tidak disenangi oleh orang-orang Zaid. Beberapa tindakan dalaman telah dibuat oleh mereka dan unsur-unsur untuk menyekat Fatmi sedang giat dilaksanakan. Baru-baru ini heboh diperkata tentang surat layang yang ditabur di masjid berkaitan dengan isu maruah Fatmi.

Zaid sendiri telah menggunakan jawatan beliau sebagai Pengerusi BN Kota Bharu untuk menggerakkan aktiviti dan memudahkan pergerakkan beliau.

Bagi puak-puak Zaid, Fatmi adalah bayangan kepada Najib. Apa sahaja yang Fatmi buat maka itulah Najib. Ini disebabkan Fatmi adalah Setiausaha Politik Najib.

Di Bahagian Rantau Panjang, Ketua bahagian dan Naibnya sudahpun “buku bertemu ruas”. Antara Datuk Mohd Zain dengan Datuk Shaari - tomoi tanpa pengadil sudah bermula. Mat Zain tidak hadir diprogram-program Shaari, begitu juga dengan Shaari.

Hasrat Shaari untuk melenyapkan pengaruh Mat Zain sudah berjalan. Kekuatan ekonomi yang ada pada beliau digunakan sebaik mungkin. Manakala Mat Zain sudahpun tahu dan bersedia menjatuhkan Shaari dalam pemilihan calon dan juga bahagian akan datang ini.

Dalam diam-diam pemuda bahagian telah memberi sokongan kepada Shaari. Ini menandakan suatu “pergelutan dalaman” akan berlaku sedikit masa lagi. Apa yang jelas sekarang ini Mat Zain hanya bergerak di Dun Bukit Tuku manakala Shaari pula hanya jaga Dun Gual Perioknya sahaja. Saling tidak boleh melangkaui sempadan masing-masing.

Di Bachokpun apa kurangnya. Rasa tidak puashati Datuk Dr Awang Adek kepada Datuk Dr Illias Husin masih belum reda. Cemburu beliau di atas kejayaan Datuk Lias berada dalam kelompok elit kepimpinan Umno Kelantan benar-benar merunsingkannya.

Apatah lagi banyak janji yang beliau tabur tidak dapat dilaksanakan di Parlimen Bachok. Antaranya janji menghapuskan bayaran bil letrik kepada orang-orang miskin, rumah percuma dan peluang pekerjaan kepada rakyat Bachok sekiranya beliau menang. Bila menang semuanya “habukpun tarak” dan kembali semula bila hampir pilihanraya untuk berjanji lagi. Silakan

Berbeza dengan Datuk Lias yang banyak bersama dengan rakyatnya sekaligus ini telah mengharumkan namanya. Sikap Datuk Lias yang hanya menumpukan Dun Jelawat sahaja dan membiarkan Datuk Awang Adek menyelesaikan masalah-masalah di dun-dun lain juga membuatkan Awang Adek tidak berpuashati. Ini kerana Datuk Lias juga merupakan pimpinan utama Umno bahagian Bachok.

Manakala Haji Zulkifli yang menjadi calon BN di Dun Tawang dalam PRU 11 merupakan musuh utama Awang Adek. Beliau yang merupakan bekas Ketua Pemuda S 46 adalah diantara orang yang banyak memberi masalah kepada Awang Adek. Ketokohan dan pengaruh beliau tidak boleh dinafikan oleh Awang Adek.

“Berpisah”nya Ustaz Omar Khalid dengan Awang Adek juga suatu beban besar kepada beliau. Omar Khalid yang banyak membantu Awang Adek khususnya dalam hal-hal yang berkaitan dengan agama telah meninggalkan beliau. Tindakan ini dibuat kerana dikatakan Awang Adek tidak ambil berat soal kebajikan Omar. Omar yang ditugaskan memimpin satu pasukan pengurusan jenazah di parlimen Bachok telah menyerahkan kembali van jenazah dan membubarkan pasukannya. Van itu sekarang ada di rumah Awang Adek.

Bersambung……..

Categories: Cerita Nuar Musa

Kelantan mundur, tiada pembangunan.

June 24, 2007 · 7 Comments

KELANTAN: Benarkah Kelantan mundur bila PAS memerintah?. Umno kata PAS tidak pandai memerintah. Pelabur takut untuk melabur di Kelantan. Rakyat miskin. Tidak ada pembangunan. Itu semua dakwaan pemimpin Umno.

bazar-anis.jpg

Cantik dan mengkagumkan…Bazar Tengku Anis ini akan dibina  berhampiran dengan Masjid Muhammadi. Ianya akan mendekatkan rakyat dengan masjid. 

pelangi-mall.jpg

Pelangi Mall hampir siap…. Siapalah yang mampu beli kondo yang dibina bersama dengan pusat membeli belah ini. Rakyat Kelantan mana boleh beli….mereka miskin tak dak duit nak beli, kata Umno. Macamlah rakyat Kelantan bangsat sangat tak mampu nak beli… Nuar sorang jah ada duit nyerrr…Duit PPRT…sebab tu orang miskin bertambah miskin….

Categories: Klate membangun

Sah, Ustaz Hamid Derani tinggalkan Umno

June 24, 2007 · No Comments

JELI: Sebagaimana yang dijangka, Semalam sah lah sudah Ustaz Hamid Derani, peceramah tersohor Umno yang juga “ayam tambatan” Datuk Mustapha Mohamed, Ahli Parlimen Jeli dan Adun Air Lanas itu telah berpindah kem dengan menyertai PAS.

hamid-serah-borang-k-mb.jpg

Hamid menyerah borang keahlian PAS kepada Tok Guru.

Turut sama dalam ceramah pengisytiharan “Masuk PAS” itu ialahTuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat, Pesuruhjaya PAS Kelantan, Dato Husam Musa Timbalan Pesuruhjaya PAS, Dato Rusli Ibrahim Ketua Penerangan PAS Ketereh, Saifuddin Nasution Ismail Pengurus Besar Tabung Tok Kenali, Haji Affendi Mohamad Yang DiPertua PAS Jeli dan lebih daripada 5000 orang di Padang Mahkota Jeli.
tg-mid-tok-sam-tok-li.jpg

Antara yang hadir: Tok Guru, Ustaz Hamid, Dato Husam dan Dato Rusli.

Hamid yang terkenal dengan hujah-hujahnya yang tajam dan mampu menawan hati pendengarnya telah memberitahu kenapa beliau menyertai PAS. Beliau memulakan siri ceramah di Jeli kerana di sinilah tempat beliau bertungkus lumus bekerja untuk memenangkan Mustapha Mohamed dalam pilihanraya yang lepas.

Jiwa dan hatinya yang begitu dekat dengan ajaran Islam tidak mampu lagi menanggung beban menjadi “kuda tunggangan” kepada pemimpin Umno yang hanya sekadar mahukan Islam kerana berdepan dengan PAS, bukannya secara jujur mahukan Islam.

Bagi beliau, Umno sebenarnya hanya parti projek. Umno mendidik ahlinya dengan projek dan wang ringgit. Matlamat Umno bukan lagi Melayu, jauh sekali kerana Agama Islam. Orang yang berpendidikan Agama di dalam Umno hanya dijadikan sebagai alat sahaja untuk kepentingan pemimpin. Apabila kerja memenangkan pemimpin sudah tamat maka merekapun dipinggirkan dan akan dipanggil balik bila mahu digunakan.

Sebelum ini, beliau mendakwa telah dicari oleh pemimpin-pemimpin Umno Kelantan termasuk Setiausaha Umno negeri, Datuk Romzi Abdul Rahman. Bermacam-macam tuduhan dilemparkan kepada beliau. Annuar Musa menuduh beliau pelacur politik dan telah dibeli. Haji Alwi Ahmad juga menuduh beliau telah dibeli dengan harga yang mahal.

hamid-ceramah.jpg

“Alim Ulama dan ustaz-ustaz tiada tempat dalam Umno. Mereka hanya sekadar “kuda tunggangan” sahaja. Mereka hanya boleh menyokong. Sekiranya mereka menentang pemimpin mereka akan dikenakan tindakan walaupun jelas pemimpin itu salah”

Hamid menafikan sekeras-kerasnya beliau dibeli. kemasukkan beliau ke dalam PAS adalah kesedaran beliau sendiri setelah sekian lama berada di dalam Umno dan telah dapat membezakan antara yang benar dengan yang batil. “kalau saya nak duit, nak kekayaan baik saya berada di dalam Umno sebab Umno parti kaya dengan projek. Bila saya putuskan untuk menyertai PAS, saya sudah bersedia untuk tidak memperolehi semua itu, dan saya bersedia asalkan saya berada dilandasan yang benar”, tegas Hamid.

Selepas ini beliau dijangka akan menjelajah seluruh Kelantan bagi menjelaskan penyelewengan Umno dan pemimpinnya.

Ceramah beliau yang dihadiri lebih dari 5000 orang itu cukup menghiburkan pendengar dengan celoteh dan perumpamaan yang dilontarkan oleh beliau.

Selepas ini Ketereh dan Bachok pula menjadi sasaran ceramah beliau.

Categories: Isu Rakyat

Najib ketam, ketam Najib

June 19, 2007 · No Comments

Najib nasihat wakil rakyat jaga perlakuan
Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR 18 Jun – Jaga tutur kata dan perlakuan. Itulah nasihat Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kepada anggota Parlimen dan Senator daripada Barisan Nasional agar mereka berhati-hati ketika berbahas semasa persidangan Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Apabila terbaca tajuk “Najib nasihat wakil rakyat jaga perlakuan”, saya dok ingat semua perlakuan mesti dijaga. Ianya termasuklah tutur kata jangan seperti Bong Mukhtar dan Mohd said Ahli Parlimen dari BN/UMNO, jangan rasuah seperti beberapa orang bekas wakil rakyat yang telah dan sedang dalam perbicaraan dan termasuk juganya soal perlakuan yang menjolok mata.

Apa yang penting lagi saya dok ingat nasihat itu bersesuaianlah hendaknya dengan Islam. Oleh kerana Najib juga kata, Islam terbela dan dihormati semasa BN memerintah maka lagi-lagilah sukanya hati saya kerana bagusnya BN ini dalam membela agama.

Akan tetapi rupa-rupanya Najib pakai kaki ketam. Dia yang nasihat, dia sendiri macam mana?
Adik kakak nilailah sendiri terhadap perlakuan Najib ini……

pluk-tok-imam.jpg

Pilihanraya Kecil Pengkalan pasir Tok Imam pun Najib Peluk….Pilihanraya Kecil Batu Talam pulak bukan mahrampun Najib tebas jugakkk..hmmm entah lerr….

naji-peluk-tua.jpg

Categories: Isu Rakyat

Alwi! Otak jangan letak kat kepala lutut

June 18, 2007 · 3 Comments

Tomoi wanita: Pas tidak konsisten
Utusan Malaysia

KOTA BHARU 17 Jun – UMNO Kelantan mempersoalkan sikap kerajaan Pas yang tidak konsisten apabila membenarkan wanita bergiat dalam sukan tomoi sedangkan pada suatu ketika ia dianggap ganas dan bertentangan dengan fitrah wanita.

alwi-ketereh.jpg

Ketua Penerangannya, Datuk Mohd. Alwi Che Ahmad(gambar) berkata, mengapa baru sekarang pimpinan negeri menyedari kebaikannya dengan memberi pelbagai alasan untuk mewajar kan keputusan yang dibuat itu.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Ketereh turut mempersoalkan, jika tomoi dibenarkan untuk wanita, anehnya mereka masih diharamkan daripada menyertai tilawah al-Quran, sedangkan ia begitu banyak membawa kebaikan dan membaca kitab suci sudah sebati dengan kehidupan rakyat.

“Jika perempuan boleh sertai tomoi sedangkan ia juga melibatkan aurat dan dipertontonkan, kenapa pula suara wanita dikatakan aurat semasa memperdengarkan bacaan al-Quran.

“Bukankah ini semua mainan politik Pas yang terdesak untuk memastikan parti itu terus mendapat sokongan rakyat di negeri ini,” katanya.

Beliau diminta mengulas tindakan kerajaan Pas yang membenarkan penglibatan wanita dalam sukan tomoi yang kini ditukar namanya kepada boksing Kelantan.

PETIKAN DARI SINAR HARIAN(Akhbar Kelantan) PADA AHAD 17 JUN 2007.

Sukan boksing terbuka kepada wanita.

KOTA BHARU: Sukan tomoi yang kini ditukar namanya kepaada Boksing Kelantan akan tetap diteruskan meskipun dianggap sebagai sukan lasak, malah kerajaan negeri semalam melonggarkan syarat agar kemungkinan sukan itu disertai golongan wanita.

Menteri Besar Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, meskipun sukan boksing dianggap sebagai lasak, ganas dan berbahaya namun dengan beberapa penetapan syarat dan pemantauan kerajaan negeri, sukan itu juga boleh disertai golongan wanita.

“Islam itu fleksibel dan begitu juga sukan dan seni mempertahankan diri seperti boksing dan silat, Islam membenarkan wanita menyertainya selagi dikawal segala kriteria dan syarat dari segi syarak dan keselamatan peserta,”. Katanya kepada pemberita dalam sidang media di sini semalam.

Terdahulu beliau merasmikan majlis penutup Seminar Pembangunan Seni Silat dan Sukan Boksing Kelantan 2007 di Dewan Teratai pejabat kerajaan negeri Kota Darul Naim.

Bagaimanapun, beliau berkata, sukan lasak itu hanya akan diluluskan untuk disertai wanita dan dimasukkan dalam kalendar sukan wanita anjuran negeri sekiranya pakar kesihatan mengesahkan ia tidak akan memberi kesan serta bahaya kepada peserta.

“Jika doktor kata ia memberi kesan kepada anggota wanita terutama peranakan mereka, mungkin kita akan benarkan wanita menyertai boksing dengan pemantauan dan syarat yang tidak bertentangan dengan syarak, jika sebaliknya ia mungkin dibatalkan”, katanya.

CUBA PERHATIKAN ANTARA TOK GURU DENGAN ALWI.

ALWI KATA;
UMNO Kelantan mempersoalkan sikap kerajaan Pas yang tidak konsisten apabila membenarkan wanita bergiat dalam sukan tomoi sedangkan pada suatu ketika ia dianggap ganas dan bertentangan dengan fitrah wanita.

TOK GURU KATA;
Bagaimanapun, beliau berkata, sukan lasak itu hanya akan diluluskan untuk disertai wanita dan dimasukkan dalam kalendar sukan wanita anjuran negeri sekiranya pakar kesihatan mengesahkan ia tidak akan memberi kesan serta bahaya kepada peserta.

(Tok Guru kata “hanya akan diluluskan sekiranya…. Manakala Alwi pula kata sudah membenarkan…betapa celarunya mental Alwi)

Satu lagi hujah yang menunjukkan tak retinya Alwi;

ALWI KATA;
“Jika perempuan boleh sertai tomoi sedangkan ia juga melibatkan aurat dan dipertontonkan, kenapa pula suara wanita dikatakan aurat semasa memperdengarkan bacaan al-Quran.

TOK GURU KATA;
“Islam itu fleksibel dan begitu juga sukan dan seni mempertahankan diri seperti boksing dan silat, Islam membenarkan wanita menyertainya selagi dikawal segala kriteria dan syarat dari segi syarak dan keselamatan peserta,”. Katanya.

(Maksudnya kita boleh buat apa sahaja asalkan ianya tidak bercanggah dengan Islam. Contohnya macam sukan wanita yang di anjurkan oleh puak-puak Alwi baru-baru ini. Apakah ianya menutup aurat?. Kenapa membenarkan penonton yang sama spesis dengan Alwi menontonnya? Apakah bagi Alwi tak apa begitu?. Hukum mana Alwi pakai?)

tg-pk.jpg

“Allah bagi kita otak supaya bila kita nak bercakap kita kena fikir..kita guna otak..bila kita bercakap tak guna otak maka kita dianggap perosak…. ” Mungkin itu yang dimaksudkan oleh Tok Guru.

Alwi dok gah sangat yang dia ni anak Tok Guru juga. Huuhh…Nama jer anak Tok Guru tetapi Alwi nampak sangat tak “nnurun” (mewarisi seperti) ayahnya. Siapa kata wanita tidak dibolehkan untuk tilawah di Kelantan?. Boleh, dan dibenarkan tetapi pendengar dan hadirinnya hendaklah dari kalangan wanita juga.

Begitu juga dengan boksing, akan diboleh dan dibenarkan sekiranya penontonnya juga dari kalangan wanita. Tok Guru sebut “Syarat dari segi Syarak” tuuuu ikut Islam lah wahai Alwi…. Takkan itupun tak faham…

Apa la tak cerdik sangat Alwi ni… Baru-baru inipun sukan Nisa’ di Kelantan ditonton dan disertai hanya oleh kaum hawa sahaja. Tak taulah kalau Alwi dok gi intai… bukan boleh harap Alwipunnnnn……

Categories: Isu Rakyat

Umno Kelantan bersatu? : Annuar Musa tipu Najib(1)

June 16, 2007 · No Comments

KOTA BHARU: Pengumuman tentang bersatu dan tidak berpecah belahnya Umno Kelantan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak semasa lawatan ke Kelantan baru-baru ini perlu diperjelaskan. Najib dengan begitu yakin bahawa kepimpinan Umno Kelantan begitu kuat sekarang ini di bawah pimpinan Datuk Seri Panglima Hj Annuar Musa.

Ada beberapa persoalan dan tanda tanya, kenapa Najib kata kuat di bawah Nuar. Fakta dan kayu pengukur mana yang Najib pakai. Ramai di kalangan Umno sendiri tersenyum apabila Najib kata Umno Kelantan bersatu hanya kerana Datuk Mustapha Mohamed, Datuk Dr Awang Adek Hussien dan Annuar ada bersama di pentas. Itulah barangkali ukuran Najib.

P ersoalannya benarkah bersatu. Kita tinjau Umno Bahagian Ketereh yang ketuanya Nuar Musa sendiri. Apakah di “tapak politik” Nuar sendiripun bersatu?. Tak ada pecah belah. Semasa perasmian mesyuarat Agung Umno bahagian yang lalu, Nuar dengan gahnya menyarankan supaya Umno bahagian-bahagian lain di negeri ini meniru dan mencontohi Ketereh - yang tiada masalah.

Selepas pengumuman dibuat, sehingga kini 3 orang AJK(Pak Ku Mat, Che Hussien dan Abdul manaf) Bahagiannya telah meletak jawatan tidak bersetuju dengan cara kepimpinan Nuar. Tidak diambil kira lagi pembubaran cawangan yang telah dan akan berlaku sedikit masa lagi.

Apa kabar pertentangan beliau dengan Datuk Hj Alwi Ahmad, Ahli Parlimen Ketereh. Jangan bohonglah kalau tidak ada apa-apa. Boleh tanya pemuda dan wanita betul atau tidak. Annuar tidak senang dengan cara Alwi yang seolah-olah banyak mendahuluinya. “Peperangan dalam sekam” ini berlarutan apabila Nuar pada bulan Ramadhan yang lepas memihak kepada Sabri Safei (bekas ketua pemuda Umno) yang merancang melawan Timbalan Ketua Bahagian yang disandang oleh Alwi sekarang.

Sesi anjuran “berbuka puasa dan makan ccolek” yang dibuat oleh Sabri disokong oleh Nuar sendiri. Ini menyebabkan Naib Ketua Pemuda Bahagian Chegu Mat Yani mulai menyokong Alwi dan turut tidak senang dengan cara Nuar. Mat Yani yang mendapat undi tertinggi dalam pemilihan G7 dilihat sebagai “ghebo” atau halangan besar kepada Nuar.

Cara Nuar bermain politik dalam bahagiannya cukup licik. Wang tidak menjadi halangan kerana dilihat beliau sering kali bersama dengan seorang taukeh Cina yang kaya raya”Sunny Square Point”. Beliau juga banyak mendapat projek di KADA, menurut beberapa orang “marhean” di jabatan yang Nuar pegang itu.

Begitu juga dengan beberapa orang tokoh Umno di Ketereh yang tidak sebulu dengan Nuar sekarang ini sedang mengatur langkah samada terus berada dalam Umno dengan syarat bukan Nuar lagi menjadi peneraju Umno Kelantan atau mengalih angin menyokong Dato Ahmad Rosli Ibrahim yang telah bersama dengan PAS. Chegu Din Pengarah DUN Kadok, Ketua Wanita Bahagian dan Ketua Puteri sudah lihat tidak begitu selesa dengan Nuar. Begitu juga dengan beberapa orang lagi AJK Bahagian yang turut tidak puashati cara Nuar menangani perletakan jawatan kawan-kawan mereka.

Nuar pernah berkata dalam suatu mesyuarat bahagiannya, “Hok mana nak letak jawatan dan nak gi(keluar dari Umno), silakan.. kita tidak nak pujuk dan tidak nak rayu. Biar tinggal hok ikhlas jah dalam umno ni”. Kenyataan inilah yang menjadi titik tolak rasa tidak puashati mereka terhadap Nuar. “Ikhlas dalam Umno mesti sama-sama dapat. Tak usah nak bercakap pasal ikhlas kalau kita sendiri(Nuar) juga dipersoalkan keikhlasannya”, kata mereka.

Begitu juga di Bahagian Tanah Merah. Siapakah boleh menafikan sekarang ini sudahpun berlaku “peperangan dalam sekam” antara puak Datuk Hashim Safin(Ketua Bahagian) dengan Ahli Parlimen Tanah Merah, Datuk Shaari Hassan. Shaari yang mendapat sokongan padu dari abangnya, Datuk Ismail(Red Land) sedang berusaha keras untuk menyingkirkan Hashim. Hashim pula disokong oleh orang yang baru dibebaskan dari “penjara politik”, Ikmal Hisham. Ikmal yang sememangnya mempunyai sokongan padu diperingkat akar umbi dilihat dengan mudah akan menumbangkan Shaari. Apatah lagi Ikmal dilihat seorang yang licik berpolitik.

Berita terbaru yang diberitahu, Ikmal sudah berpecah pula dengan Hashim. Kini Ikmal sedang mengumpul kekuatan dengan membina rangkaian lama yang telah lemah untuk berhadapan dengan Hashim dan Shaari.

D i bahagian Jeli juga tidak terlepas dari masalah ini. Semua orang tahu tidak sebulunya Adhan kechik, Adun Bukit Bunga dengan Datuk Mustapha Mohamed sendiri. Ianya bukan api dalam sekam tetapi sudah nampak kebakarannya. Cuma kekurangan Adhannya ialah beliau tiada jawatan tinggi. Kejadian pulau memulau, kata mengata, lekeh memperlekeh sesama mereka bukan asing lagi. Ianya juga berlarutan “pergaduhan” ini di kalangan puak-puak yang menyokong tokoh masing-masing.

Adhan banyak tidak puashati cara Tok Pha mengagihkan projek dalam Parlimen Jeli. Orang-orang Adhan terpinggir dalam pembahagian ini jika nak dibandingkan dengan orang-orang Tok Pha. Contohnya projek jambatan yang menghubungkan Bukit Bunga dengan Thailand. Adhan sendiri tidak banyak hadir dalam program-program yang dijalankan oleh Tok Pha. Walaupun kemampuan Adhan agak lemah tetapi beliau sangat rapat dengan Nuar. Peluang inilah yang digunakan oleh Adhan untuk melemahkan Tok Pha.

Sikap Tok Pha yang “celupar” mengutuk Pak Lah dari belakang bukan rahsia lagi kepada puak-puak Adhan. Senjata ini mungkin boleh “memakan tuannya” sendiri.

Bersambung akan datang untuk Umno bahagian-bahagian lain…..

Categories: Cerita Nuar Musa

Perusahaan gaharu sandaran ekonomi rakyat Kelantan

June 15, 2007 · 26 Comments

GAHARU, bukan suatu yang baru bagi Kelantan dan rakyatnya. Walau bagaimanapun, cetusan ideal dan saranan membangunkannya oleh Dato Husam Musa, Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Perancangan Ekonomi dan Kewangan Negeri benar-benar berbaloi kepada Kelantan dan rakyatnya.

gaharu-tinggi.jpg

Pokok Depu : Besar dan tinggi, milik orang kampung.

Dengan peruntukan yang disediakan dalam bajet 2007 yang lalu sebanyak RM300,000, hasrat beliau sudah menjadi kenyataan. walaupun peruntukan yang disediakan tidak sebanyak mana, akan tetapi asas atau tapak untuk memulakan projek tersebut sudah bermula.

Dua syarikat anak tempatan telah memulakan usaha ini. Syarikat yang terbabit adalah, Telda Sdn Bhd, (Kelantan), Phearapan Wijitpha (Thailand), Nakhlah Sepadu Sdn Bhd (Kelantan) dan Agaar Wood Fatoni & Pacific.

gaharu-panjat3.jpg

Pekerja yang mahir sedang membuat tangga dan lubang-lubang sekeliling pokok.

Buat permulaan, syarikat ini telah mengusahakan gaharu dengan mencari pokok-pokok Depu yang berselerak di negeri ini. Apa yang mengejutkan kita pokok Depu ini terdapat di dalam tanah-tanah milik orang kampong yang kehidupan mereka memerlukan sumber pendapatan tambahan.

Pihak pengusaha telah mengambil langkah membayar sagu hati kepada pemilik tanah yang mempunyai pokok Depu di dalamnya berasaskan ukur lilit pokok tersebut. Ada yang memperolehi sehingga RM500 sepokok. Pihak syarikat juga akan memberi saham ke atas pokok-pokok yang diusahakan. Pendek kata apabila pokok Depu ditemui dan persetujuan dibuat dengan pemiliknya, maka bermula dari hari itu pemilik akan berterusan mendapat faedah dari pengusahaan tersebut.

gaharu-siap1.jpg

Pokok yang telah siap diproses. Menunggu masa untuk dikikis kulit dan dimasak untuk dapatkan minyak.

Difahamkan, hasil dari pokok Depu ini boleh mencecah lebih dari RM100,000 berdasarkan saiz dan kekesanan proses membuatnya. Ianya memakan masa 1 ke 4 tahun untuk memperolehi hasil maksima.

Selain daripada itu juga, benih-benih pokok ini akan dihasilkan dalam bentuk tissue culture. 40,000 anak benih dalam proses penghantaran. Iannya memakan masa selama 4 tahun untuk mengeluarkan hasilnya. Ianya cukup mudah ditanam dan kesenian “memprosesnya” cukup menarik hati.

Mungkin sedikit masa lagi perusahaan ini boleh menjadi produk pelancungan bagi Kelantan yang akan menyambut Tahun Melawat Kelantan pada 2008 nanti. Kerajaan Kelantan boleh fikir-fikirkan. Dato Annuar Tan Abdullah macamana? Boleh setuju kot.

Categories: Kerajaan Kelantan

Antara Dua Wajah : Serupa Tapi Samakah?

June 13, 2007 · 1 Comment

DUA WAJAH: Antara Pak Lah yang masih lelah memerintah dengan Gusdur yang telah terundur - beginilah nostalgianya. Siapa sangka perlakuan dan tabiat mereka sama? Hayatilah keindahan ini….

pak-lah-tgn-kepala.jpg gusdur-pegang-kepala.jpg

Ada pening ke?. Gusdur bila pening letak jawatan. Maka Pak Lah cam na?

paklah_tidurb.jpg gusdurtido1.jpg

Kalau pening-pening….Tidurkan besttt….

pak-lah-pegang-dagu.jpg gusdur-tungkat-dagu.jpg

Bila kita terjaga dari tidur kita boleh termenung sekejap atau dua kejap…

paklah-sukanya-akuu.jpg gusdur-tongkat-dagu.jpg

Ataupun kita boleh usap-usap pipi kita dan senyum-senum sikit bayangkan yang kita happy sangat-sangat……

paklah-julang-tgn.jpg gus-dur-angkat-tgn.jpg

Kalau nak bagi kita lagi cergas angkat tangan tinggi-tinggi bagi semangat sikit….@pun

pak-lah-gelak.jpg gus-dur-galak.jpg

Gelak atau senyumpun boleh gak nak elakkan kita terlena. Tapi……

paklah_pau06c2.jpg gusdur-tido3.jpg

Hmmmm sambung tidor kang lagi besttttt…..

doapaklah.jpg gusdur-doa.jpg

Doa Gusdur telah dimakbulkan. Pak Lah pulak dalam proses berdoa. Semoga doa Pak Lah dan Gusdur membawa erti yang sama. Amin.

pak-lah-angkat-tgn.jpg gusdur-angkat-tgn.jpg

Oleh itu lebih baik sekarang ini kita cuba-cuba belajar melambai tangan macam Gusdur yang telah berundur.. Selamat Jalan Gusdur Dan Selamat Jalan juga untuk Pak Lah….hehehehe.

Categories: Isu Rakyat